Oleh: PolisPencen
Harakahdaily menjadi nadi berita parti yang utama apabila harakah cetak disekat kekerapan pengeluarannya. Saya membuka harakahdaily 3 atau 4 kali setiap hari bagi mendapat maklumat terkini. Tapi terus terang saya kecewa dengan pengurusan harakahdaily.
Berita harakahdaily yang terpapar hari ini ialah "PAS kutuk serangan di Selatan Thailand" 12 Jun 2009 jam 12.26 tgh, hampir 2 hari tidak dikemas kini. Sebentar tadi jam 6.34 petang 14 Jun 2009 baru dikemas kini artikelnya yang bertajuk "PAS mahu Majlis Fatwa siasat SIS!".
Muktamar ke-55 saya nampak begitu ngah apabila Dato' Mustafa Ali melancarkan e-Harakah. Terfikir saya apa akan terjadi dengan e-Harakah, apakah sekadar melancarkannya sahaja?
Sebagai organisasi berita, Harakahdaily tidak sepatutnya terbiar hampir 2 hari. Jangan kata 2 hari, 2 jam pun sudah begitu lama. Saya sungguh kagum dengan TranungKite yang mampu mengemas kini laman sehingga kadang kala 30 minit sekali sehingga pagi, hanya dikendalikan secara part-time sahaja.
Apakah peranan Mohd Rashidi Hassan yang diberikan amanah untuk Harakahdaily? Sekadar penyibuk dalam program-program utama? Atau tukang kempen dalam pemilihan saf kepimpinan PAS?
Saya juga keliru dengan Harakahdaily yang selalu meminta derma atau sumbangan bagi satu-satu dana termasuk Tabung Harakah?
Cuba kita fikir, satu iklan teks di bawah artikel untuk seminggu ialah RM150. Ini bermakna RM600 sebulan. Iklan teks saya kira secara purata sekitar 40 yang berubah-ubah pengiklannya. Ini bermakna iklan ini memberikan pendapatan sebanyak RM24,000 (24 ribu) sebulan. Itu tidak termasuk iklan utama yang bernilai hampir RM3000 sebulan untuk satu-satu iklan.
Saya percaya pendapatan iklan Harakahdaily adalah sekitar RM60 - RM100 ribu sebulan. Soalnya di mana wang ini? Siapa yang mengendalikan iklan di Harakahdaily?
Saya mendengar maklumat yang hampir sah 40% iklan ini dapat kepada pengendali iklan. Ini bermakna pengendali iklan memperoleh pendapatan sekitar RM15 - RM40 ribu sebulan hanya sekadar buat imej-imej iklan.
Mudah dan mengutungkan, berbeza dengan wartawan dan penulis yang terpaksa memerah otak bagi mendapat cerita dan berita. Atas dasar peratus pendapatan inilah iklan di harakahdaily kadang kala cukup mengaibkan dan ada yang tidak mengikuti lunas-lunas Islam.
Dato' KJ masih kekal di Harakah, Dato Mustafa Ali akan pergi. Harakah perlu kepada pengurusan mantap, disiplin wartawan yang baik dan cekap. Harakahdaily perlu penstrukturan semula. Sebagai ahli kita patut tahu apa yang berlaku di sana. Jangan sampai harakahdaily memalukan parti!
Itulah yang perlu, buangkanlah yang lembab gantikan yang cargas skit, kesian pada PAS.. media utama kita tu..
BalasPadamRamai anak muda dan cendiakawan yang baru. Kasihan pada PAS, umur manusia meningkat. Dulu cargas sekarang mungkin jadi lembab. Tapi tak semuanya begitu, dengan izin Allah. "HARAKAHDAILY" AKAN TETAPI DAH RAMAI PERASAN, KENAPA MASIH TIDAK BERUBAH, alahai.. kasihan pada yang lama beri peluang pada yang baru, tetapi yang baru pun sentiasa terburu-buru perlu juga yang lama.. sebagai pemantau pada yang baru.
"maaf.. tak mau jadi macam ni" tengoklah apa yang jadi pada perkhidmatan yang selalu kita komplain, LEMBAB!! la..nihla... orang kerja kerajaan!! Nak daftar skit punya hal. Kerja yang skit jadi lama.. kena mai dua tiga kali..aduhai kenapa?. Tapi tak semua begitu. Selalunya jadi, sebab tak ada pemantau prestasi, atau ada tapi pemantau tu pun lembab. Kasihan pada PAS, ambilah inisiatif berikan peluang pada perubahan.
"Terkini, pentingkanlah Prestasi".. Dunia bergerak pantas. Isu sentiasa terkini dan mantap. Pemantau perlu ada. Tak naklah jadi isu semasa dah keluar atas pendapat individu atau perseorangan sahaja tanpa dirujuk pada ahli jemaah pemantau. Pastu dah kena tarik balik.. Tapi apa jadi pada yang dah baca, kena buat cover story. Akan timbul keraguan pulak pada yang baru nak mengenali harakah, atau bergerak berubah kepada PAS, kasihanlah pada PAS.
KEKADANG TENGOK KESIAN, TAK BERUBAH2 MAIN FRAME HARAKAHDAILY, DOK MACAM GITU. "KITA PERLU PERSEMBAHAN WEB TERKINI", PENGURUSAN & MAKLUMAT PERLU CEKAP & CEPAT. IKLAN PULAK TAK LETAK PADA TEMPAT YANG KENA. BERSABAR SAHAJA BILA BACA HARAKAHDAILY.
Kes iklan harakahdaily ni jadi misteri besar.
BalasPadamSudah dibogelkan tapi masih tak mau tutup "kemaluan" yang terdedah itu.
Apa nak jadi ni?
Bukan nak dengki Amir Ramadan yang kaya raya dengan duit jamaah, lantak dialah.
Dulu budak Amir ni pun keja dengan Harakah dan Siasah.
Semua kawan2 tahu apa dia buat di Harakah dan Siasah.
Bila dapat iklan harakahdaily sudah jadi macam harta dia sendiri.
Semua nak disapunya. Teruk betul manusia jenis ini.