Isnin, 15 Jun 2009

Taasub mengkritik akhir membodohkan diri

Oleh: PolisPencen

Membodohkan diri mungkin sama juga makna dengan cuba menunjuk pandai dalam bidang yang tidak difahami. Dalam dunia blogger, banyak tulisan-tulisan mengkritik dengan slogan kononnya membuka minda tetapi jika dihalusi nyata menunjukkan penulisnya seorang yang cetek dan jumud.

Saya ingin membawa satu penulisan yang bertajuk “Mari menilai ulama Hadi Awang” yang ditulis oleh Aduka Taruna yang jelas penulis keliru, tidak memahami apa yang diulas dan sedikit prejudis.

Penulis tidak boleh membezakan antara UG dengan gabungan antara PAS-UMNO. Tidak boleh membezakan perjumpaan sulit antara beberapa pemimpin PAS dengan UMNO selepas pilihan raya dengan cetusan idea UG. Penulis lagi keliru apabila mengulas UG dan cetusan idea ini dengan beberapa kekeliruan politik semasa antara Pakatan rakyat dan pemilihan dalam Muktamar PAS.

Apabila penulis cuba memahami situasi ini dalam kotak pemikiran sempit serta ilmu pengetahuan yang belum cukup maka banyak lagi istilah dan penggunaan bahasa mengikut emosi dan naluri yang tak terkawal.

Kita tidak boleh marah dengan penulis ini kerana dia belum memahami apa itu Dewan Ulama PAS yang selalu di gembar gemburkan dalam banyak penulisannya. Dewan Ulama PAS mungkin pada pandangannya tidak ada SWOT Analisis, tidak ada kajian/research. Al bakistani dalam blognya ada menyebut tentang research Dewan Ulama yang saya akan ulas dalam penulisan saya yang akan datang.

Aduka Taruna adalah satu individu contoh penulis blog yang terapung dalam alam maya tanpa hala tuju yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Banyak contoh daripada sirah nabi yang menunjukkan individu-individu pengkritik kebenaran yang mencemuh dan menghina akhirnya akan diberikan taufik serta hidayah.

Bila? Jawapan ada pada Aduka Taruna sendiri. Hanya dia jangan jadikan solat sebagaimana mainan, sesungguh hidayah itu hampir kepada manusia yang rendah dirinya di sisi Allah s.w.t."


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...