Selasa, 30 Jun 2009

Kenapa Dr Dzulkefly Ahmad memilih jalan biadap dalam Jamaah?

Oleh Polis Pencen

Pertama saya minta maaf sekiranya tulisan saya juga ‘semacam’ biadap dengan AJK PAS Pusat.

Saya membaca satu artikel daripada Harakahdaily bertajuk Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya? Yang ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang diterbitkan pada hari ini Jun 30, 2009 jam 12:08 tgh.

Saya juga merujuk kepada laman beliau http://drdzul.wordpress.com/ dan mendapati artikel ini juga dipost semalam.

Terfikir saya, apakah Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai password admin untuk membuat posting dalam Harakahdaily? Jika tidak, memang pun tidak kenapa artikel ini semacam cepat aje diposting di blognya dan juga Harakahdaily?

Saya cuba meneka mungkin ada “orang-orangnya” yang begitu rapat dengan beliau dan pasti akan menolong memastikan artikel ini akan terbit dengan segera, sedang beberapa hari lalu saya menulis mengenai Harakahdaily yang lembab dan pernah tidak mengemas kini lamannya selama 2 hari. Artikel saya mengenai perkara ini boleh dibaca di http://polispencen.blogspot.com/2009/06/harakahdaily-masih-lembab-dan-belum.html

Sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan telahpun ditutup kemas dan rapi dengan semuanya pimpinan berlapang dada tentang khilaf ini. Sama juga dengan isu pertemuan dengan UMNO beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang ke-12. Tapi malangnya masih ada yang mengapikan-apikan perkara sehingga berlarutan sampai sekarang.

Saya mengambil petikan pertama dalam artikel Dr Dzulkefly
Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Ayat pertama dalam artikel ini menunjukan ada “banyak pihak” yang mendesak penulis untuk tidak membisu.
Saya ingin bertanya kepada Dr Dzulkefly, banyak pihak itu siapa? Tuan Guru Mursyidul Am ke? Atau ada orang luar selain daripada TGNA?

Dimana Dr Dzulkefly dengan Jamaah PAS? Siapa pimpinan Dzulkefly dalam PAS. TGHA atau TGNA? Atau ada yang lain? TGNA telah berlapang dada dalam hal ini, kenapa tidak sukakah TGNA berlapang dada? Banyak persoalan bermain dalam kepala saya hanya penulis yang boleh menjawab.

Dr Dzukefly juga ada menulis

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.
Gagasan Kerajaan Pepaduan sebenarnya ditimbulkan oleh TGHA semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. TGHA sudah menyebut sudah tidak releven dengan Najib. Penegasan berlaku dalam banyak ucapan dan kenyataan rasmi, kenapa ada yang membuatkan seolah-olah meraka ini mahu masuk UMNO?

Ini bukan soal wala’ atau tidak wala` sepatutnya perkara ini ditutup dan semua pihak berlapang dada. Kalau dibangkit semula untuk berhujah akan ada kupulan yang menyokong UG akan mengemukan hujahnya, sampai bila isu ini akan selesai?

Kenapa Dr Zulkefly memilih untuk mengapi-apikan semula isu ini. Apakah sebenarnya motif penulis dalam hal ini?

Saya ambil satu lagi petikan tulisan penulis.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.
Penulis nampak macam mantang dalam membuat penilaian situasi. Tapi malang bodoh dan emosi dalam menegakkan pandangan tanpa mengira situasi. Penulis boleh menyebut “ini bukan persoalan halal-haram, atau betul-salah” tapi penulis menjadi kurang mengerti mengenai “pendamaian” dalam masalah Kerajaan Perpaduan antara TGNA, TGHA dan Ustaz Nasharuddin dan seterusnya mematikan isu ini.

Kalau penulis bukan bodoh bermakna penulis berniat sesuatu yang tidak baik untuk mengungkit perkara ini bagi mendapatkan satu natijah daripada pertelingkahan kepimpinan dalam PAS.

Sebelum ini saya juga menulis mengenai penglibatan penulis yang mengambil jalan yang mengeruhkan suasana dengan membuat kenyataan di Sidang Parlimen dengan 10 MP yang lain. Tulisan saya boleh dirujuk di 10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Saya berpendapat penulis sengaja memperbodohkan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan hujah-hujah akal dan agama seolah-olah TGHA tidak tahu mengenai 'ijtihad politik', strategi dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Penulis mengambil jalan terbuka untuk menyerang mereka yang tidak sehaluan dengan mengelirukan fakta dan maklumat serta memainkan sentimen pengundi dan masyarakat yang sedang mencari kebenaran. Penulis menolak dan mengenepikan jalan musyawurah. Kenapa?

Saya tidak berniat untuk memanjang lagi perkara ini dengan petikan-petikan lain, sekadar saya nak maklumkan artikel ini telah dikeluarkan oleh Harakahdaily sekitar jam 5.30 petang tadi.



URL ini sudah tak boleh diakses http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1

Walau bagaimanapun saya terlintas semasa membacanya untuk membuat salinan. Rupa-rupanya artikel ini ada sesuatu yang tidak baik disebalik penerbitannya. Ya kita akan melihat sejauh mana perjalanannnya. Jangan kita biadap dalam berjamaah..

Rabu, 24 Jun 2009

Mengulas tulisan addin77, Boikot Malaysiakini

Oleh Polis Pencen

Saya membaca tulisan addin77 di laman TKOdaily.net berkaitan dengan “Boikot Malaysiakini !! ” dan saya juga membaca tulisan beliau "Berhati -Hati Dengan Malaysiakini" sebelum itu. Saya ingin kongsi pengalaman untuk semua pembaca.

