Selasa, 23 Jun 2009

Jawapan kepada tulisan Adakah Orang PAS bangang sangat?

Satu catatan lama saya yang tertinggal. Walaupun tak releven, tapi saya masukkan untuk menjadikannya sebagai arkib di blog ini. Saya tulis pada 26 April yang lalu.

Oleh PolisPencen

Saya membaca tulisan Al Husseyn yang bertajuk Adakah Orang PAS bangang sangat? dan mengamati penulisannya yang penuh dengan emosi dan mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai sandaran.Saya rasa memang bagus ambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi memilih petikan-petikan tertentu Tuan Guru adalah satu amalan yang tidak tepat dan cukup tidak kena.

Perbuatan penulis sama seperti UMNO yang mengambil petikan Tuan Guru yang boleh mengelirukan orang ramai seperti berkawan dengan syaitan atau boleh mencarut.Al Husseyn adalah penulis yang baik tetapi emosinya kali ini sungguh menjengkil. Dalam tulisannya ada menyebut;

Saya tak gheti nak jawab tetapi menambahkan lagi kemuskilan saya terhadap kenyataan TGHH tentang alasan penarikan balik projek 'kerajaan perpaduan' bahawa :

“ramai yang tidak faham dengannya termasuk dikalangan ahli PAS sendiri”

Kalau benar ianya satu idea yang baik, maka amat malanglah bagi kalangan PAS yang tidak mahu faham-faham ; walhal isu tersebut mula muncul sejak Julai 2008 . Adakah orang-orang PAS ni terlalu bangang makanya payah nak faham? Tidak mungkin begitu!


Bagi saya bukan ahli PAS tidak faham, tetapi ahli PAS tidak mahu mengambil kisah, melihat kertas cadangan dan cuba memahaminya. Manakala bagi yang menentang pula, inilah perluang untuk mengelirukan serta menjadikan senjata untuk melemahkan kepimpinan ulama khusus, Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Al Huseyn cuba mengaitkan perkara ini dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Petikan artikel beliau;

Kalau orang PAS bukan bangang sangat, maka hal ini memaparkan kelemahan jentera parti yang gagal menjelaskan perkara tersebut sejak sekian lama kepada ahli-ahli disemua peringkat; termasuklah TGNA yang pernah berkata :

“Saya minta orang kita nak bermuqabalah ke, bermuzakarah ke, bermusyawarah ke, bermu’awarah ke, apa saja sekalipun kita mesti lawan (UMNO) kerana itu ajaran Islam”

Dan beliau juga pernah menyatakan : “Biarkan Umno gi mampuh lagi baik!”

Oleh itu “Elok dengar apa pemimpin kata”


Saya tidak mahu mengulas panjang dalam perkara ini, sepatutnya sebagai orang lama dalam PAS Al-Huseyn lebih memahami, tetapi kerana kepala beliau telah dipengaruhi sangkaan buruk maka cara beliau berfikir sudah menjadi buntu.

Suka saya nyatakan bahawa telah wujud dua pertembungan besar antara Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dimana saya tidak pernah dengar satu patah perkataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan akhbar walaupun perkara itu betul baginya sebagai seorang Pemimpin utama PAS, bukan seperti yang cuba dimanupulasikan atas kuasa Muryidur AM, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malah dalam dua pertembungan ini, pertemuan kedua-dua pihak membuatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi cool, diam dan menerima. Ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah lebih berkhemah dan cukup smart menangani isu parti setanding dengan ilmu kepartian yang ada pada beliau.

Suka saya ambil petikan yang ditulis oleh Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam blognya;

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!


Apakah al Huseyn tergolong dalam golongan yang disebut oleh Nik Abdul? Nik Abdul adalah orang yang lebih layak mengetahui tentang ayahandanya.

Al Huseyn juga ada menulis dan membuat rujuk kepada penulisan DS Mohamad Khir Toyo sebagai sandaran hujahnya.

Kemungkinan besar salah faham tentang bekerjasama dengan Umno ini timbul apabila “Kerajaan Perpaduan” versi Khir Toyo mendedahkan sebagai berikut :

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.
Klik sini


Saya cukup pelik dan geli hati bila orang lama PAS menggunakan hujah lawan sebagai asas sandaran. Memang kita boleh mengambil sumber musuh, tetapi mengenepikan sumber dan penjelasan yang dibuat oleh pimpinan kita sendiri adalah suatu yang tak wajar.

Ustaz Nasarudin telah memberikan penerangan yang jelas tentang perkara ini. Apakah penerangan itu tidak mencukupi? Bila pertembungan pertama yang tidak dilaporkan dibahaskan dalam Dewan Harian PAS. Dewan Harian telah memutusakan untuk menghantar wakil untuk mendengar apakah yang nak ditawarkan oleh pihak UMNO.

