Pertama saya minta maaf sekiranya tulisan saya juga ‘semacam’ biadap dengan AJK PAS Pusat.
Saya membaca satu artikel daripada Harakahdaily bertajuk Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya? Yang ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang diterbitkan pada hari ini Jun 30, 2009 jam 12:08 tgh.
Saya juga merujuk kepada laman beliau http://drdzul.wordpress.com/ dan mendapati artikel ini juga dipost semalam.
Terfikir saya, apakah Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai password admin untuk membuat posting dalam Harakahdaily? Jika tidak, memang pun tidak kenapa artikel ini semacam cepat aje diposting di blognya dan juga Harakahdaily?
Saya cuba meneka mungkin ada “orang-orangnya” yang begitu rapat dengan beliau dan pasti akan menolong memastikan artikel ini akan terbit dengan segera, sedang beberapa hari lalu saya menulis mengenai Harakahdaily yang lembab dan pernah tidak mengemas kini lamannya selama 2 hari. Artikel saya mengenai perkara ini boleh dibaca di http://polispencen.blogspot.com/2009/06/harakahdaily-masih-lembab-dan-belum.html
Sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan telahpun ditutup kemas dan rapi dengan semuanya pimpinan berlapang dada tentang khilaf ini. Sama juga dengan isu pertemuan dengan UMNO beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang ke-12. Tapi malangnya masih ada yang mengapikan-apikan perkara sehingga berlarutan sampai sekarang.
Saya mengambil petikan pertama dalam artikel Dr Dzulkefly
Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.Saya ingin bertanya kepada Dr Dzulkefly, banyak pihak itu siapa? Tuan Guru Mursyidul Am ke? Atau ada orang luar selain daripada TGNA?
Ayat pertama dalam artikel ini menunjukan ada “banyak pihak” yang mendesak penulis untuk tidak membisu.
Dimana Dr Dzulkefly dengan Jamaah PAS? Siapa pimpinan Dzulkefly dalam PAS. TGHA atau TGNA? Atau ada yang lain? TGNA telah berlapang dada dalam hal ini, kenapa tidak sukakah TGNA berlapang dada? Banyak persoalan bermain dalam kepala saya hanya penulis yang boleh menjawab.
Dr Dzukefly juga ada menulis
Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.Gagasan Kerajaan Pepaduan sebenarnya ditimbulkan oleh TGHA semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. TGHA sudah menyebut sudah tidak releven dengan Najib. Penegasan berlaku dalam banyak ucapan dan kenyataan rasmi, kenapa ada yang membuatkan seolah-olah meraka ini mahu masuk UMNO?
Ini bukan soal wala’ atau tidak wala` sepatutnya perkara ini ditutup dan semua pihak berlapang dada. Kalau dibangkit semula untuk berhujah akan ada kupulan yang menyokong UG akan mengemukan hujahnya, sampai bila isu ini akan selesai?
Kenapa Dr Zulkefly memilih untuk mengapi-apikan semula isu ini. Apakah sebenarnya motif penulis dalam hal ini?
Saya ambil satu lagi petikan tulisan penulis.
Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.Penulis nampak macam mantang dalam membuat penilaian situasi. Tapi malang bodoh dan emosi dalam menegakkan pandangan tanpa mengira situasi. Penulis boleh menyebut “ini bukan persoalan halal-haram, atau betul-salah” tapi penulis menjadi kurang mengerti mengenai “pendamaian” dalam masalah Kerajaan Perpaduan antara TGNA, TGHA dan Ustaz Nasharuddin dan seterusnya mematikan isu ini.
Kalau penulis bukan bodoh bermakna penulis berniat sesuatu yang tidak baik untuk mengungkit perkara ini bagi mendapatkan satu natijah daripada pertelingkahan kepimpinan dalam PAS.
Sebelum ini saya juga menulis mengenai penglibatan penulis yang mengambil jalan yang mengeruhkan suasana dengan membuat kenyataan di Sidang Parlimen dengan 10 MP yang lain. Tulisan saya boleh dirujuk di 10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?
Saya berpendapat penulis sengaja memperbodohkan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan hujah-hujah akal dan agama seolah-olah TGHA tidak tahu mengenai 'ijtihad politik', strategi dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Penulis mengambil jalan terbuka untuk menyerang mereka yang tidak sehaluan dengan mengelirukan fakta dan maklumat serta memainkan sentimen pengundi dan masyarakat yang sedang mencari kebenaran. Penulis menolak dan mengenepikan jalan musyawurah. Kenapa?
Saya tidak berniat untuk memanjang lagi perkara ini dengan petikan-petikan lain, sekadar saya nak maklumkan artikel ini telah dikeluarkan oleh Harakahdaily sekitar jam 5.30 petang tadi.
URL ini sudah tak boleh diakses http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1
Walau bagaimanapun saya terlintas semasa membacanya untuk membuat salinan. Rupa-rupanya artikel ini ada sesuatu yang tidak baik disebalik penerbitannya. Ya kita akan melihat sejauh mana perjalanannnya. Jangan kita biadap dalam berjamaah..
Sesuai sangat dengan nama polis pencen tu.... perangai tak berubah berubah ..dok macam polis juga. Buka minda sikit, mana pemimpin yang tak boleh di tegur, ini bukan polis.. apa kata bos tak boleh lawan. Ada kala nya idea pegawai bawahan yang baik dan ada juga kurang baik. Apa salah nya yang baik diambil. Sorrylah.. aku dulu pun pernah duduk SB beberapa tahun.. tapi yang salah tetap aku lawan. Tak rugi apa apa pun.
