Jumaat, 13 Januari 2012

Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh

Sebelum saya memulakan tulisan ini, pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Shahmi atas e-mel tuan sebentar tadi. Saya tak pasti beliau anggota polis atau bekas anggota polis, tapi saya cukup meraikan e-melnya.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Sultan Selangor perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi tadi.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau." Kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," tambah Tan Sri Khalid

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan integrity saya merasai aneh dalam urusan penggantian Exco Selangor ini. Ini tidak bermakna saya setuju atau penyokong kuat Dr Hassan Mohd Ali. Secara peribadinya pada awalnya saya sangat bersetuju dengan Dr Hassan, tetapi setelah saya melihat Dr Hassan too much.. saya juga amat bersetuju PAS memecat beliau dan saya juga berpendapat amat wajar Dr Hassan Ali meletakkan jawatan sebagai Exco, walaupun dia hendak buat rayuan untuk kembali kepada PAS.

Hanya saya rasa bila Pakatan Rakyat hendak menjuarai isu-isu berkenaan kebebasan, hak dan integriti Pakatan Rakyat harus menunjuk contoh yang baik. Rakyat sekarang sudah banyak boleh berfikir dan tidak sejumud seperti 10 tahun yang lalu.

Saya difaham pemecatan Dr Hassan Ali adalah berdasarkan perlembangaan PAS pasal 89. Perlembagaan yang sama juga memperuntukan tentang pasal rayuan. Majlis Syura PAS telah memberikan tempoh sebulan untuk Dr Hassan Ali membuat rayuan.

Soal Dr Hassan Ali nak buat rayuan atau tidak itu bukan urusan kita. Persoalan yang nak bicara oleh penulis ialah bagaimana kita menghayati perlembangaan itu. Bagaimana kita menghormati hak dan undang-undang tubuh kita.

Saya dimaklumkan bahawa PAS Selangor telah menghantar surat kepada kerajaan Selangor tentang pemecatan Dr Hassan Ali. Walaupun ada persoalan tentang surat permakluman ini patut dibuat selepas tamat tarikh rayuan, tapi kita berbaik sangka bahawa PAS Selangor ingin maklumkan bahawa si Dr Hassan Ali ini telah dipecat daripada PAS.

Saya menjadi lagi aneh, Bila Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat mesyuarat dan saya tak pasti keputusan mesyuarat tersebut. Saya hanya dimaklumkan secara kabur bahawa keputusan mesyuarat membuat ketetapan bahawa Dr Hassan Ali dipecat daripada jawatan Exco.

Anehnya ialah katalah, walaupun tak mungkin Dr Hassan Ali membuat rayuan dan Majlis Syura telah menerima rayuan dan Dr Hassan Ali kekal ahli PAS dan juga dikekalkan sebagai Exco Keerajaan Selangor mewakili PAS.

Macam mana urusan penggatian exco yang sedang berlaku ini hendak digambar haluskan kepada rakyat Selangor dan Rakyat Malaysia?

Kenapa terlalu gopoh dalam hal ini?

Rakyat sedang memerhati semua ini. Andaian-andaian bahawa wujud konspirasi dalam menyingkir Dr Hassan Ali di Selangor ada kebanaranya. Saya masih tidak mahu mengulas bagaimana penulisan di blog-blog telah menunjukkan bahawa pengganti Dr Hassan Ali sedah wujud.

Pakatan Rakyat harus menunjukkan contoh yang baik supaya hati rakyat senang untuk menumbang kerajaan yang sedia ada. Jangan kita runtuhkan jahiliyyah dengan membangunkan satu jahilayyah lain.

Rakyat akan kecewa!!




8 ulasan:

  1. Salam,
    Saudara Polis Pencen, tahniah atas tulisan saudara yang panjang lebar mengulas pengguguran Dr. Hasan Ali sebagai exco setelah dipecat dari Ahli Pas. Saudara perlu faham pokok persoalan dalam isu pemecatan Dr. Hasan Ali. Untuk makluman saudara polis pencen, pemecatan beliau adalah atas dasar beliau tidak relevan lagi untuk mewakili PAS dalam bentuk tubuh badan dan buah fikirannya kerana kelancangan tutur katanya. Oleh itu, tindakan awal untuk mempertahankan kewibawaan PAS sebagai satu parti bermaruah ialah dibuang kudis itu dahulu. Soal Dr. Hasan Ali akan membuat rayuan atau tidak itu sudah menjadi persoalan kedua. Jika benar, Dr. Hasan Ali merayu dan diterima semula sebagai ahli PAS, isu beliau sudah tidak relevan mewakili PAS kekal dan proses tarbiyah untuk Dr. Hasan Ali bermula. Beliau perlu patuh dan faham bahawa itu adalah satu tindakan disiplin, dari partinya jika beliau mahu muhasabah diri. Dalam perjuangan Islam, tubuh badan itu adalah alat untuk perjuangan, ianya bukan sesuatu yang kekal. Renungkanlah kehebatan Khalid Al Walid yang dilucutkan jawatan sebagai Panglima tentera oleh Khalifah Omar, beliau tetap bersemangat berjuang dan terus patuh pada pimpinan. Inilah indahnya Islam, jika orang Islam sendiri dapat memahami. Oleh itu, kita jangan berprasangka tidak baik bahawa jika seseorang itu digugurkan maka pincanglah parti, ramai lagi Allah akan pilih untuk menerajui perjuangan ini. Jika saudara Polis Pencen boleh faham begini, saudara boleh mehamami indahnya berjuang bersama Islam. Kita hanyalah alat dalam perjuangan Islam ini. Sesiapa pun boleh menjadi alat itu dengan syarat ikhlas hanya kerana Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkemungkinankah jika Dr Hassan Ali di terima masuk semula ke dalam PAS, beliau tidak akan diberi mandat unutk menjawat jawatan penting di dalam parti dan kerajaan negeri Selangor