Apa yang ditulis oleh Khir Toyo adalah sambungan apa yang nak didengar oleh PAS sebagaimana keputusan Dewan Harian PAS Pusat. Al Huseyn cuba mengelirukan pembaca. Saya membuat kesimpulan atas pendapat saya penulisan Al-Huseyn penuh prajudis dan emosi.


11 ulasan:

  1. Salam! ana kebetulan terserempak dgn blog enta ptg ini.Terima kasih atas komen enta tersebut.Ana rasa tak perlu nak menjawabnya kerana perkembangan terkini telah pun jelas kpd kita bahawa isu UG itu tidak perlu dilontarkan begitu sahaja tetapi ianya perlu dibincangkan terlebih dahulu diperingkat tertinggi parti.Ahli akan menurut sahaj kalau proses amal jama'iy dilaksanakan.TGNA sendiri menyatakan bahawa UG itu idea peribadi dan tidak pernah diperincikan atau dihuraikan.Maka amat pelik kalau ahli PAS boleh memahaminya ; bukan begitu?

    BalasPadam
  2. Wasalam,
    Tulisan ini dah lama, saya pun dah lupa. Saya masukkan sekadar nak diarkibkan sahaja.

    Saya sebenarnya kagum dengan kegigihan sdr dalam internet dan tulisan saudara cukup baik. Hanya saya nampak tulisan yang akhir-akhir ini nampak macam emosi sedikit. Itu sebab saya menulis komen.

    Maaf sekiranya padangan saya silap.

    BalasPadam
  3. salam,
    cuba belajar menghormati pandangan & pendapat oranglain sama,jangan cepat emosi,perbezaan pendapat ,itu perkara biasa,jangan fikir pendapat sendiri je betul dan tepat lagi bagus..itu namanya Ujub(termasuk dalam kategori penyakit hati)

    BalasPadam
  4. tkde gune wujudkan perpaduan dgn umno..umno penipu..50 thun umno memerintah negara,melayu sgt ke..hehe..asik nk nipu jer..rasuah paling teruk..bile dh hilang sokongan rakyat,bile dh rasa dh dibenci oleh rakyat..tibe2 lak nk perpaduan..timbul isu melayu..lebih baik perjuang Islam..lebih berkat..Islam utk semua..bkn utk bangsa tertentu..Allah dh beri amaran dlm Al-Quran,tentang nasib akhir sesebuah kaum yg berpaling dr memperjuangkan agama-Nya,bacalah sejarah,kisah benar ape terjadi pada Kaum A'd,Kaum Tsamud..Bani Fir'aun..sudah2lah perjuang bangsa ni..:)

    kalo dh pencen polis tu,bawak2 ler g ngaji..cari guru mursyid..bkn guru yg takut nk brcakap benar..mengampu..bukak minda..jgn duk melayu,melayu,melayu..50 thun umno buat melayu jd rosak,myg buang anak ramai-melayu,yg jd penagih ramai-melayu,myg paling teruk ekonomi-melayu (skrg dh no.3),yg paling teruk gejala sosial-melayu,yg mundur kt universiti-melayu,yg juai gadai tanah melayu kt cina pun org umno..(cth: sebuah pulau di lumut,satu gunung di genting)..so ape nk dibanggakan?? nk bangga dgn umno perjuang melayu??

    BalasPadam
  5. INi nukan soal pengabungan dengan UMNO. Kalau nak komen faham dulu apa yang saya ulas. Meleret tak tentu pasal dengan gabungan UMNO tu adalah emosi kamu.

    BalasPadam
  6. pandai2 ko je....
    dasar umno betul.....

    BalasPadam
  7. kpd unforgiven,
    ana rase ente yg umno
    perosak jemaah pas
    klu x tw diam
    jgn serlhkn kebodohan ente
    pas 4 all

    BalasPadam
  8. hehe jgn marah....
    aku gurau je.....

    BalasPadam
  9. hmm..
    k2 xper,
    ana maafkan
    tp ente kne mntak maap jgk kt polis pencen
    ente ftnah die
    ente ngan ana da settle..
    jm kiter minum2 kt kdai ke
    spaya lbey sng ana nk taaruf ngan enta

    BalasPadam
  10. ok2 al-kajangi time kasih...
    huhh nk suruh wa mntk maap kt polis pencen...
    sory... no way!!!
    bajet gempak....
    buat tahu je... x tahu buat tahu,,....
    sory la kritikan untuk membina....
    lain kali buat statement btul sket...

    BalasPadam
  11. cmne islam nk brkmbang
    klu sesame jmaah tuduh mnuduh
    enta kne mrndh diri ntuk bermaafan ngan polis pencen
    cmne mlayu nk mju?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...