Beberapa tahun lalu, pernah menjadi isu apabila Tun Mahathir mengatakan Malaysiakini didalangi oleh Goerge Soros. Saya pada ketika itu pernah berjumpa dan bertanyakan sendiri dengan Steven Gan di pejabat Malaysiakini berkaitan dengan kenyataan ini.

Steven Gan mengaku, sebelum memulakan Malaysiakini beliau mendapat sumber kewangan, sekitar RM40 ribu daripada Media Independent yang berpengkalan di Thailand. Media Independent ini dibantu oleh George Soros yang digelar oleh Tun Mahahir sebagai penyangat Mata Wang Antarabangsa.

Steven juga menyebut bahawa pendapatan iklan (pada masa itu) adalah sekitar RM200 ribu setahun dan ini tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan Malaysiakini yang ketika itu mempunyai 18 orang kakitangan.

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan struktur organisasi Malaysiakini, tapi sekadar memberitahu saya rapat dengan beberapa orang wartawan Melayu Malaysiakini pada ketika itu.

Diceritakan kepada saya, Malaysiakini telah membuat “celebrite” bagi menyambut kekalahan PAS di Terengganu untuk kakitangan Bukan Melayunya di satu tempat Khas. Saya tak nak panjangkan cerita dan maklumat ini. Cukup sekadar kita semua boleh berfikir, kenapa majlis itu diadadakan?

Tidak dinafikan bahawa wartawan dan penulis Malaysiakini cukup komitmen dengan kerja-kerja ke wartawannya berbanding dengan wartawan dan penulis Harakah. Saya bukan nak merendah-rendahkan wartawan dan penulis Harakah yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam tetapi saya mahu wartawan dan penulis Harakah mempunyai “penilaian” ini.

Malaysiakini tahu apa isu yang perlu disajikan, berita apa perlu diutamakan, malah Malaysiakini boleh mencipta dan membangkitkan isu. Kemahiran mencetus isu adalah satu perkara yang cukup baik untuk sesuatu akhbar. Harakah perlu berusaha ke arah ini.

Berbalik dengan isu menghalang perjuangan Islam, saya rasa Allah Maha Pencipta mengetahui akan rahsia penciptaanNya telah memberikan peringatan untuk berhati-hati dalam perkara ini seperti saudara addin77 tuliskan. Antaranya;

"Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan juga kamu berkawan dengan orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang orang yang percaya." QS.5:57

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." QS.2 : 120

"Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (QS. 66:9)

Selasa, 23 Jun 2009

Jawapan kepada tulisan Adakah Orang PAS bangang sangat?

Satu catatan lama saya yang tertinggal. Walaupun tak releven, tapi saya masukkan untuk menjadikannya sebagai arkib di blog ini. Saya tulis pada 26 April yang lalu.

Oleh PolisPencen

Saya membaca tulisan Al Husseyn yang bertajuk Adakah Orang PAS bangang sangat? dan mengamati penulisannya yang penuh dengan emosi dan mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai sandaran.Saya rasa memang bagus ambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi memilih petikan-petikan tertentu Tuan Guru adalah satu amalan yang tidak tepat dan cukup tidak kena.

Perbuatan penulis sama seperti UMNO yang mengambil petikan Tuan Guru yang boleh mengelirukan orang ramai seperti berkawan dengan syaitan atau boleh mencarut.Al Husseyn adalah penulis yang baik tetapi emosinya kali ini sungguh menjengkil. Dalam tulisannya ada menyebut;

Saya tak gheti nak jawab tetapi menambahkan lagi kemuskilan saya terhadap kenyataan TGHH tentang alasan penarikan balik projek 'kerajaan perpaduan' bahawa :

“ramai yang tidak faham dengannya termasuk dikalangan ahli PAS sendiri”

Kalau benar ianya satu idea yang baik, maka amat malanglah bagi kalangan PAS yang tidak mahu faham-faham ; walhal isu tersebut mula muncul sejak Julai 2008 . Adakah orang-orang PAS ni terlalu bangang makanya payah nak faham? Tidak mungkin begitu!


Bagi saya bukan ahli PAS tidak faham, tetapi ahli PAS tidak mahu mengambil kisah, melihat kertas cadangan dan cuba memahaminya. Manakala bagi yang menentang pula, inilah perluang untuk mengelirukan serta menjadikan senjata untuk melemahkan kepimpinan ulama khusus, Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Al Huseyn cuba mengaitkan perkara ini dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Petikan artikel beliau;

Kalau orang PAS bukan bangang sangat, maka hal ini memaparkan kelemahan jentera parti yang gagal menjelaskan perkara tersebut sejak sekian lama kepada ahli-ahli disemua peringkat; termasuklah TGNA yang pernah berkata :

“Saya minta orang kita nak bermuqabalah ke, bermuzakarah ke, bermusyawarah ke, bermu’awarah ke, apa saja sekalipun kita mesti lawan (UMNO) kerana itu ajaran Islam”

Dan beliau juga pernah menyatakan : “Biarkan Umno gi mampuh lagi baik!”

Oleh itu “Elok dengar apa pemimpin kata”


Saya tidak mahu mengulas panjang dalam perkara ini, sepatutnya sebagai orang lama dalam PAS Al-Huseyn lebih memahami, tetapi kerana kepala beliau telah dipengaruhi sangkaan buruk maka cara beliau berfikir sudah menjadi buntu.

Suka saya nyatakan bahawa telah wujud dua pertembungan besar antara Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dimana saya tidak pernah dengar satu patah perkataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan akhbar walaupun perkara itu betul baginya sebagai seorang Pemimpin utama PAS, bukan seperti yang cuba dimanupulasikan atas kuasa Muryidur AM, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malah dalam dua pertembungan ini, pertemuan kedua-dua pihak membuatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi cool, diam dan menerima. Ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah lebih berkhemah dan cukup smart menangani isu parti setanding dengan ilmu kepartian yang ada pada beliau.

