Memaparkan catatan dengan label Teguran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teguran. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Disember 2009

Suara Keadilan (laman) sudah bisu dan kelu

Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat.

Sudah lebih daripada 8 bulan membisu, kelu dan hilang serinya. Cukup mengaibkan dan amat memalukan seluruh warga Parti Keadilan Rakyat.

Jika Harakahdaily yang slow dan lembabpun saya telah banyak mengecam dan mengkritik. Saya tak tahu apa perlu saya buat kepada Suara Keadilan Online.

Dulu Zunar mengendalikan Suara Keadilan Rakyat. Berapa gaji yang diberikan sehinggakan Zunar boleh keluar dan mengendalikan urus niaganya sendiri.

Zunar bukan sebarang orang, lincah, licik dan cukup bijak mengatur maklumat dan propaganda. Lihat semasa dia bekerja dengan Harakah cetak. Banyak isu diutarakan dan beberapa bentuk saraf dan propaganda dilakukan sehingga UMNO/BN tidak duduk diam dek kerana kerenahnya. Dia juga antara pemeri maklumat penting kepada laman-laman pada masa itu. Laman M@rhein adalah antara yang menerima maklumat bulat daripada Zunar, sehingga Harakah cetak membuat temu ramah secara rasmi dan memberikan ruang dalam Harakah kepada webmaster M@rhein. TranungKite laman yang saya menghantar tulisan tidak mendapat tempat sebaik m@rhein walaupun laman TranungKite adalah di usahakan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Jika dikatakan Parti Keadilan Rakyat tidak ada orang yang mahir mengendali dan menasihati laman webnya, itu suatu cukup jelik. Haji Abdul Rahman Yusof bekas MP Kemaman, sekarang ini adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu juga merupakan Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah orang yang cukup berpengalaman dalam hal ini.

Zaman reformasi dulu Abdul Rahman lah orang yang begitu banyak memainkan peranan. Saya tidak akan cerita panjang mengenai hal ini. Sudah cukup maklumat itu untuk kita menghukum bersama.

Kalau laman pun masih PKR belum bersedia untuk direformasi, sejauh mana PKR hendak menguasai media baru ini.

Saya menulis perkara ini kerana saya melihat PKR (sesetengah orangnya) lebih mengutamakan perang saraf untuk menaikkan nama orang tertentu dalam PKR dan menjatuhkan musuh dengan menggunakan blogger.

Saya tidak bercadang untuk berbicara secara terperinci bagaimana beberapa orang di kalangan PKR yang menggunakan blogger ini untuk menyerang orang-orang yang tidak disukai dalam PKR dan lebih-lebih lagi orang-orang tertentu dalam PAS bagi mencapai matlamat PKR yang dirancang. Zunar lebih mengetahui perkara ini. Anda boleh bertanya beliau berapa peruntukan kewangan yang diberikan oleh PKR untuk blogger ini mengemas kini bagi tujuan tertentu termasuk menyerang pimpinan yang tidak sehaluan dengan DSAI. Haji Man pun tahu.

Saya berpendapat perkara ini patut dihindarkan. Fokus kepada Pakatan Rakyat dan perbetulkan matlamat tujuan kelahiran blogger dan berikan tumpuan untuk menjatuhkan Kerajaan Korupsi Barisan Nasional. Utamakan keadilan untuk rakyat.

Saya berharap benar Suara Keadilan Online menjadi satu daripada sumber maklumat yang perlu bagi kita mencari kebenaran media.

Selasa, 15 Disember 2009

Dewan Ulama masih buta dengan media baru?

Saya rasa semacam terharu juga apabila sebahagian besar yang memberi komen mengenai blog ini agak positif dan membina. Memahami tulisan dan maksud penulisan yang diketengahkan pada media bebas ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada alhusseyn (Cikgu Husseyn) atas kemantangannya bila saya menegur beliau. Saya belum lagi pencen menulis, hanya melarikan diri daripada dunia siber buat sementara waktu.

PAS akan mengadakan Konvensyen Blogger pada 20 Disember ini. Adalah dipercayai ramai blogger yang akan hadir, walaupun ada unsur-unsur sabotaj secara halus oleh mereka yang tidak selari dan sehaluan dengan kepimpinan PAS. Usaha ini "mungkin dan sekadar pendapat saya" akan mengekangkang sedikit suara-suara mereka yang bertentang arus ini.

