Isnin, 28 Disember 2009

Pemimpin PAS perlu bijak bila berhadapan dengan media

Ramai penulis telah menulis perkara ini, teguran demi teguran juga dibuat tapi hasilnya masih diperingkat dan level yang sama. Betul seperti ungkapan sindiran sinis mengatakan "pemimpin PAS tak boleh jumpa microfon mesti terjah punya".

Isu demostrasi oleh penyokong PAS Selangor yang dibuat pada hari cuti untuk menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali adalah terlalu banyak kepincangannya dari segi tatacara dan gerak kerja ahli PAS yang saya kenali selama ini.

Media, semamang akan mengambil kesempatan dalam hal ini memandangkan UMNO telah mengatur strategi untuk mengalih alih kerajaan Selongor selewat-lewatnya Januari 2010.

Bermula daripada 3 hari kemenangan Pakatan Rakyat, dengan bantuan Sultan Selangor sendiri usaha ini telah dijalankan. Selain usaha dijalankan secara tawaran sulit, pimpinan PAS yang hadir juga diserang dengan pelbagai tuduhan dan kaedah memisahkan mereka daripada kelompok PAS dengan bantuan ahli-ahli PAS yang ektream telah dijalankan.

Usaha pemisahan ini jika berjaya, akan mengeluarkan beberapa orang pimpinan utama PAS daripada kelompok PAS utama dan menjadikan mereka tersempit dalam hal ini. Dengan itu kekuatan PAS Selangor akan lembur. Disebalik itu pula Pakatan Rakyat akan goyah. Kekuatan PAS sebenarnya adalah menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat di Selangor walaupun PAS bukan suara majoriti.

Hakikat ini hanya diketahui oleh mereka yang berada di dalam oraganasasi starategi.

Jika tidak berjaya memisahkan mereka, imej pemimpin ini mesti dicalarkan dengan apa cara sekalipun. Sebab itu tidak hairan ada penulis blog terikut-ikut dengan rentak dan permainan "grand design" yang dilakukan oleh para pemikiran & startegi UMNO/BN.

Pemisahan dan label untuk sesetengah pemimpin PAS adalah untuk projek PRU-13 di mana jika sebahagian daripada kekuatan Parti PAS digoyahkan PAS Selangor ibarat ayam "tempang untuk bersambung."

Saya berpendapat kerja-kerja menyerang Dato' Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin dan Ustaz Hadi Awang adalah satu usaha terperinci yang dijalankan oleh pemikir-pemikir UMNO/BN bagi mengekalkan kekuasaan UMNO/BN.

Pemerhatian rambang yang dibuat telah menunjukkan ada ketidakpercayaan kepada Dato' Dr Hassan Ali dan jika dia kekal sebagai Pesuruhjaya PAS, mungkin PAS akan kalah di semua kerusi di Selangor. Perkara ini telah menjadi perbualan umum dan banyak tulisan di akhbar-akhbar berbahasa cina telah mengulas perkara ini.

Dalam masa yang sama jika PAS mengguggurkan Dato' Hassan Ali dan mengantikan dengan sesiapa sahaja, PAS sebenarnya telah melemahkan kekuatannya sendiri dan Pakatan Rakyat tidak akan mendapat sokongan padu daripada tenaga kerja PAS Selangor yang tulin.

Saya percaya PAS akan kalah, dan hampir semua kawasan yang dimenangi oleh PKR juga akan tewas.

UMNO/BN sebenarnya telah berjaya dalam misi membuatkan barisan kepimpinan PAS kuca-kacir dan ahli PAS menjadi terbelah bahagi dalam isu. Kebijaksanaan UMNO/BN menguasai massa baru terutama blogger secara tidak langsung dilihat sebagai suatu keupayaan strategi saraf yang mantap. Ini hanya boleh dianalisis oleh pakar-pakar yang tahu tentang saraf.