Suka saya ambil petikan yang ditulis oleh Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam blognya;

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!


Apakah al Huseyn tergolong dalam golongan yang disebut oleh Nik Abdul? Nik Abdul adalah orang yang lebih layak mengetahui tentang ayahandanya.

Al Huseyn juga ada menulis dan membuat rujuk kepada penulisan DS Mohamad Khir Toyo sebagai sandaran hujahnya.

Kemungkinan besar salah faham tentang bekerjasama dengan Umno ini timbul apabila “Kerajaan Perpaduan” versi Khir Toyo mendedahkan sebagai berikut :

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.
Klik sini


Saya cukup pelik dan geli hati bila orang lama PAS menggunakan hujah lawan sebagai asas sandaran. Memang kita boleh mengambil sumber musuh, tetapi mengenepikan sumber dan penjelasan yang dibuat oleh pimpinan kita sendiri adalah suatu yang tak wajar.

Ustaz Nasarudin telah memberikan penerangan yang jelas tentang perkara ini. Apakah penerangan itu tidak mencukupi? Bila pertembungan pertama yang tidak dilaporkan dibahaskan dalam Dewan Harian PAS. Dewan Harian telah memutusakan untuk menghantar wakil untuk mendengar apakah yang nak ditawarkan oleh pihak UMNO.

Apa yang ditulis oleh Khir Toyo adalah sambungan apa yang nak didengar oleh PAS sebagaimana keputusan Dewan Harian PAS Pusat. Al Huseyn cuba mengelirukan pembaca. Saya membuat kesimpulan atas pendapat saya penulisan Al-Huseyn penuh prajudis dan emosi.


Masih kecewa dengan Harakahdaily

Oleh Polis Pencen

Kalau ikutkan hati rasanya tak nak menulis lagi mengenai Harakah, tapi atas dasar prihatin dan tanggungjawab saya tetap akan membuat teguran, walaupun mungkin orang-orang dalaman Harakah semuanya buta dan tuli.

Isu kerajaan Perpaduan adalah isu yang penting dan telah banyak mengugat kewibawaan dan kesabaran ahli-ahli serta pemimpin PAS. Isu juga membongkar sejauh mana ukhwah yang menjadi tulang belakang Jamaah Islam. Membuka pekung munafik dan tali barut yang menjadi penghalang kepada usaha dakwah dan penghayatan Islam.

Kebusukan diri dan hawa nafsu terdedah dengan sendirinya akibat daripada hati gelap dengan konsep khilaf dan berbeza pandangan. Kita boleh menilai semuanya ini kerana kita ada akal yang waras berpandukan Ilahi. Tak kira dia berada dimana kumpulan orang-orang yang bersifat munafik harus disingkirkan agar Jamaah boleh berjalan dengan lurus.

Semalam adalah titik pertemuan yang terbaik untuk menyelesaiakan isu ini. Malangnya saya tidak nampak Harakah memainkan peranan sebagai sumber “Info Alternatif Anda” seperti slogan yang terpapar didada muka hadapan Harakah.

Sampai sekarang (23 Jun 9.00 pagi) masih ada 3 berita berkaitan UG iaitu Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS , PAS, KeADILan, DAP tolak gimik kerajaan perpaduan dan Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz .

Dua daripada berita ini adalah ulasan berita bukan bentuk pemberitaan.



Tidak ada berita mengenai TGNA dengan Ustaz Nasa. Saya terpaksa mendapat berita daripada BERNAMA dan The Malaysian Insider.

Begitu juga beberapa isu penting lain yang hanya ada jawapan pada Malaysiakini seperti Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS, Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS dan Mahfuz tidak tahu tiada poster Hadi

Orang-orang Harakah tidak ada hati perut untuk merasa gusar dan bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat parti. Takkan orang luar seperti BERNAMA, Malaysian Insider atau Malaysiakini mendapat berita dan gambar untuk peristiwa penting ini?

Orang-orang Harakah ada jawapannya. Jangan sampai ada tuduhan-tuduhan liar mengatakan “orang-orang” Harakah mempunyai agenda tentetu dalam parti...


Isnin, 22 Jun 2009

10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Oleh Polis Pencen

TGNA telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup serius kepada Timbalan Presidennya Ustaz Nasharuddin Mat Isa berhubung kenyataan balas TP berkenaan dengan pelawa Dato’ Seri Najib berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan seperti yang dilaporkan dalam pelbagai media adalah seperti berikut:-

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan."

Kenyataan ini telah membawa kepada perbahasan yang begitu besar di semua media termasuk di internet. Ada pro dan kontra.

Kenyataan-kenyataan berbentuk hasutan dan memburuk-burukkan TGHA dan Ustaz Nasharudin makin menjadi-menjadi. Ini juga melibatkan Dato’ Mustafa Ali.



Paling menyedihkan terdapat begitu banyak kain rentang menghina Ustaz Nasharudin dinaikkan di Bachok tanpa sebarang siasatan dan tuduhan ini cukup tidak berasas sama sekali. Walaupun ada yang mengatakan ini adalah kerja-kerja puak UMNO/BN bagi mengeruhkan suasana dan mengambil kesempatan mengapi-apikan suasana, tapi saya bagi saya tidak begitu meyakinkan kerana kain rentang dinaikkan di kawasan-kawasan PAS. Takkan begitu mudah kain berbentuk propaganda dipasang di kawasan-kawasan kubu PAS tanpa disedari oleh pihak petugas PAS. Lemah benar ke PAS di kawasan Bachok, sehingga musuh begitu mudah masuk dan pasang kain rentang?

