Selasa, 23 Jun 2009

Masih kecewa dengan Harakahdaily

Oleh Polis Pencen

Kalau ikutkan hati rasanya tak nak menulis lagi mengenai Harakah, tapi atas dasar prihatin dan tanggungjawab saya tetap akan membuat teguran, walaupun mungkin orang-orang dalaman Harakah semuanya buta dan tuli.

Isu kerajaan Perpaduan adalah isu yang penting dan telah banyak mengugat kewibawaan dan kesabaran ahli-ahli serta pemimpin PAS. Isu juga membongkar sejauh mana ukhwah yang menjadi tulang belakang Jamaah Islam. Membuka pekung munafik dan tali barut yang menjadi penghalang kepada usaha dakwah dan penghayatan Islam.

Kebusukan diri dan hawa nafsu terdedah dengan sendirinya akibat daripada hati gelap dengan konsep khilaf dan berbeza pandangan. Kita boleh menilai semuanya ini kerana kita ada akal yang waras berpandukan Ilahi. Tak kira dia berada dimana kumpulan orang-orang yang bersifat munafik harus disingkirkan agar Jamaah boleh berjalan dengan lurus.

Semalam adalah titik pertemuan yang terbaik untuk menyelesaiakan isu ini. Malangnya saya tidak nampak Harakah memainkan peranan sebagai sumber “Info Alternatif Anda” seperti slogan yang terpapar didada muka hadapan Harakah.

Sampai sekarang (23 Jun 9.00 pagi) masih ada 3 berita berkaitan UG iaitu Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS , PAS, KeADILan, DAP tolak gimik kerajaan perpaduan dan Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz .

Dua daripada berita ini adalah ulasan berita bukan bentuk pemberitaan.



Tidak ada berita mengenai TGNA dengan Ustaz Nasa. Saya terpaksa mendapat berita daripada BERNAMA dan The Malaysian Insider.

Begitu juga beberapa isu penting lain yang hanya ada jawapan pada Malaysiakini seperti Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS, Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS dan Mahfuz tidak tahu tiada poster Hadi

Orang-orang Harakah tidak ada hati perut untuk merasa gusar dan bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat parti. Takkan orang luar seperti BERNAMA, Malaysian Insider atau Malaysiakini mendapat berita dan gambar untuk peristiwa penting ini?

Orang-orang Harakah ada jawapannya. Jangan sampai ada tuduhan-tuduhan liar mengatakan “orang-orang” Harakah mempunyai agenda tentetu dalam parti...


1 ulasan:

  1. tkde gune wujudkan perpaduan dgn umno..umno penipu..50 thun umno memerintah negara,melayu sgt ke..hehe..asik nk nipu jer..rasuah paling teruk..bile dh hilang sokongan rakyat,bile dh rasa dh dibenci oleh rakyat..tibe2 lak nk perpaduan..timbul isu melayu..lebih baik perjuang Islam..lebih berkat..Islam utk semua..bkn utk bangsa tertentu..Allah dh beri amaran dlm Al-Quran,tentang nasib akhir sesebuah kaum yg berpaling dr memperjuangkan agama-Nya,bacalah sejarah,kisah benar ape terjadi pada Kaum A'd,Kaum Tsamud..Bani Fir'aun..sudah2lah perjuang bangsa ni..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...