Saya kagum dengan strategi PAS Pusat yang mengambil displin kepada PAS Selangor bukannya kepada Dato' Dr Hassan Ali seorang. Startegi ini, ada yang berpendapat dimainkan oleh Setiausaha Agongnya Dato' Haji Mustafa Ali, orang lama dalam PAS.

Strategi ini sebenarnya telah memberikan satu kesepaduan kepada PAS Selangor untuk berhadapan dengan lembangan disiplin. Sebelum ini PAS Selangor dah terbelah dua. Ini adalah usaha untuk menyatukan semula PAS Selangor kepada satu saf kepimpinan yang lebih mantap, mengambaikan perbezaan mencari persamaan atas wadah yang sama.

Seperti yang disebut tadi blogger salah satu daripada unsur yang digerakkan oleh gelombang pemikiran saraf UMNO/BN untuk menyerang kepimpinan secara membabi buta bukan seperti dulu sebagai pemandu kepimpinan daripada tergelincir pada landasannya. Peranan blogger telah diubah secara halus tanpa merai dirinya dikongkong.

Usaha mengadakan Konvensyen Blogger PAS adalah satu kaedah yang cukup baik dan saya merasa kagum dengan usaha ini kerana dengan wujudnya konvensyen ini, blogger telah mengetahui peranannnya yang sebenar.

Kata-kata Blogger telah BTN adalah kata-kata yang keluar daripada pencetusan pemikiran strategi saraf UMNO/BN agar blogger menjauhi kepimpinan Ulama supaya racun dan tiupan sangkaan buruk boleh bermain di minda blogger tanpa nasihat dan tunjur ajar orang-oarang yang berkemapuan.

Satu perkara yang masih lagi belum dan dapat diselesaikan ialah pempinan PAS sendiri daripada semua peringkat, termasuk Muryidur Amnya yang suka membuat kenyataan akhbar.

Sedangkan dalam banyak mensyuarat PAS, perkara ini telah dibuat teguran. Kita cakap tak guna dalam hal ini sebab penyakit ikan busuk bermula daripada kepala.

Isu terkini, mengenai demostarsi penyokong PAS Selangor boleh diambil pengajaran. Dr Hassan Ali mendiam diri, satu tindakan yang bijak. Ketua Penerangannya menjawab panjang lebar menyebabkan isi percakapan dimanipulasikan oleh Utusan Malaysia. Nak kata dia tiada pengalaman, Ketua ini adalah salah seorang blogger yang menulis lama di internet.

Saya suka kenyataan Hj Mahfuz. Walaupun sebelum ini Haji Mahfuz telah cepular mulut membuka isu "pekung" yang tertutup. Kenyataan Haji Mahfuz "Ini kerja UMNO" boleh menuntup semua persoalan wartawan.

Saya teringat dengan Arwah Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor dulu semasa kempen boikot akhbar. Wartawan datang jumpa beliau dan beliau tak mahu berjumpa, wartawan masih juga mendesak, lalu dia menjawab maaf kami boikot akhbar.

Esoknya Utusan Malaysia ini memamparkan tajuk utama di akhbarnya Ustaz Fahdil Masih Boikot Akhbar. Punyalah ketagih nak siar berita PAS setelah diboikot selama 3 bulan.




Jumaat, 25 Disember 2009

Suara Keadilan (laman) sudah bisu dan kelu

Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat.

Sudah lebih daripada 8 bulan membisu, kelu dan hilang serinya. Cukup mengaibkan dan amat memalukan seluruh warga Parti Keadilan Rakyat.

Jika Harakahdaily yang slow dan lembabpun saya telah banyak mengecam dan mengkritik. Saya tak tahu apa perlu saya buat kepada Suara Keadilan Online.

Dulu Zunar mengendalikan Suara Keadilan Rakyat. Berapa gaji yang diberikan sehinggakan Zunar boleh keluar dan mengendalikan urus niaganya sendiri.

