Isu Dr Hassan nampak macam tak "habis padam". Kadang kala perbahasannya makin membesar dan menyentuh sentiviti Pakatan Rakyat. Pembaca yang membaca artikel berkaitan pendapat dan pandangan tentang Dr Hassan Ali kadangkala lebih emosi daripada berfikiran terbuka. Tak hairanlah saya juga dikecam atas dasar nick yang digunakan adalah Polis Pencen.
Dulu saya juga telah mengulas bagaimana emosi penulis Mahaguru58 kerana nick saya polis pencen (baca artikel ini). Saya ingat Mahaguru58 yang pro UMNO memang berfikiran begitu tapi malangnya penyokong Pakatan Rakyat pun lebih perangai UMNO daripada UMNO. Tak payah kecamlah pekerjaan polis, itu sekadar nama pena sahaja sama juga nama pena budu atau belacan.
Saya membaca komen berkenaan Dr Hassan Ali akan muncul di Soal Jawab TV3 malam ini. Macam-macam komen diberikan tak kurang kecaman juga ada. Saya nampak ada sebahagian komen itu sudah lari daripada keperibadian seorang muslim.
Rabu, 25 Januari 2012
Jumaat, 20 Januari 2012
Exco Agama Selangor
Saya terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar yang membuat komen atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Dr Hassan Ali ada menghantar surat mempertingkaikan tindakan Tan Sri Khalid dikatakan terlalu awal.
Sayuti dalam artikelnya telah mempelekehkan Dr Hassan Ali dengan pangilan 'AhSang' seolah-olah Dr Hassan Ali jahil tentang politik dan mendapat penasihat yang tidak pandai politik.
Seperti mana yang saya tulis sebelum ini dalam isu ini "Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh", saya berpendapat ada sesuatu yang tak kena dalam urusan ini. Saya bukan mempertikaikan urusan penggantian. Saya juga bukan penyokong Dr Hassan Ali. Saya sekadar simpati dengan keadaan dan nasib yang dialaminya... Sebagai seorang Islam kita memang simpati dengan sesama mukmin. Tak tahulah ada yang suka dan mungkin boleh meraikan atas apa yang berlaku.
Ustaz Fadhil Mohd Nor juga simpati dengan Anwar Ibrahim dan menziarahinya ketika dia dipecat sedangkan sebelum itu Anwar lantang meperlekeh PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah ada yang memuji tindakan Presiden PAS teresebut. Sampai akhir matinya perjuang Islam tersebut dia tetap tak sependapat dengan Anwar Ibrahim... tak ada yang heboh soal perbezaan pendapat ini.

Jumaat, 13 Januari 2012
Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh
Sebelum saya memulakan tulisan ini, pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Shahmi atas e-mel tuan sebentar tadi. Saya tak pasti beliau anggota polis atau bekas anggota polis, tapi saya cukup meraikan e-melnya.Malaysiakini melaporkan hari ini, Sultan Selangor perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi tadi.
"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau." Kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Rabu, 20 April 2011
Adakah Raja Petra Murtad?
Ini pertanyaan yang ditanyakan kepada saya. Saya jawab murtab bukan suatu yang boleh dibuat main-main atau sendiwara. Kita kena tahu dari isi hati mereka yang berkenaan. Tulisan atau percakapan dripada mulut orang lain bukan ukuran.Memang saya tahu sudah lama perkara ini berbangkit, iaitu zaman Pak Lah lagi. Maksud saya isu murtad Raja Petra Kamarudin (RPK) ini telah pun lama dibualkan orang, tapi tidak ada satu kenyataan rasmi terutama daripada pihak kerajaan (Jabatan Agama) untuk mengesahkannya.
Pihak kerajaan atau TV3 misalnya lebih berminat dalam isu Anwar daripada isu agama. Mereka lebih berkepentingan dalam hala ini, tidak hairan kalau baca "Testimony of Leaving Islam" RPK pun dia menjadi kabur apabila orang beragama yang sepatutnya baik telah menjadi tidak baik.
Selepas telur tiruan kini beras tiruan pula
Sebelum ini negara di kejutkan dengan penemuan telur tiruan pada 6 April lalu di pasar Pulau Tikus di Georgetown, Pulau Pinang.Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
Langgan:
Catatan (Atom)