Sepatutnya ada “orang Muslim” yang mendamaikan dalam hal ini, agar api fitnah dan kemarahan tidak begitu membuak. Di mana pemimpin “Muslim” di Bachok?

Saya berani kata begini kerana saya membuat perbandingan yang adil dengan Ibrahim Ali satu lagi MP yang bertanding atas tiket PAS yang mengecam PAS sekarang ini. Andai katakanlah Ustaz Nasharudin memang bersalah dalam hal ini memang patut kain rentang menghinanya dibuat dan dipasang agar beliau sedar diri. Tapi bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Tak pernah saya lihat satu kain rentang pun yang memburuk-burukkan Ibrahim Ali.

Jangan sebab-sebab yang lain membuatkan ada yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana bagi mencapai hajat.

Saya cukup berbangga dengan sikap Ustaz Azizan, MB Besar Kedah dalam hal ini yang cuba untuk meredakan keadaan. Begitu juga dengan kenyataan oleh Naib-Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar dan Salahudin Ayud yang cuba untuk menenangkan keadaan dengan meminta Ustaz Nasharudin berjumpa TGNA.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Harun Taib juga menjurus kepada membetulkan keadaan dan menerangkan bagaimana kaedah syarak dalam hal ini.

Saya tidak boleh menerima kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Nasir Daud, yang menjelaskan poster Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai tanpa gambar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Perkara ini diperbesarkan sehingga mereka-mereka yang condong kepada UG tidak dibenarkan berceramah di PRK ini. Kalau ini adalah keputusan yang amat bijak dalam membuat strategi bagi memenangkan calon PAS di Manek Urai, apa guna dihebohkan. Tak payah umum buatlah dalam keadaan senyap, tak siapa pun tahu. Ini heboh dalam harakah semacam nak maklumkan kami telah pulau kumpulan menentang pendapat TGNA termasuk Presidennya sekali.



Begitu juga dengan 10 MP PAS membuat kenyataan bersama menyatakan pendirian mereka menolak idea kerajaan perpaduan di parlimen dan bersama di belakang TGNA. Apalah rasionalnya membuat kenyataan ini? Dahlah 10 orang sahaja yang menandai tangan. Dalam sidang hanya 8 sahaja yang hadir. Habis di mana lagi 13 orang MP PAS yang lain. Adakah mereka di belakang TGHA?

Mereka yang terlibat membuat kenyataan itu ialah Dr Hatta Mohd Ramli, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Ini semua kerja-kerja bodoh memburukkan keadaan. Wujud pula tulisan melihat siapa dia 10 orang ini sehingga mereka dikenali sebagai anai-anai dalam PAS dan ada yang mengaitkan dengan kertas kerja “Musuh dalam Selimut” oleh Dato’ Harun Din Timbalan Mursyidul Am PAS dalam Seminar Ulama sebelum ini.

Oleh kerana sebahagian besar nama-nama mereka adalah AJK PAS Pusat, sepatutnya mereka meniru bagaimana orang-orang lama dalam PAS bertindak seperti Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Nik Zawawi Salleh yang berjumpa secara senyap di kediaman TGNA di Pulau Melaka.

Begitu juga dengan Timbalan Mursyidul AM Datuk Dr Haron Din telah berjumpa dengan TGNA di Kuala Lumpur. Ada beberapa orang lagi yang telah menziarahi TGNA memberikan pandangan dan membuka perbincangan secara “anak beranak”.

Mereka memilih untuk mendamaikan bukan mengeruhkan lagi suasana.



Saya perturunkan video yang menjadi kemarahan TGNA kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa untuk dinilai bersama, benarkan ada “orang-orang” tertentu bermain api perasaan bagi mengeruhkan saf kepimpinan PAS. Walahulam

Sabtu, 20 Jun 2009

Membuka fitnah kepada pemimpin dalam PAS

Oleh Polis Pencen

Saya mengikut dan menghayati semua ucapan di Muktamar PAS ke-55 secara serius. Kemudahan live yang disediakan oleh unit IT PAS Pusat amat dibanggakan dan semuanya boleh dirakam untuk diulang dengar bagi perkara yang boleh mengelirukan.

Saya tertarik untuk mengulas sedikit ucapan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS pada masa Muktamar berkenaan berkaitan dengan adanya pemimpin tertinggi PAS yang menghubungi beliau untuk memikirkan semula keputusan yang dibuat oleh PAS Perak dan mencadangkan pergabungan dengan UMNO.

video

Banyak webblog mengulas perkara ini dan ingin identiti “Pengkhianat” ini didedahkan. Pelbagai tuduhan dan prasangka dalam pelbagai bentuk tulisan telah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan.

Fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang terlarang dalam Islam telah menjadi mainan mulut penulis-penulis perjuangan Islam.

Saya sendiri, apabila mendengar ucapan ini secara spontan telah dilewati oleh nafsu syaitan meneka siapa pimpinan tertinggi PAS ini. Mula terbayang dalam fikiran saya Dr Hassan Ali. Kalau tidak Dato’ Mustafa Ali.. atau mungkin Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Saya bertanya seorang sahabat yang bekerja sepenuh masa dengan PAS, siapa agarnya. Dia kata mungkin Dr Harun Din.

Saya tak nak bertanya lagi kepada sesiapa. Kalau saya bertanya semakin ramai lagi menjadi mangsa tekaan tuduhan daripada ucapan Ustaz Ahmad Awang ini.

Baru 4 nama pimpinan, satu sahaja yang bersalah. Ustaz Ahmad Awang sahaja yang mengetahui. Habis terfikir kepada saya. Bagaimana nama 3 lagi yang menjadi tuduhan nafsu jahat saya ini?

