Ahmad Lutfi tentu tidak suka hal sakitnya didedahkan secara terbuka. Sepanjang mengetahui, membaca dan mengenalinya sejak 25 tahun lalu, Lutfi boleh dikatakan selalu dirundung penyakit.
Ketika beliau mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah Dr Khir Toyo, Lutfi diserang penyakit aneh. Memaksa dia terlantar uzur di kampung halamannya, di Jitra dalam waktu yang agak lama. Mereka yang menjadi kenalan terutama yang sama belajar dan bergiat dalam jamaaah bekas UTM yang menziarahinya di kampung ketika itu, sekitar awal tahun 2000 mengukilkan keadaannya cukup menyedihkan. Penulis Utusan, Astora Jabat, ada menulis tentang hal berkenaan dan beberapa siri penghujahan dengan webmaster laman TKO pada ketika Tok Ayah boleh dibaca setiap minggu di Utusan.
Kini, penyakit Lutfi diperkatakan lagi. Tapi bukan penyakit misteri yang berkaitan amalan sihir atau seumpamanya. Beliau yang menderita kencing manis 20 tahun lalu mendapat serangan jantung pada akhir tahun lalu dan doktor pakar mengesahkan tiga saluran jantungnya tersumbat. Khabarnya, sudah 99 peratus tersumbat. Dan Lutfi sudahpun menjalani dua kali rawatan angioplasti. Belanjanya tentulah amat besar bagi penulis seperti Lutfi sekadar mencari makan dengan menulis idealisme perjuangan.
Saya bukan mahu menyalahkan Harakah - tempat Lutfi bekerja - seperti yang ditulis dalam internet sebelum ini. Harakah bukan syarikat korporat yang untung juta-juta untuk tanggung rawatan perubatan semua staffnya. Kos rawatan jantung memang tinggi. Biayanya besar apatah lagi jika dilakukan di hospital swasta. Tapi kalau mahu menunggu giliran di hospital kerajaan tentu lama. Sedangkan Lutfi perlu dibedah segera buat kali ketiga.
Menurut pengkhabaran isterinya ada memberitahu, Lutfi memang selalu uzur, sesak dada dan aktiviti fizikalnya begitu terbatas. Saya rasa kalau ada pembaca mahu membantu, eloklah. Bantu membantu amalan murni. Hari ini hari Lutfi, esok mungkin kita pula.
Salurkan kepada Ahmad Luqman Hakim Bin Ahmad Lutfi No Akaun MayBank 162179670906, anak Ahmad Lutfi yang sulong.
Terdetik dihati ini untuk menulis, berkongsi info dengan rakan-rakan blogger, pembaca dan pelawat laman mengenai Ahmad Lutfi ini, walaupun saya telahpun pencen segala-gala. Saya sudahpun tidak menulis lagi mulai tahun ini.
Bantulah! Sumbangan saudara amat diperlukan, saya memahami akan kesusahanya. Mana-mana blogger yang ada blog tolong masukkan sekali rayuan sumbangan daripada saya ini.
Saya juga tertarik dengan artikel sebelum ini yang mengerakkan untuk saya menulis dari seorang rakan laman beliau di UTM.
Lutfi perlu jalani operasi jantung ketiga secepat mungkin
Posted on Monday, March 08 @ 06:18:07 PST by paktam
Oleh KAWAN LAMA UTM
Sebaik saja saya membaca tulisan Afrar Yunus, alkerohi.blogspot.com tentang penyakit Ahmad Lutfi Othman, tertanya-tanya juga saya, apakah rakan lama saya itu masih dalam keadaan uzur. Sudah lama saya tak berhubung dengan Lutfi. Sayu juga membaca kisah hidupnya dengan berbagai-bagai penderitaan yang dihadapi beliau.
Akhirnya dapat juga saya bercakap dengan Lutfi melalui telefon. Walaupun sakit tapi suaranya kedengaran ceria. Dia bercerita panjang tentang keuzurannya. Beliau tak putus mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu, termasuk Dato' Husam Musa.
Semua orang tahu penyakit jantung perlukan kos yang besar. Lutfi pun sudah dua kali melalui operasi jantung di sebuah hospital swasta. Ongkosnya lebih RM50 ribu. Malang sekali, seperti kata Lutfi, saluran jantungnya yang ketiga belum dapat dipulihkan. Dia terpaksa menjalani operasi ketiga dalam waktu terdekat.
Dan masalahnya tetap sama, iaitu kos yang tinggi untuk membiayai operasi berkenaan. Bila ditanya dari mana dia akan mencari dana, dia hanya diam. Saya pun tak mahu bertanya lanjut. Yang penting Lutfi perlu dibedah secepat mungkin. Saya diberitahu oleh kawan-kawan lain bahawa Lutfi agak tertekan untuk mencari rawatan di hospital kerajaan. Lutfi sudah menghubungi kawan-kawan lama yang ada contact dengan hospital awam. Sebabnya operasi jantung di sana lebih murah.
Harapan saya semoga Lutfi dapat segera dibedah walau dengan apa jua cara sekalipun dan dia dapat bertugas semula dengan baik di Harakah. Dah lama saya tak membaca buah fikirannya, mungkin kerana uzur yang begitu lama. Harap ada pihak yang dapat membantu beliau.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun anak beliau : Maybank Ahmad Luqman Hakim 162179670906
Salam hormat, berkait dengan penyakit Ahmad Lutfi, saya percaya penyakitnya berkait dengan saraf. Sehubungan ini dengan ringkasnya, saya harap ada pihak-pihak yang dapat menghubungi saya untuk mendapatkan kaedah rawatan. Saya tidak mahu menuliskan cara rawatan yang saya maksudkan di sini kerana sebab-sebab tertentu. Untuk itu, sila hubungi saya, melalui link di sini.
BalasPadamsalam tuan tanah,
BalasPadamartikel berkaitan telah ana tuliskan berkaitan beliau di blog albanjari tahun lalu. Rujuk di
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/12/sumbangan-untuk-ahmad-lutfi.html
Try vco...minyak kelapa dara..ada di mana2 farmasi.
BalasPadamupdatela blog lagi jika berkesempatan.
BalasPadam