Saya bersetuju dengan Ustaz Idris Ahmad dalam mengadakan konvesyen ini, walaupun ada yang ingin melempar 'selipar buruk' ke arah kepimpinan dan orang-orang yang tidak mengikut kehendak dan pendapat mereka. Bagi saya konvensyen sesuai dengan maknanya boleh memberikan beberapa maklumat kepada PAS dalam memangani beberapa isu terutama bagi mengedalikan media baru ini untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Saya menulis hari ini bukan kerana nak berhujah panjang setuju atau tidak mengenai konvensyen yang diadakan tetapi saya lebih menjurus kepada Dewan Ulama PAS, sama Pusat atau negeri-negeri.

Sekarang semua orang bercakap tentang internet, online dan komputer. Media baru menjadi medan dakwah yang besar. Blog tidak lebih daripada 5 minit boleh dibina oleh sesiapa pun. Hampir semua orang ada Blog. PM pun nak berblog juga. Malah Dato' Seri Najib sendiri ada Facebook.

Dewan Ulama PAS di mana dalam hal ini? Masih dipondok-pondok dengan kitab lamanya? Saya bukan menghina pondok, setiap hari dah hampir dua minggu saya berulang-alik ke pondok untuk mencari keredhaan Illahi.

Saya search laman atau blog Dewan Ulama bagi PAS. Saya hanya jumpa 6 laman iaitu Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Ulama PAS Perak, Dewan Ulama PAS Johor, Dewan Ulama PAS Pahang, Dewan Ulama PAS Terengganu dan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan. Mungkin ada lagi tapi tidak terjumpa.

Dalam 6 ini ada yang tak dikemas kini, manakala yang dikemas kini pula hanya sekadar menyediakan teks khutbah sahaja. Terfikir saya itu sahaja ke tugas dan tanggungjawab Lajnah Penerangan Dewan Ulama di setiap negeri?

"Masyarakat internet" telah dinodai dengan pelbagai pemikiran yang banyak merosakkan. Siapa yang perlu mengambil peranan lebih dalam hal ini?

Isu-isu dalaman PAS juga menjadi tidak asing untuk dibahaskan di media baru ini, semua dikorek untuk dipaparkan. Jika ada najis di dubur pun mungkin akan diambil gambar oleh pemimpin PAS yang berstatus blogger untuk di paparkan di media baru bagi menunjukkan kebusukan antara satu sama lain.

Siapa yang perlu membetulkan dalam hal ini. Ulamalah kerana PAS adalah kepimpinan Ulama. Jika Dewan Ulama di setiap negeri masih ketinggalan dalam hal ini, saya tidak tahu apa terjadi kepada PAS untuk beberapa tahun akan datang.

Bila ada sesuatu isu mengenai PAS, misalnya mengenai doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kita mahu pandangan daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Sukar untuk dapatkan pandangan ini. Harakahdaily sendiri pun tidak menyiarkannya (Saya dah malas dan muak bercakap mengenai Harakahdaily, dah nak berbuih mulut tapi masih di tahap yang sama. Artikel saya pernah masuk mesyuarat Lembaga Pengarah tetapi penyelesaiannya masih orang yang ditegur itu juga mengenalikan wang besar.. tunggu akan saya ambil gambar tahi didubur ini untuk kita nilai semuanya..)

Hanya ada di Sinar Harian. Kita bercakap soal boikot media-media ini tetapi pimpinan kita masih buat kenyataan. Muryidul Am PAS dalam mesyuarat juga mengatakan tak akan membuat kenyataan tetapi tak sampai satu seminggu masih lagi menjadikan Utusan Malaysia sebagai sebagai suara luahan. Ini tidak lain adalah "Kemuncup Dalam Perjuangan" (sesuai dengan buku tulisan beliau) bagi PAS untuk mencabutnya, jika tidak akan men"gatal"kan diri.

Kita belum bercakap lagi soal remaja sekarang dengan dunia internet yang serba membimbangkan yang boleh menjurus kepada syirik dan mungkar. Ini peranan Dewan Ulama untuk sehaluan dengan dunia baru.

Saya mengharapkan kehadiran Dewan Ulama dalam konvensyen ini, sekurang-kurangnya boleh berjinak dan paling tidak pun selepas balik daripada konvensyen nanti blog dan laman mereka dikemaskini tidak setiap hari pun seminggu sekali. Kalau masih tak mampu delete sahaja blog itu buat menyemak search engine sahaja.

Selasa, 30 Jun 2009

Kenapa Dr Dzulkefly Ahmad memilih jalan biadap dalam Jamaah?

Oleh Polis Pencen

Pertama saya minta maaf sekiranya tulisan saya juga ‘semacam’ biadap dengan AJK PAS Pusat.

Saya membaca satu artikel daripada Harakahdaily bertajuk Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya? Yang ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang diterbitkan pada hari ini Jun 30, 2009 jam 12:08 tgh.

Saya juga merujuk kepada laman beliau http://drdzul.wordpress.com/ dan mendapati artikel ini juga dipost semalam.