      Padam
  2. Salam,
    Saudara Polis Pencen, tahniah atas tulisan saudara yang panjang lebar mengulas pengguguran Dr. Hasan Ali sebagai exco setelah dipecat dari Ahli Pas. Saudara perlu faham pokok persoalan dalam isu pemecatan Dr. Hasan Ali. Untuk makluman saudara polis pencen, pemecatan beliau adalah atas dasar beliau tidak relevan lagi untuk mewakili PAS dalam bentuk tubuh badan dan buah fikirannya kerana kelancangan tutur katanya. Oleh itu, tindakan awal untuk mempertahankan kewibawaan PAS sebagai satu parti bermaruah ialah dibuang kudis itu dahulu. Soal Dr. Hasan Ali akan membuat rayuan atau tidak itu sudah menjadi persoalan kedua. Jika benar, Dr. Hasan Ali merayu dan diterima semula sebagai ahli PAS, isu beliau sudah tidak relevan mewakili PAS kekal dan proses tarbiyah untuk Dr. Hasan Ali bermula. Beliau perlu patuh dan faham bahawa itu adalah satu tindakan disiplin, dari partinya jika beliau mahu muhasabah diri. Dalam perjuangan Islam, tubuh badan itu adalah alat untuk perjuangan, ianya bukan sesuatu yang kekal. Renungkanlah kehebatan Khalid Al Walid yang dilucutkan jawatan sebagai Panglima tentera oleh Khalifah Omar, beliau tetap bersemangat berjuang dan terus patuh pada pimpinan. Inilah indahnya Islam, jika orang Islam sendiri dapat memahami. Oleh itu, kita jangan berprasangka tidak baik bahawa jika seseorang itu digugurkan maka pincanglah parti, ramai lagi Allah akan pilih untuk menerajui perjuangan ini. Jika saudara Polis Pencen boleh faham begini, saudara boleh mehamami indahnya berjuang bersama Islam. Kita hanyalah alat dalam perjuangan Islam ini. Sesiapa pun boleh menjadi alat itu dengan syarat ikhlas hanya kerana Allah.

    BalasPadam
  3. Kuasa untuk memecat Menteri Kabinet atau Exco adalah ditangan PM atau MB. Ini telah diputuskan olih Mahkamah Persekutuan baru2 ni dlm kes Anwar Ibrahim lwn Mahathir. Hanya dlm perlantikan shj secara perlembagaan, Agong/Raja melantik Menteri/ahli Exco atas nasihat PM/MB.

    Hasan ni memang lama dah Khalid & PR nak pecat dia dari jawatan Exco tapi tak bolih buat kerana jawatan itu secara persetujuan politik kepunyaan Pas. Samada Pas pecat Hasan atau tidak, sekiranya mereka kemuka permohonan kpd Khalid untuk ganti Hasan, maka Khalid dgn gembira tentu setuju.

    Soal Hasan dipecat atau tidak dari Pas, tidak relevan langsung dlm pemecatan Hasan sebagai ahli Exco. Fakta dia dipecat dari Pas memudahkan proses Khalid untuk pecat Hasan dari Exconya. Kan Khalid MB. Dia menentukan siapa ahli2 dlm teamnya. Hasan
    ni menyusahkan.

    Satu lagi konvention politik. Apabila mana2 menteri/ ahli Exco tidak setuju dengan satu2 keputusan yg dibuat Kabinet/Exco dia hendaklah letak jawatan secara sukarela.

    BalasPadam
  4. Jadi ahli PAS satu hal, exco satu hal. Kalu dah pecat exco, habislah bab jwtn exco. Klu jadi ahli PAS semula pun, stkt ahli sajalah. Susah sangat ke?

    BalasPadam
  5. hapuskan parasit2 dan anai2 dlm pas... ingt lg 10 mp tu jgn wat2 lupa hehehhehe..berikrar menolak UG ingt Tok Guru presiden bodo ka

    BalasPadam
  6. salam,

    Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama.

    Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

    Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya.

    BalasPadam
  7. salam,

    Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

    Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya.

    Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

    Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

    Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

    Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...