Zunar bukan sebarang orang, lincah, licik dan cukup bijak mengatur maklumat dan propaganda. Lihat semasa dia bekerja dengan Harakah cetak. Banyak isu diutarakan dan beberapa bentuk saraf dan propaganda dilakukan sehingga UMNO/BN tidak duduk diam dek kerana kerenahnya. Dia juga antara pemeri maklumat penting kepada laman-laman pada masa itu. Laman M@rhein adalah antara yang menerima maklumat bulat daripada Zunar, sehingga Harakah cetak membuat temu ramah secara rasmi dan memberikan ruang dalam Harakah kepada webmaster M@rhein. TranungKite laman yang saya menghantar tulisan tidak mendapat tempat sebaik m@rhein walaupun laman TranungKite adalah di usahakan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Jika dikatakan Parti Keadilan Rakyat tidak ada orang yang mahir mengendali dan menasihati laman webnya, itu suatu cukup jelik. Haji Abdul Rahman Yusof bekas MP Kemaman, sekarang ini adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu juga merupakan Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang cukup berpengalaman dalam hal ini.

Zaman reformasi dulu Abdul Rahman lah orang yang begitu banyak memainkan peranan. Saya tidak akan cerita panjang mengenai hal ini. Sudah cukup maklumat itu untuk kita menghukum bersama.

Kalau laman pun masih PKR belum bersedia untuk direformasi, sejauh mana PKR hendak menguasai media baru ini.

Saya menulis perkara ini kerana saya melihat PKR (sesetengah orangnya) lebih mengutamakan perang saraf untuk menaikkan nama orang tertentu dalam PKR dan menjatuhkan musuh dengan menggunakan blogger.

Saya tidak bercadang untuk berbicara secara terperinci bagaimana beberapa orang di kalangan PKR yang menggunakan blogger ini untuk menyerang orang-orang yang tidak disukai dalam PKR dan lebih-lebih lagi orang-orang tertentu dalam PAS bagi mencapai matlamat PKR yang dirancang. Zunar lebih mengetahui perkara ini. Anda boleh bertanya beliau berapa peruntukan kewangan yang diberikan oleh PKR untuk blogger ini mengemas kini bagi tujuan tertentu termasuk menyerang pimpinan yang tidak sehaluan dengan DSAI. Haji Man pun tahu.

Saya berpendapat perkara ini patut dihindarkan. Fokus kepada Pakatan Rakyat dan perbetulkan matlamat tujuan kelahiran blogger dan berikan tumpuan untuk menjatuhkan Kerajaan Korupsi Barisan Nasional. Utamakan keadilan untuk rakyat.

Saya berharap benar Suara Keadilan Online menjadi satu daripada sumber maklumat yang perlu bagi kita mencari kebenaran media.

Selasa, 15 Disember 2009

Dewan Ulama masih buta dengan media baru?

Saya rasa semacam terharu juga apabila sebahagian besar yang memberi komen mengenai blog ini agak positif dan membina. Memahami tulisan dan maksud penulisan yang diketengahkan pada media bebas ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada alhusseyn (Cikgu Husseyn) atas kemantangannya bila saya menegur beliau. Saya belum lagi pencen menulis, hanya melarikan diri daripada dunia siber buat sementara waktu.

PAS akan mengadakan Konvensyen Blogger pada 20 Disember ini. Adalah dipercayai ramai blogger yang akan hadir, walaupun ada unsur-unsur sabotaj secara halus oleh mereka yang tidak selari dan sehaluan dengan kepimpinan PAS. Usaha ini "mungkin dan sekadar pendapat saya" akan mengekangkang sedikit suara-suara mereka yang bertentang arus ini.

Saya bersetuju dengan Ustaz Idris Ahmad dalam mengadakan konvesyen ini, walaupun ada yang ingin melempar 'selipar buruk' ke arah kepimpinan dan orang-orang yang tidak mengikut kehendak dan pendapat mereka. Bagi saya konvensyen sesuai dengan maknanya boleh memberikan beberapa maklumat kepada PAS dalam memangani beberapa isu terutama bagi mengedalikan media baru ini untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Saya menulis hari ini bukan kerana nak berhujah panjang setuju atau tidak mengenai konvensyen yang diadakan tetapi saya lebih menjurus kepada Dewan Ulama PAS, sama Pusat atau negeri-negeri.

