Jumaat, 11 Februari 2011

Perlukah Web Rasmi Pakatan Rakyat?

Saya meneliti dan memahami hasrat Ybhg Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam temubual beliau bersama Harakahdaily. Antara yang disebut oleh beliau mewujudkan web rasmi Pakatan Rakyat adalah suatu cadangan yang sangat baik kerena gerakerja boleh dilakukan dengan lebih tersusun, menjimatkan kos dan masa.

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual berkata, walaupun cadangan ini agak sukar untuk dilaksanakan, tapi beliau berkeyakinan Lajnah Penerangan setiap parti di PR mampu melakukannya.


"Cadangan ini sangat baik, kerana ianya akan lebih tersusun, menjimatkan kos dan tenaga. Walaupun ianya adalah sesuatu yang agak sukar, tetapi lujnah penerangan di setiap parti mampu melakukannya; di samping mekanisma pengedaran yang lebih bersistematik khususnya untuk PRK Merlimau.


Dalam konteks parti PR, setiap parti perlu menyalurkan mesej bersifat kepartian masing-masing, dan ini adalah hak parti, tetapi bagi menyalurkan maklumat umum ianya perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah akhbar PR yang bersifat dwi bulanan, dan adanya web khusus bagi saluran rasmi PR."
Bagi saya, apa yang diwawarkan oleh Harakahdaily untuk memanafaatkan peranan media bersama Pakatan Rakyat juga harus juga dilihat sejauh mana media sedia ada telah memainkan peranan semaksimum yang mungkin.

Lihat sahaja kepada Harakahdaily lidah rasmi Parti PAS, semasa pilihan raya DUN Tenang. Pelawat tercari-cari keputusan terkini pilihan raya tapi malang kemas kini Harakahdaily tidak kemana. Harakahdaily masih tidak boleh memaksimumkan peranannya, walaupun ada orang berbangga dengan peranan Facebook Harakahdaily kini ada 125 ribu.

Belum lagi dilihat laman-laman rasmi PAS, misalnya Dewan Ulama PAS. Kemas kini terkini 18 Januari 2011, sebelum itu 11 Disember 2010 dan 14 November 2010. Dewan Ulama PAS Pusat hanya mengemas kini laman sebulan satu artikel atau isu. Itu pun bukan penulisan sendiri dan ada sekadar teks khutbah.

Isu pilihan raya Dun Merlimau bukan suatu yang terdesak, tapi kenyataan Dewan Ulama diperlukan untuk membahaskan masalah-masalah semasa misalnya ada sedikit kekeliruaan tentang Valentine Day antara Nasrudin Tantawi dengan Khalid Samad. Kecelaruan ini perlu diberikan faham olh golongan ulama. Ini peranan laman web Dewan Ulama. Kalau tak nak kemaskini lebih baik dibuang sahaja laman itu buat menyemak sahaja.

Saya pernah menulis tentang perkara yang sama Dewan Ulama Perlu Bertemu Blogger

Dewan Muslimat PAS Pusat pun sama, hampir dua bulan tak dikemaskini. Bagaimana PAS nak memperkasakan sebaran maklumat yang tepat jitu untuk kesatuan fikrah sekiranya peranan media untuk badan utama parti juga tak dimainkan sebaik mungkin.

Tulisan sebegini hanya menyemak sahaja, mereka yang dipertanggungjawabkan tidak akan mengambil peduli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...