Rabu, 25 Januari 2012

Redhalah dengan Dr Hassan Ali

Isu Dr Hassan nampak macam tak "habis padam". Kadang kala perbahasannya makin membesar dan menyentuh sentiviti Pakatan Rakyat. Pembaca yang membaca artikel berkaitan pendapat dan pandangan tentang Dr Hassan Ali kadangkala lebih emosi daripada berfikiran terbuka. Tak hairanlah saya juga dikecam atas dasar nick yang digunakan adalah Polis Pencen.

Dulu saya juga telah mengulas bagaimana emosi penulis Mahaguru58 kerana nick saya polis pencen (baca artikel ini). Saya ingat Mahaguru58 yang pro UMNO memang berfikiran begitu tapi malangnya penyokong Pakatan Rakyat pun lebih perangai UMNO daripada UMNO. Tak payah kecamlah pekerjaan polis, itu sekadar nama pena sahaja sama juga nama pena budu atau belacan.

Saya membaca komen berkenaan Dr Hassan Ali akan muncul di Soal Jawab TV3 malam ini. Macam-macam komen diberikan tak kurang kecaman juga ada. Saya nampak ada sebahagian komen itu sudah lari daripada keperibadian seorang muslim.


Sedarlah Dr Hassan Ali itu bukan ahli PAS lagi.

Satu perkara yang perlu diingatkan kepada ahli PAS, semasa Dr Hassan Ali masih lagi ahli PAS, jika dia membuat kesilapan PAS boleh membetulkannya kerana dia tertakluk kepada syarat-syarat keahlian. PAS pada masa itu sebenarnya boleh membuat pilihan samada untuk menyelamatkan Dr Hassan Ali atau tidak.

PAS boleh kekalkan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS dengan mengantungkan beberapa tempoh masa, atas suatu pendapat iaitu "ikatan Islam berada di tekuk" mereka yang bersama Jamaah Islam. Sekiranya PAS adalah Jamaah Islam. Jika di singkirkan macam membuang ikatan Islam pada tekuk Dr Hassan Ali.

Sama juga seperti membiarkan kambing di luar kumpulan, sudah pasti dia akan diBAHAM harimau atau binatang buas (UMNO). Hebat mana kambing (DR Hassan Ali) itu dengan tanduk yang berputar pasti akan tewas jua bila berseorangan..

Tapi keputusan Syura PAS telah memutuskan untuk dipecat serta merta, tanpa memanggil untuk soal siasat secara terperinci. Saya sebenarnya tak membantah keputusan syura kerana Allah swt berfirman :

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS Asy Syura : 38)
Rasulullah saw juga pernah bersabda :

“Sekiranya pemimpin kamu ialah mereka yang baik, orang-orang kaya di kalangan kamu pula pemurah dan urusan di antara kamu berbentuk syura maka permukaan bumi ini lebih baik dari perutnya. Jika pemimpin kamu ialah mereka yang jahat, orang-orang kaya di kalangan kamu pula mereka yang kedekut dan urusan kamu terletak pada wanita-wanita kamu, maka perut bumi lebih baik bagi kamu dari permukaannya”.

Untuk menguatkan kepentingan syura, saya juga bawa bagaimana pendapat Khalifah Umar Al Khattab dalam hal ini. “Tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura”.

Jika betul keputusan itu kita dapat 2 pahala, jika silap kita dapat 1 pahala.

Jadi Redhalah dengan Dr Hassan Ali kerana kita telah memilih begitu....

2 ulasan:

  1. ada geng x pedulikn majlis syura huhuhu 10 budak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...