Sekarang semua orang bercakap tentang internet, online dan komputer. Media baru menjadi medan dakwah yang besar. Blog tidak lebih daripada 5 minit boleh dibina oleh sesiapa pun. Hampir semua orang ada Blog. PM pun nak berblog juga. Malah Dato' Seri Najib sendiri ada Facebook.

Dewan Ulama PAS di mana dalam hal ini? Masih dipondok-pondok dengan kitab lamanya? Saya bukan menghina pondok, setiap hari dah hampir dua minggu saya berulang-alik ke pondok untuk mencari keredhaan Illahi.

Saya search laman atau blog Dewan Ulama bagi PAS. Saya hanya jumpa 6 laman iaitu Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Ulama PAS Perak, Dewan Ulama PAS Johor, Dewan Ulama PAS Pahang, Dewan Ulama PAS Terengganu dan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan. Mungkin ada lagi tapi tidak terjumpa.

Dalam 6 ini ada yang tak dikemas kini, manakala yang dikemas kini pula hanya sekadar menyediakan teks khutbah sahaja. Terfikir saya itu sahaja ke tugas dan tanggungjawab Lajnah Penerangan Dewan Ulama di setiap negeri?

"Masyarakat internet" telah dinodai dengan pelbagai pemikiran yang banyak merosakkan. Siapa yang perlu mengambil peranan lebih dalam hal ini?

Isu-isu dalaman PAS juga menjadi tidak asing untuk dibahaskan di media baru ini, semua dikorek untuk dipaparkan. Jika ada najis di dubur pun mungkin akan diambil gambar oleh pemimpin PAS yang berstatus blogger untuk di paparkan di media baru bagi menunjukkan kebusukan antara satu sama lain.

Siapa yang perlu membetulkan dalam hal ini. Ulamalah kerana PAS adalah kepimpinan Ulama. Jika Dewan Ulama di setiap negeri masih ketinggalan dalam hal ini, saya tidak tahu apa terjadi kepada PAS untuk beberapa tahun akan datang.

Bila ada sesuatu isu mengenai PAS, misalnya mengenai doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kita mahu pandangan daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Sukar untuk dapatkan pandangan ini. Harakahdaily sendiri pun tidak menyiarkannya (Saya dah malas dan muak bercakap mengenai Harakahdaily, dah nak berbuih mulut tapi masih di tahap yang sama. Artikel saya pernah masuk mesyuarat Lembaga Pengarah tetapi penyelesaiannya masih orang yang ditegur itu juga mengenalikan wang besar.. tunggu akan saya ambil gambar tahi didubur ini untuk kita nilai semuanya..)

Hanya ada di Sinar Harian. Kita bercakap soal boikot media-media ini tetapi pimpinan kita masih buat kenyataan. Muryidul Am PAS dalam mesyuarat juga mengatakan tak akan membuat kenyataan tetapi tak sampai satu seminggu masih lagi menjadikan Utusan Malaysia sebagai sebagai suara luahan. Ini tidak lain adalah "Kemuncup Dalam Perjuangan" (sesuai dengan buku tulisan beliau) bagi PAS untuk mencabutnya, jika tidak akan men"gatal"kan diri.

Kita belum bercakap lagi soal remaja sekarang dengan dunia internet yang serba membimbangkan yang boleh menjurus kepada syirik dan mungkar. Ini peranan Dewan Ulama untuk sehaluan dengan dunia baru.

Saya mengharapkan kehadiran Dewan Ulama dalam konvensyen ini, sekurang-kurangnya boleh berjinak dan paling tidak pun selepas balik daripada konvensyen nanti blog dan laman mereka dikemaskini tidak setiap hari pun seminggu sekali. Kalau masih tak mampu delete sahaja blog itu buat menyemak search engine sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...