Itu saya, bagaimana pula dengan perwakilan yang ada pada Muktamar PAS ke-55? Saya bertanya lagi pada diri saya, bagaimana pula dengan pembaca blog-blog yang mengapi-apikan ucapan ini?

Sebagai seorang Islam fitnah kepada pemimpin PAS yang tak bersalah perlu dibersihkan. Saya secara akal yang bodo0h ini berfikir, ucapan ini tidak kena dan Ustaz Ahmad Awang pasti akan dipersoalkan oleh Azzawajalla.

Ustaz Ahmad Awang telah mula berblogger semula. Blognya telah dikemas kini dan saya mempercayai beliau membaca tulisan saya, tulisan seorang ‘terasing’ yang cuba mendampingi ulama-ulama dalam perjuangan Islam. Ustaz perlu membetulkan perkara ini. Sebagai seorang Islam ustaz perlu bersihkan nama-nama sahabat ustaz yang dituduh dalam Internet tanpa pembelaan...




Awas, racun fitnah untuk PAS dah masuk tahap membahayakan

Oleh: PolisPencen

"Sebelum ini saya mencerikan bagaimana secara ringkas salur galur terjadi peperangan siffin yang membuka fitmah kepada Islam dan pintu fitnah terbuka selepas pembunuhan Sayidina Omar.

Saya memperingkatkan kepada semua pembaca sabar dan mengambil jalan bertenang dalam menghalusi perkara ini dan berwaspada dengan penulis yang menjadi barah kepada PAS.


Soal khilaf adalah perkawa furuk tetapi berbalah dengan mencerca adalah haram. Apatah lagi tidak segan dan silu membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti dan asas.

Perkara ini memnjadi buruk lagi bila kita tidak mengenalpasti penulis-penulis blogger yang kian tumbuh bagai cendewan untuk mengulas isu ini.

Paling terusk mereka menjadi api-api yang akan emmbakar PAS pada keseluruhan. Tak kita anda penyokong TGHA atau TGNA anda adalah mangsa kebodohan sarag dan propaganda musuh.

Musuh akan menjadi pengikut kuat TGHA dan akan menghina TGNA. Manakala ada musuh yang menjadi taasud kepada THGN akan menghina TGHA.

Ini satu contoh-contoh gambar menghina TGNA & TGHA. Tunggulah selepas ini, makin bertambahlah gambar-gambar seperti ini yang akan membuatkan anda menjadi gila dan beremosi.



dan ini



Saya tak terniat untuk mendedahkan laman-laman pengeluar gambar ini dan ada beberapa lagi dalam simpanan saya. Saya berharap anda semua berfikir. Gambar ini boleh jadi datang daripada musuh PAS, UMNO. Atau rakan Pakatan sendiri yang dengki atau juga daripada pengikut setia yang menajdi barah kerana kerosakkan akhlak.

Anda boleh menetukkan sendiri.

Jika bodoh dengan musuh, munafik dan orang Islam yang dengkin, saya percaya selepas ini, ahli-ahli PAS akan mengasah parang untuk memengal leher rakan seperjuangannya.. Nanti dalam usrah akan berlakulah kapak mengkapak kerana emosi dan fikiran ahli-ahli dan pemimpin PAS telah berada di buntut masing-masing.

Isnin, 15 Jun 2009

Harakahdaily masih lembab dan belum memuaskan

Oleh: PolisPencen

Harakahdaily menjadi nadi berita parti yang utama apabila harakah cetak disekat kekerapan pengeluarannya. Saya membuka harakahdaily 3 atau 4 kali setiap hari bagi mendapat maklumat terkini. Tapi terus terang saya kecewa dengan pengurusan harakahdaily.

Berita harakahdaily yang terpapar hari ini ialah "PAS kutuk serangan di Selatan Thailand" 12 Jun 2009 jam 12.26 tgh, hampir 2 hari tidak dikemas kini. Sebentar tadi jam 6.34 petang 14 Jun 2009 baru dikemas kini artikelnya yang bertajuk "PAS mahu Majlis Fatwa siasat SIS!".

Muktamar ke-55 saya nampak begitu ngah apabila Dato' Mustafa Ali melancarkan e-Harakah. Terfikir saya apa akan terjadi dengan e-Harakah, apakah sekadar melancarkannya sahaja?

Sebagai organisasi berita, Harakahdaily tidak sepatutnya terbiar hampir 2 hari. Jangan kata 2 hari, 2 jam pun sudah begitu lama. Saya sungguh kagum dengan TranungKite yang mampu mengemas kini laman sehingga kadang kala 30 minit sekali sehingga pagi, hanya dikendalikan secara part-time sahaja.

Apakah peranan Mohd Rashidi Hassan yang diberikan amanah untuk Harakahdaily? Sekadar penyibuk dalam program-program utama? Atau tukang kempen dalam pemilihan saf kepimpinan PAS?

Saya juga keliru dengan Harakahdaily yang selalu meminta derma atau sumbangan bagi satu-satu dana termasuk Tabung Harakah?

Cuba kita fikir, satu iklan teks di bawah artikel untuk seminggu ialah RM150. Ini bermakna RM600 sebulan. Iklan teks saya kira secara purata sekitar 40 yang berubah-ubah pengiklannya. Ini bermakna iklan ini memberikan pendapatan sebanyak RM24,000 (24 ribu) sebulan. Itu tidak termasuk iklan utama yang bernilai hampir RM3000 sebulan untuk satu-satu iklan.

Saya percaya pendapatan iklan Harakahdaily adalah sekitar RM60 - RM100 ribu sebulan. Soalnya di mana wang ini? Siapa yang mengendalikan iklan di Harakahdaily?

