Ahad, 28 Oktober 2012

Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?


Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran "orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam.

Minit mesyuarat tersebut telah mula tersebar dua minggu lalu di facebook Kelab Penyokong UMNO Terengganu. Penyebaran ini juga dikaitkan dengan usaha untuk mengekalkan team Datuk Seri Ahmad Said untuk berkuasa semula bagi penggal kedua jika Barisan Nasional mengekal kuasa.

Walaupun tiada pihak dapat memberikan kepastian di mana dan bila mesyuarat itu diadakan. Siapa yang hadir tetapi yang paling jelas mesyuarat ini adalah 'grand design' untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkirkan secara halus dan terancang mereka yang menentangnya daripada luar dan dalam sebelum pilihan raya ke-13 bermula.

Dalam minit yang tersebar itu ada dan jelas menunjukkan pembahagian kabinet, robakan beberapa portfolio sedia ada dan ini menepati sebagaimana aduan keberkesanan perjalanan exco Terengganu seperti yang pernah dimesyuarat pada tahun yang lalu.

Minit yang tesebar dalam FB kelab penyokong UMNO Terengganu.



Kabinet Bayangan Terengganu 2013 seperti tersebar ialah;


Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad bin Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri.

YB Dato' Abdul Rahim bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Ksenian dan Warisan Neggeri.

Ashari bin Khartib Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.

Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid
Pengerusi Jawartankuasa Belia dan SUkan Negeri.

YB Alias bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri.

YB Toh Chin Yaw
Pengerusi Jawatankasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri

YB Asha'ari bin Idris
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri.

Datuk Haji Jalaini bin Ngah
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

Haji Mohamad bin Jusoh
Pengersui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.



Menurut sumber yang dipercaya saudara Mohd Hisham Haji Zubir, Ketua Pemuda Kemaman ketika ditanya hal ini semasa majlis Qurban Aidil Adha mengesahkan bahawan memang untuk menang dan mengekalkan Barisan Nasional memerintah Terengganu perlu ada kabinet yang kukuh, kuat dan dipercayai.

Ini bertepatan dengan kenyataan dan saranan Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub supaya UMNO menamakan calon lebih awal. Dengan itu tindakan ke atas pensabotaj akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon.

Menurut sumber tersebut, Mohd Hisham setuju dengan kenyataan Datuk Mustapha dan menyebut Terengganu sudah bersedia dengan muka baru yang lebih mantap dan taat.

Menjadi persoalan adakah kabinet ini telah mendapat makluman dan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak?

Ada pula sumber menyebut bahawa Datuk Seri Najib telah menemui Sultan Mirzan untuk mendapatkan perkenaan untuk calon-calon UMNO Terengganu supaya tidak terjadi seperti mana sebelum ini.

Banyak persoalan timbul daripada Kabinet 2013 UMNO Terengganu ini kerana kabinet tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat Bahagian UMNO.

Adakah itu satu lagi edisi cantas (cah kenting) yang mahukan satu team sahaja berkuasa dalam UMNO Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...