Sabtu, 20 Jun 2009

Membuka fitnah kepada pemimpin dalam PAS

Oleh Polis Pencen

Saya mengikut dan menghayati semua ucapan di Muktamar PAS ke-55 secara serius. Kemudahan live yang disediakan oleh unit IT PAS Pusat amat dibanggakan dan semuanya boleh dirakam untuk diulang dengar bagi perkara yang boleh mengelirukan.

Saya tertarik untuk mengulas sedikit ucapan oleh Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS pada masa Muktamar berkenaan berkaitan dengan adanya pemimpin tertinggi PAS yang menghubungi beliau untuk memikirkan semula keputusan yang dibuat oleh PAS Perak dan mencadangkan pergabungan dengan UMNO.

video

Banyak webblog mengulas perkara ini dan ingin identiti “Pengkhianat” ini didedahkan. Pelbagai tuduhan dan prasangka dalam pelbagai bentuk tulisan telah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan.

Fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang terlarang dalam Islam telah menjadi mainan mulut penulis-penulis perjuangan Islam.

Saya sendiri, apabila mendengar ucapan ini secara spontan telah dilewati oleh nafsu syaitan meneka siapa pimpinan tertinggi PAS ini. Mula terbayang dalam fikiran saya Dr Hassan Ali. Kalau tidak Dato’ Mustafa Ali.. atau mungkin Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Saya bertanya seorang sahabat yang bekerja sepenuh masa dengan PAS, siapa agarnya. Dia kata mungkin Dr Harun Din.

Saya tak nak bertanya lagi kepada sesiapa. Kalau saya bertanya semakin ramai lagi menjadi mangsa tekaan tuduhan daripada ucapan Ustaz Ahmad Awang ini.

Baru 4 nama pimpinan, satu sahaja yang bersalah. Ustaz Ahmad Awang sahaja yang mengetahui. Habis terfikir kepada saya. Bagaimana nama 3 lagi yang menjadi tuduhan nafsu jahat saya ini?

Itu saya, bagaimana pula dengan perwakilan yang ada pada Muktamar PAS ke-55? Saya bertanya lagi pada diri saya, bagaimana pula dengan pembaca blog-blog yang mengapi-apikan ucapan ini?

Sebagai seorang Islam fitnah kepada pemimpin PAS yang tak bersalah perlu dibersihkan. Saya secara akal yang bodo0h ini berfikir, ucapan ini tidak kena dan Ustaz Ahmad Awang pasti akan dipersoalkan oleh Azzawajalla.

Ustaz Ahmad Awang telah mula berblogger semula. Blognya telah dikemas kini dan saya mempercayai beliau membaca tulisan saya, tulisan seorang ‘terasing’ yang cuba mendampingi ulama-ulama dalam perjuangan Islam. Ustaz perlu membetulkan perkara ini. Sebagai seorang Islam ustaz perlu bersihkan nama-nama sahabat ustaz yang dituduh dalam Internet tanpa pembelaan...




4 ulasan:

  1. Kenapa takda satupun tulisan saudara mengulas tentang percakapan Bekas ketua dewan ulamak PAS tentang politik wang dalam PAS. Apakah itu bukan fitnah?

    BalasPadam
  2. Memang boleh ulas semuanya lagi bagus, tapi saya kena ambil yang pentng sahaja.

    Ketua Dewan Ulama menyebut secara umum yang melibatkan terlalu ramai. Begitu juga Ucapan Dr harun Din berkaitan musuh dalam selimut juga saya rasa secara umum.

    BalasPadam
  3. salam,

    saudara polis pencen,

    ada satu lagi tulisan boleh menimbulkan fitnah besar dlm PAS malah telah dimanipulasi oleh UMNO-BN berminggu-minggu utk pecah belahkan PAS iaitu tulisan Nik Abduh tentang KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS. saya rasa tulisan tersebut jauh lebih buruk berbanding ucapan Us Ahmad Awang yg bertanggungjawab sepenuhnya pada ucapannya.

    BalasPadam
  4. Wasalam,
    Saya setuju dengan pendapat Orang 'bodoh" dalam PAS.

    Nik Abdul membuat ijtihad untuk dirinya dan dia sedar dan mengetahui hasil daripada apa yang dia tulis. Saya nampak dia sudah tidak menulis.

    Kita ada naluri. Saya sendiri pun mengikuti naluri untuk menulis bukan terus sahaja menulis. Emosi dan akal kita cuba seimbangkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...