Saya mendengar maklumat yang hampir sah 40% iklan ini dapat kepada pengendali iklan. Ini bermakna pengendali iklan memperoleh pendapatan sekitar RM15 - RM40 ribu sebulan hanya sekadar buat imej-imej iklan.

Mudah dan mengutungkan, berbeza dengan wartawan dan penulis yang terpaksa memerah otak bagi mendapat cerita dan berita. Atas dasar peratus pendapatan inilah iklan di harakahdaily kadang kala cukup mengaibkan dan ada yang tidak mengikuti lunas-lunas Islam.

Dato' KJ masih kekal di Harakah, Dato Mustafa Ali akan pergi. Harakah perlu kepada pengurusan mantap, disiplin wartawan yang baik dan cekap. Harakahdaily perlu penstrukturan semula. Sebagai ahli kita patut tahu apa yang berlaku di sana. Jangan sampai harakahdaily memalukan parti!

Perosak jemaah Islam sedang menjalankan jarum-jarumnya

Oleh: PolisPencen

"Perbalahan dalam istilah khilaf atau pendapat antara Sayidina Ali dengan Muawiyah menjadi satu contoh teladan yang cukup baik untuk didalami oleh setiap pejuang Islam. Jika diteliti kejadian ini berlaku kerana wujud jarum-jarum adu domba oleh orang Islam sendiri yang berada di sekeliling pemimpin agung ini.

Perbalahan ini akhirnya mencetuskan perang siffin yang menjadi titik hitam dalam sejarah Islam. Sampaikan sekarang ada yang menuduh Muawiyah salah dengan pelbagai tuduhan sedangkan nabi bersabda bahawa orang yang mengetuai angkatan tentera laut dijamin masuk syurga di mana Muawiyahlah yang mengetuai angkatan itu.

Khilaf dalam membawa strategi/pendekatan dalam jemaah PAS juga merupakan satu perkara yang lumrah, tetapi menjadi dalang pengadu domba adalah perbuatan khianat adalah musuh dalam selimut kepada perjuangan. Memang musuh dalam selimut tidak mudah dikenali. Orang munafik yang diceritakan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al Baqarah memang cukup jelas tetapi untuk mengenalinya amat sukar.

Sifatullah jemaah Islam akan dikhianati, diadu domba oleh manusia yang dengki, iri hati dan tamak bagi mencari sesuatu kepentingan.

Saya terbaca satu petikan tulisan Tulang Besi, yang telah didedahkan namanya sebagai Abdul Rahman Talib seperti dipetik di bawah:-

Saya tak nampak jalan keluar. Dua tahun adalah masa yang sangat panjang. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Saya mencadangkan supaya Husam Musa dan keseluruhan pimpinan PAS yang tidak redha untuk duduk dalam kelambu UMNO supaya menarik diri dari kepimpinan yang ada sekarang ini.

Mereka musti ramai-ramai meletak jawatan serta membiarkan Fraksi UMNO melakukan apa yang mereka mahu. Biarkan sahaja apa sahaja kehendak Fraksi UMNO ini.
(
http://www.malaysiawaves.com/)

Ini adalah satu perbuatan jahat dan khianat dalam Jemaah Islam. Setiap pemilihan PAS mesti ada yang menang dan kalah. Jika sekiranya yang kalah akan membuat perkara yang sama tidak mahu bersama dengan jemaah Islam, boikot dan menjatuhkan yang menang. Begitu yang menang meninggalkan yang kalah, cuba untuk menyingkirkannya. Gerakan Islam tidak akan ke mana-mana.

Apa yang berlaku dalam PAS sekarang, yang kalah adalah golongan yang cerdik dan menunjukkan komitmen yang baik tetapi mungkin berbeza atau khilaf dalam strategi menghadapi musuh. Golongan ini tidak diketepikan malah dilantik untuk bersama-sama membentuk barisan kepimpinan yang mantap bagi menghadapi musuh Islam sebenar. Saya melihat ini adalah satu keputusan yang terpuji.

Tapi malang musuh dalam selimut bertopeng keahlian PAS akan cuba menjadi pengadu domba yang akan merosakkan PAS demi untuk kepuasan nafsu. Benarlah kertas kerja Prof. Dr Harun Din dalam Seminar Ulama bahawa wujud musuh dalam selimut yang perlu diambil perhatian serius oleh ahli PAS.

Musuh munafik dan pengadu domba akan wujud sepanjang zaman selagi syaitan dan iblis ada. Benarlah kata-kata cerdik pandai manusia yang rosak hatinya nampak sahaja di luar baik tetapi berulat di dalam."

Dewan Ulama, Kajian/Research & Pembocoran Maklumat

Oleh: PolisPencen

Saya tertarik untuk mengulas perkara ini sebelum Muktamar PAS yang ke-55, tetapi memandangkan tidak mahu mengeruhkan situasi dan keadaan, saya menangguhkannya. Al hamdulillah ada sedikit kesempatan masa untuk saya membicarakannya dalam tulisan pendek ini.

Saya terbaca satu komen pada blog Al Bakistani oleh Ustaz Wan Ji sendiri, antara petikannya ialah:-

“usaha nak gabung dengan UMNO sememangnya wujud. sebab, ana sebelum ini adalah salah seorang ahli jawatankuasa badan kajian dewan ulama PAS pusat. sebarang kajian ana diminta hadir, tetapi kajian gabung dengan UMNO ana tidak
dimaklumkan.

pun begitu, Allah maha besar, lagi maha hebat, kertas kerja
itu telah ter e mail kepada ana....

ulasan kertas kerja itu ana ada kupas dalam tulisan yang lalu...”
(http://g-82.blogspot.com/2009/06/antara-tipu-dan-benar.html)
Walaupun petikan ini nampak tak begitu bermakna, simple tapi banyak perkara boleh dibahaskan.

