Jumaat, 21 Jun 2013

75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis

18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu.  Daripada pejabatnya  di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.

Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.

Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.

Jika bangsa lain boleh mengekal bahasa dan tulisan asalnya melalui akhbar sendiri, harapan kepada Utusan Malaysia menjadi wadah ini bagi mempertahankan tulisan jawi hilang terus di dunia.

Kerajaan UMNO masih tak sedar, pendidikan di sekolah menepikan tulisan warisan sehingga orang Melayu hilang jati diri.

Utusan Malaysia sepatutnya menjadi akhbar pembina bangsa, pencetus minda, pembawa perubahan dan inovasi, tetapi malangnya walaupun umur sudah 75 tahun tetapi UM makin jumud dan rasis.

Sebelum PRU-13 sebahagian besar editor UM telah ditukar dan beberapa bahagian daripada Utusan ini dikuasai oleh kumpulan inteligen khas yang membongkar beberapa siri pendedahan dan pencentus kepada ketegangan bagi kepentingan politik UMNO.

Mereka memainkan minda rakyat supaya wujud 'ketegangan' yang sangat tidak beretika.

Mungkin pembaca tidak jelas apa yang saya maksudkan, saya akan bagi satu contoh mudah. Pendedahan Video Seks Mustafa Ali adalah satu perancangan inteligen. Kes Mustaffa Ali ini telah didedahkan beberapa tahun lalu, tapi isu ini mati.

Cuba berfikir, kes video ini didedah internet dan pada masa yang sama ada tangkapan tentang pengedaran video di Hulu Terengganu. Utusan menjadi master maid dalam isu ini, sebab itu berita penangkapan ini pada awalnya disiarkan di Utusan sahaja tidak di akhbar-akhbar lain.

Tujuan penangkapan itu hanya memberikan lalu untuk Utusan memainkan isu ini. Inteligen yang ada dalam utusan memang mempunyai link dengan PDRM untuk menyebar luas maklumat ini. Utusan tak nak melihat dirinya yang beriya-iya menyebar luas maklumat. Tangkapan itu hanya 'politik inteligen' dalam Utusan Malaysia sahaja.

Cuba fikir, yang kena tangkap itu sekarang ada dimana dan kes itu sekarang sampai mana?

Yang ditangkap pula kata dia diupah oleh PKR. Ini satu lagi mainan politik untuk melemahkan PR pada PRU-13.

Saya dedahkan perkara ini untuk menyatakan Utusan Malaysia menjadi jumud dan rasis bukan kerana apa tetapi kerana UM dikuasai inteligen yang dihantar oleh kepimpinan UMNO untuk kepentingan diri sendiri dan malangnya perbuatan ini menghancurkan Utusan Malaysia yang lahir sebelum UMNO demi kebangkitan 'bangsa Melayu'.


1 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...