BalasPadamkepada tanpa nama
BalasPadamnak lawan apa? kan dah dijelaskan UG dah ditutup kemas. Melawan biar bertempat. Tak usah memilih jalan biadap dalam jamaah.
Tanpa Nama,
BalasPadamTidak faham apa itu penulisan atau memang jahil. Jangan kita kelirukan fakta penulisan dengan emosi. Kerja saya, anak bini saya tak ada kaitan dengan penulisan.
Kemantangan kita ialah kita menolak hujah lawan dengan hujah bukan dengan emosi bodoh.
Tak kira kamu itu bekas SB ke atau bekas PM sekali pun, komenlah dengan hujah.
Perbezaan pendapat perkara biasa. Tapi artikel ini dikeluarkan setelah ada sepakat untuk menuntupnya. Takkan perkara simple macam ini pun kamu tak faham.
ASSALAMUALAIKUM.TAHNIAH KEPADA ANDA POLIS PENCEN KERANA MEMPUNYAI KETAJAMAN PEMERHATIAN DAN KETELITIAN.TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MEMAJUKAN JEMAAH MENENTANG GLGN PEROSAK.KITA DIKELILINGI GOLONGAN YANG NAK MEMPERLECEH KEPIMPINAN ULAMA DAN MENJATUHKAN IMEJ KEPIMPINAN MEREKA HASILNYA ULAMA JUMUD TAK CERDIK MEMIMPIN,TAK BERPROFIL TAK PROFESIO
BalasPadamNAL, TAK BOLEH LAH LEAD PAKATAN (ADA PROPAGANIS KEADILAN,ADA PROFESIONAL DLM PAS TEPI WALA'KPD LAIN,ADA YG JENIS JAHIL IKUT EMOSI JE,MACAM2 LAGI DLM KITA)
Semua orang kata polis pencen hebat, tajam pemerhatian, ketelitian tetapi bila baca tulisan diatas kepada tanpa nama terkejut saya. Tanpa nama tak sebut pun pasai keluarga atau anak bini polis pencen tapi polis pencen macam merapu tak ketentuan hala... betullah kata tanpa nama memang perangai mereka ini baran tak tentu hala dan perengus. semua orang bodoh dan mereka sahaja yang pandai. Nak termuntah aku..... Tanpa emosi bukan lah manusia nama nya, allah jadikan manusia beremosi tetapi perlu pandai jaga emosi dan perlihat kegagalan mengawal emosi seperti telah ditunjukkan polis pencen. Baru di kritik sedikit meloncat bagai kera kena belacan..... Sayonara PAS
BalasPadamPerlu kita tahu mana ada manusia hebat, cuma terima kasih kepada yang berusaha buat yang terbaik demi memperjuangkan agama, serta taniah kerana prihatin, perjuangan perlu diteruskan.. kenapa kita perlu membangkitkan isu-isu yang dapat membawa kepada keretakkan, kritik biar kena tempat, puji bila betul..
BalasPadamIsunya.. kecil boleh jadi besar kalau tak diberi perhatian, taniah kepada pemerhati yang prihatin, tapi kenapa nak dikritik lagi pada mereka? Berbaloikah? Tegur bila salah dan taniah bila betul. Kadang-kadang kita suka-suka saja kita tengok orang lain kena tegur atau kritik sedangkan tak perasan pula.. sedarkah kita? yang diri sendiri tak senang menerima kritikkan. Aduhai kenapa? Bukankah kita ingin jadi yang lebih baik dari yang saat yang sebelum ini. Buangkanlah irihati, dengki serta khianat. Mintalah pentunjuk.
MANUSIA yang berkata-kata dengan idealogi dan juga akal teramatlah ramai sekali, akal tetap perlu, tapi tetap kena ada panduan. Akan tetapi yang paling penting rujuklah dahulu sebelum berkata-kata, jangan rujuk pada akal juga, itulah kita digalakkan istikharah banyak-banyak.. pastikan sentiasa dapat pentunjuk. Jadi takkan adalah kritikan yang semberono sahaja..Setiap manusia boleh berubah tak perlulah samakan semuanya, Pastikan dulu, usah menyakat tak tentu pasal, kasihan pada mereka yang berusaha. Teruskan berjuang. Nak tahu betul atau tidak? Tak pasti? Senantiasalah mencari pentunjuk dari Illahi, InsyaAllah hidup diberkati.
Terima kasih.... Saya menyokong penuh penulisan saudara kerana adakala kerana terlalu dangkal maka hilang kewarasan kita di dalam jemaah. Apabila kita mempertahankan pemimpin dan memberi sedikit teguran maka kita dimaki hamun. Pimpinan dipelekehkan, dipapar gambar,diundi dan bermacam-macam lagi. Budaya Umno mula meresapi didalam Pas. Tulisan saya boleh dilayari di... musafirlalu.blogspot.com.my
BalasPadamTanpa Nama mengkritik tanpa memahami tulisan Polis Pencen. Ungkit mengungkit pula. Saya sokong Cikgu!
BalasPadamSAMA AJE. SEMUA TAK BOLEH PAKAI DAN TAK ADA AKAL. POLIS PENCEN PUN BODOH DAN SB PUN BODOH. MASA KERJA DULU TAK NAK KERJA BETUL-BETUL. BILA FRUST TAK NAIK PANGKAT MASUK PEMBANGKANG. ITU BIASALAH PD YANG KECEWA. BERKELAHI LE ENGKAU
BalasPadamapa da ckp mcm tu, pintu taubat masih terbuka bagi sesiapa yg ingin bertaubat..semua pernah buat salah..dengan kesalahan yg lampau kita atur jalan biar tak tersilap lg..
BalasPadam