1. Dewan Ulama yang dikatakan bisu, diam dan jumud serta diserang segenap sudut oleh golongan yang ingin mengaibkannya sekali tidak benar. Dewan Ulama ada kajian serta perbahasan ilmiah mungkin tidak tercapai akar berfikir bagi mereka yang gopoh dan emosi dalam perjuangan.

2. Ustaz Wan Gi (Al bakistani) membuat rumusan yang cukup tidak adil dan saya juga hairan bagaimana beliau boleh berada dalam kumpulan research Dewan Ulama. Sesuatu research tidak semestinya menjadi kefahaman pokok kepada badan yang melaksanakan research tersebut.

Bila Dewan Ulama buat satu kajian berkenaan "bergabung dengan UMNO" adalah tidak masuk akal jika dibuat kesimpulan bahawa Dewan Ulama hendak bergabung dengan UMNO.

Inilah semacam kesimpulan yang dibuat oleh Al Bakistani. Memang patut dia disingkirkan daripada Unit Kajian Dewan Ulama.

Satu pernyataan perbandingan yang paling mudah kita katakan Dewan Ulama membuat satu kajian Ahli PAS mesti makan biskut. Al Bakistani dalam fahaman mengikut kenyataannya bahawa Dewan Ulama nak membawa ahli PAS mesti makan biskut. Mereka yang tak suka makan biskut akan marah dan melenting. Apatah lagi bila melihat Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang makan biskut. Pengikut yang tak suka biskut berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memang benci biskut daripada muda lagi terus mengapikannya.

Maka berbalahlah antara pengikut TGHA dengan TGNA berkenaan mesti makan biskut. Suasana menjadi kelam kabut kerana kita bodoh dan tolol dalam memahami apa itu research.

Saya berpendapat Dewan Ulama perlu membuat pelbagai kajian/research politik dalam pelbagai sudut mengikut hukum, sirah dan perbahasannya tidak perlu dimaklumkan kepada umum melainkan jika perlu.

3. Saya berpendapat Al Bakistani tidak dipanggil untuk research ini kerana dia tidak layak dan tidak amanah dalam memegang satu tanggungjawab. Research bukan untuk sebaran umum, kalau suka menyebar maklumat, membocorkan strategi patut sangat dia disingkirkan.

UG adalah satu lagi contoh hasil lemparan dan kajian. Jangan kerana UG kita jadi manusia bodoh menghina sesama rakan seperjuangan hinggakan nafsu melebihi akal." "


Taasub mengkritik akhir membodohkan diri

Oleh: PolisPencen

Membodohkan diri mungkin sama juga makna dengan cuba menunjuk pandai dalam bidang yang tidak difahami. Dalam dunia blogger, banyak tulisan-tulisan mengkritik dengan slogan kononnya membuka minda tetapi jika dihalusi nyata menunjukkan penulisnya seorang yang cetek dan jumud.

Saya ingin membawa satu penulisan yang bertajuk “Mari menilai ulama Hadi Awang” yang ditulis oleh Aduka Taruna yang jelas penulis keliru, tidak memahami apa yang diulas dan sedikit prejudis.

Penulis tidak boleh membezakan antara UG dengan gabungan antara PAS-UMNO. Tidak boleh membezakan perjumpaan sulit antara beberapa pemimpin PAS dengan UMNO selepas pilihan raya dengan cetusan idea UG. Penulis lagi keliru apabila mengulas UG dan cetusan idea ini dengan beberapa kekeliruan politik semasa antara Pakatan rakyat dan pemilihan dalam Muktamar PAS.

Apabila penulis cuba memahami situasi ini dalam kotak pemikiran sempit serta ilmu pengetahuan yang belum cukup maka banyak lagi istilah dan penggunaan bahasa mengikut emosi dan naluri yang tak terkawal.

Kita tidak boleh marah dengan penulis ini kerana dia belum memahami apa itu Dewan Ulama PAS yang selalu di gembar gemburkan dalam banyak penulisannya. Dewan Ulama PAS mungkin pada pandangannya tidak ada SWOT Analisis, tidak ada kajian/research. Al bakistani dalam blognya ada menyebut tentang research Dewan Ulama yang saya akan ulas dalam penulisan saya yang akan datang.

Aduka Taruna adalah satu individu contoh penulis blog yang terapung dalam alam maya tanpa hala tuju yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Banyak contoh daripada sirah nabi yang menunjukkan individu-individu pengkritik kebenaran yang mencemuh dan menghina akhirnya akan diberikan taufik serta hidayah.

Bila? Jawapan ada pada Aduka Taruna sendiri. Hanya dia jangan jadikan solat sebagaimana mainan, sesungguh hidayah itu hampir kepada manusia yang rendah dirinya di sisi Allah s.w.t."


Kenapa Orang Tua Suka Melenting?

Oleh: PolisPencen

Saya sudah berumur tetapi masih ada ibu yang tua dan uzur. Bapa sudah hampir 20 tahun meninggal dunia. Ibu saya cukup sensitif dan amat sukar mengambil hatinya. Banyak perkara memerlukan saya sabar dan berhemah.


Banyak tindakannya kadang kala luar akal untuk saya berfikir. Nasib baik saya ada pak iman yang selalu memberikan saya tunjuk ajar bagaimana berkomunikasi & berinteraksi dengannya sambil menjaga hatinya.


Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh begitu marah dengan kenyataan cetusan idea “kerajaan Perpaduan” oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang. Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya Idea ini adalah satu cetusan yang boleh dibincangkan bersama bukannya nak masuk UMNO/BN. Beliau juga hairan kenapa susah untuk difahami walaupun disebut beberapa-berapa kali.

