Isnin, 17 Jun 2013

Sudah Sampai Masa Mustaffa Ali Keluar Daripada Harakah

Bercakap pasal Harakah, saya rasa dan muak dan nak muntah. Banyak kali disebut tetapi itu yang akan berlaku. Ini kerana Harakah masih dipegang oleh Dato' Mustaffa Ali. Kalau dikumpul semua tulisan-tulisan mengkritik pengurusan Harakah, saya rasa sudah mampu untuk dibuat novel yang mengandungi beberapa siri.

Muktamar PAS kali ini harus mengambil perjalanan tentang Harakah. Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah harus dikeluarkan kerana sangat tidak produktif.

Semenjak Harakah ditubuhkan dan ada Lembaga Pengarah daripada tahun 1987 sehingga sekarang Dato' Mustaffa Alilah satu-satunya pengerusi Harakah. Seolah-olah dalam PAS tak ada orang lain yang berkelayakan untuk mengurus Harakah.

Semalam saya baca tulisan Libang Labu berkenaan "Harakah Dah Kontang Idea". Saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Libang Labu.

Harakahdaily dikendalikan oleh Zulkifli Sulong. Harakahdaily sekarang bukan lagi bersifat seperti akhbar tetapi lebih seperti blog. Hendak dikatakan blog pun susah juga kerana kebanyakkannya tulisan daripada blog lain yang ditambah suai sahaja. Ini tak lain kerana mengejar rangking alexa.

Setiap minggu diadakan hadiah kepada penulis yang mendapat rangking tinggi. Amat memalukan penulis harakahdaily yang mendapat hadiah itu adalah bukan artikelnya sendiri tetapi artikel daripada blog-blog yang disalin berita sensasinya. Maka berlumba-lumbalah mereka menyalin berita-berita sensasi daripada blog dan laman lain. 

Apa yang ditegur oleh Liang Labu sebenar adalah berpunca daripada sifat berebut rangking tanpa rasa malu sebagai akhbar utama parti. Jangan hairan berita dalam kain menjadi berita harakah seperti apa yang dibicarakan oleh Liang Labu.

Saya amat mengharap Muktamar PAS kali ini ada satu pembentangan Khas berhubung Harakah secara lisan atau bertulis. Perwakilan juga harus mendesak agar Harakah perlu dikendalikan seseorang yang lebih telus.




2 ulasan:

  1. ahli2 PAS yg dipilih keMuktamar nanti ada berani ke? setahu aku majoriti mereka adalah perjuang Islam yg pengecut dan dayus.setakat YES saja boleh le.

    BalasPadam
  2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...