Terfikir saya, apakah Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai password admin untuk membuat posting dalam Harakahdaily? Jika tidak, memang pun tidak kenapa artikel ini semacam cepat aje diposting di blognya dan juga Harakahdaily?

Saya cuba meneka mungkin ada “orang-orangnya” yang begitu rapat dengan beliau dan pasti akan menolong memastikan artikel ini akan terbit dengan segera, sedang beberapa hari lalu saya menulis mengenai Harakahdaily yang lembab dan pernah tidak mengemas kini lamannya selama 2 hari. Artikel saya mengenai perkara ini boleh dibaca di http://polispencen.blogspot.com/2009/06/harakahdaily-masih-lembab-dan-belum.html

Sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan telahpun ditutup kemas dan rapi dengan semuanya pimpinan berlapang dada tentang khilaf ini. Sama juga dengan isu pertemuan dengan UMNO beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang ke-12. Tapi malangnya masih ada yang mengapikan-apikan perkara sehingga berlarutan sampai sekarang.

Saya mengambil petikan pertama dalam artikel Dr Dzulkefly
Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Ayat pertama dalam artikel ini menunjukan ada “banyak pihak” yang mendesak penulis untuk tidak membisu.
Saya ingin bertanya kepada Dr Dzulkefly, banyak pihak itu siapa? Tuan Guru Mursyidul Am ke? Atau ada orang luar selain daripada TGNA?

Dimana Dr Dzulkefly dengan Jamaah PAS? Siapa pimpinan Dzulkefly dalam PAS. TGHA atau TGNA? Atau ada yang lain? TGNA telah berlapang dada dalam hal ini, kenapa tidak sukakah TGNA berlapang dada? Banyak persoalan bermain dalam kepala saya hanya penulis yang boleh menjawab.

Dr Dzukefly juga ada menulis

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.
Gagasan Kerajaan Pepaduan sebenarnya ditimbulkan oleh TGHA semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. TGHA sudah menyebut sudah tidak releven dengan Najib. Penegasan berlaku dalam banyak ucapan dan kenyataan rasmi, kenapa ada yang membuatkan seolah-olah meraka ini mahu masuk UMNO?

Ini bukan soal wala’ atau tidak wala` sepatutnya perkara ini ditutup dan semua pihak berlapang dada. Kalau dibangkit semula untuk berhujah akan ada kupulan yang menyokong UG akan mengemukan hujahnya, sampai bila isu ini akan selesai?

Kenapa Dr Zulkefly memilih untuk mengapi-apikan semula isu ini. Apakah sebenarnya motif penulis dalam hal ini?

Saya ambil satu lagi petikan tulisan penulis.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.
Penulis nampak macam mantang dalam membuat penilaian situasi. Tapi malang bodoh dan emosi dalam menegakkan pandangan tanpa mengira situasi. Penulis boleh menyebut “ini bukan persoalan halal-haram, atau betul-salah” tapi penulis menjadi kurang mengerti mengenai “pendamaian” dalam masalah Kerajaan Perpaduan antara TGNA, TGHA dan Ustaz Nasharuddin dan seterusnya mematikan isu ini.

Kalau penulis bukan bodoh bermakna penulis berniat sesuatu yang tidak baik untuk mengungkit perkara ini bagi mendapatkan satu natijah daripada pertelingkahan kepimpinan dalam PAS.

Sebelum ini saya juga menulis mengenai penglibatan penulis yang mengambil jalan yang mengeruhkan suasana dengan membuat kenyataan di Sidang Parlimen dengan 10 MP yang lain. Tulisan saya boleh dirujuk di 10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Saya berpendapat penulis sengaja memperbodohkan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan hujah-hujah akal dan agama seolah-olah TGHA tidak tahu mengenai 'ijtihad politik', strategi dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Penulis mengambil jalan terbuka untuk menyerang mereka yang tidak sehaluan dengan mengelirukan fakta dan maklumat serta memainkan sentimen pengundi dan masyarakat yang sedang mencari kebenaran. Penulis menolak dan mengenepikan jalan musyawurah. Kenapa?

Saya tidak berniat untuk memanjang lagi perkara ini dengan petikan-petikan lain, sekadar saya nak maklumkan artikel ini telah dikeluarkan oleh Harakahdaily sekitar jam 5.30 petang tadi.



URL ini sudah tak boleh diakses http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1

Walau bagaimanapun saya terlintas semasa membacanya untuk membuat salinan. Rupa-rupanya artikel ini ada sesuatu yang tidak baik disebalik penerbitannya. Ya kita akan melihat sejauh mana perjalanannnya. Jangan kita biadap dalam berjamaah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...