Saya tidak hairan kalau karpal Singh tidak faham. Saya juga berpendapat DAP mungkin terasa tergugat dengan kenyataan ini kerana DAP sentiasa merasakan bahawa dialah yang mencatur politik semasa.


Akhbar UMNO yang selalu dilaungkan untuk diboikot oleh pemimpin PAS juga menyebut kenyataan daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah ‘boneka UMNO’.


Orang tua yang sensitif akan menjadi lagi teruk sensitifnya jika ada di kalangan kita yang memainkan perasaan dan emosinya. Jangan jadi “munafik” dalam jemaah. Hormatilah orang tua sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita. "

Tenang dan Sabar pilihan Presiden PAS?

Oleh: PolisPencen

Sekarang ini masa semua orang membuat komen dan mengkritik. Ada juga yang suka mencemuh. Teguran membina tak berapa banyak, yang ada semuanya seolah pendapat mereka yang terbaik.Kadangkala menjadi pelik kerana yang mengkritik datang daripada pihak pimpinan yang sepatutnya kita homati. Perbezaan pendapat adat dalam berjamaah tetapi mengambil jalan untuk mengeruhkan suasana bukan jalan terbaik.

Sebagai forumer di alam maya, bergiat dalam banyak laman-laman forum saya melihat dan membuat analisis yang secara rawak, pendapat, idea dan pandangan.

Secara amnya saya cukup kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya ulangi saya cukup kagum dengan TGHA. Fullstop

Kenapa?

Pelbagai isu melanda, TGHA tidak memilih media kerajaan sebagai sumber untuk menyatakan pandangannya. Kalau anda seorang yang teliti anda akan memerhati bahawa setiap kenyataan besar beliau akan dan hanya boleh diperolehi secara terperinci dalam akhbar-akhbar rasmi parti.

Berbeza dengan tuan-tuan guru yang lain yang terikut dengan emosi pengikut atau lebih buruk lagi terikut dengan akhbar dan saraf musuh.

Saya kagum dengan ilmu dan pengalaman TGHA kerana itu tidak sia-sia beliau cukup terkenal di luar negara. Ilmu dan Master beliau dalam bidang politik siasah juga tidak sia-sia.

Beliau selalunya tenang dan mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaiakan sebarang masalah. Tidak menggunakan akhbar UMNO sebagai luahan kenyataan dan emosi perasaan.

Beliau benci UMNO dari segi strategi dan saraf bukan sesetengah kita cakap benci UMNO tapi saluran UMNOlah menjadi luah perasaan hingga terjerumus dalam strategi musuh secara halus. Benci UMNO, tapi berselimut dengan propaganda UMNO. Ini membuatkan saya rasa pelik.

Dalam beberapa isu besar sebelum ini, TGHA tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Presiden bagi menyerang rakan sejawat walaupun ada sesetengah rakan sejawat menggunakan akhbar sebagai saluran menenang beliau dan idea beliau.

Beliau juga mengambil jalan mengalah dalam semua isu apabila isu perbezaan padangan dilontarkan oleh musuh sama ada musuh luar dan musuh dalam selimut.

Dalam parti perbezaan pedapat adalah perkara biasa. Pasal itu kita perlukan seorang Presiden yang matang, tanang dan sabar. Cukup setakat ini saya akan sambung jika ada yang masih bodoh dalam politik siasah sehingga terheret sama dengan permainan politik..

Nanti ada yang akan memberi komen idea TGHA boleh merosakkan PAS. Orang yang komen ini ahli PAS ke? Jangan mengelirukan antara idea dan situasi.

Kenapa perlu diumumkan dimedia untuk sesuatu cadangan?

Oleh: PolisPencen

Saya membaca satu komen oleh Sdr Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang baru mengenai cadangannya melantik Sdr Husan dan Mohd Sabu sebagai Ahli Dewan Harian PAS Pusat. (Rujuk Harakadaily)Timbul dalam kepala saya kepada cadangan seorang Naib Presiden perlu dihebohkan diseluruh negara? Komen ini diulas pula oleh Mursyidul Am PAS dalam satu artikel yang ditulis oleh Mohd Noor yahya dalam harakahdaily yang sama.


"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"

Saya bukan bertujuan mempersoalkan kewibawaan Hj Mohd Sabu dan Husam kerana semua orang tahu, tetapi kita kena faham dan jelas urusan perlantikan ini tidak perlu diperbesarkan kerana banyak masalah akan berlaku sekiranya perkara ini tidak terjadi.

Apatah lagi bila Mursyidur Am pula mengulas. Tangan-tangan ghaib untuk memporak perandakan PAS akan mengambil kesempatan melaga-laga kedua-dua Tok Guru. Jangan buat Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam persimpangan.

Politik PAS menjadi makin kelam kabut kerana wujud ramai pimpinan PAS lebih sudu daripada kuah.

Muktamar sudah berlalu, biarlah orang yang diberikan mandat untuk menentukannya. Hj Mahfuz sudah menjadi Naib Presiden, dia ada suara dalam hal ini. Kenapa perlu dihebohkan??

Apakah ini satu tindakan memberikan tekanan kepada Presiden. Jangan membuatkan Presiden kita lemah dan pincang akibat tikaman kita sendiri. Begitu juga dengan tugas Muryidul Am jangan kita keliru dalam bab organasasi sedangkan Allah banyak memperingatkan kita tentang saf (organasasi) dalam al Quran.

Sudah-sudahlah.. mantapkanlah PAS sebagai alternatif kepada rakyat.


Ahad, 14 Jun 2009

Harakahdaily yang sudah tak mengemas kini laman 2 hari

















Tidak pernah berniat untuk memenulis dalam blog, akhirnya aku terjerat menulis dan menjadi penulis alam maya sepenuh masa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...