Jumaat, 18 Februari 2011

Suara Pemuda PAS dalam kebangkitan pelajar

Membaca tulisan Tulang Besi atau Abdul Rahman di laman MalaysiaWaves rasa seolah-olah PAS tidak memainkan peranan dalam kebangkitan pelajar terutama pelajar IPT. Tohmahan yang tak berfakta dengan membuat perbandingan yang tak relevan dengan suara lantang YB Nurul Izaah adalah suatu yang menampakkan seolah-olah Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan mem'perkena'kan Ustaz Nasarudin Tantawi.

Pelajar dengan salur galurnya, sejarah kebangkitan pelajar, bagaimana peranannya dalam membentuk generasi pelapis dan masa depan generasi kepimpinan sepatutnya didalami. Akta-U yang kian mencengkam juga perlu diperhalusi.

Pemuda PAS sendiri ada lajnah yang memainkan peranan dalam hal ini. Mereka menjalankan aktiviti dan perancangan yang teliti. Pelaporan dalam Muktamar Pemuda sendiri tidak dibuat sencara bertulis malah pelaporan berbentuk lisan ini adalah merupakan strategi untuk menangani masalah tekanan demi tekanan yang berlaku kepada golongan mahasiswa.

Rabu, 16 Februari 2011

Bersyukur apabila peminum dah jadi ahli Rukun Tetangga!

Saya ada seorang kawan, sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Satu tarbiat yang kurang baik pada dirinya ialah suka menyimpan gambar-gambar lucah. Hampir penuh harddisknya dengan gambar-gambar itu.

Banyak kali saya nasihatikah dia, tapi dia buat tak endah aje. Malah semasa bersembang dia masih menegakkan hobinya.

Aku simpan gambar itu bukan apa sekadar nak tunjukkan tak ada bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang, tegas beliau.

Dahulu gambar-gambar ini (dia fokus gambar lucah zaman Jepun) dah ada, sama aje. Hanya teknik fotografi sahaja berbeza.

Selasa, 15 Februari 2011

Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk "Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti" membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar.

Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Saya tahu ada yang tak suka beliau akan menyebut bahawa pimpinan bukan sahaja menjadi juru terjemah ceramah!

Saya juga agak mendalami pendapat yang akan mengkritik Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan mengatakan beliau bukannya orang yang aktif dalam memberikan pendapat di mana-mana mesyuarat. Saya tidak berhasarat untuk mendalaminya pada penulisan kali ini.

Jumaat, 11 Februari 2011

Perlukah Web Rasmi Pakatan Rakyat?

Saya meneliti dan memahami hasrat Ybhg Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam temubual beliau bersama Harakahdaily. Antara yang disebut oleh beliau mewujudkan web rasmi Pakatan Rakyat adalah suatu cadangan yang sangat baik kerena gerakerja boleh dilakukan dengan lebih tersusun, menjimatkan kos dan masa.

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual berkata, walaupun cadangan ini agak sukar untuk dilaksanakan, tapi beliau berkeyakinan Lajnah Penerangan setiap parti di PR mampu melakukannya.

CucuMatKilau keluar PKR masuk PAS?

CucuMatKilau adalah antara blogger yang selalu kontroversi, dahulu rumahnya dipecah, keluar PKR bersama dengan pimpinan parti Bahagian Paya Besar akibat daripada krisis Lokman-Ezam, ada ura-ura nak keluar PKR semula, kes tarik balik artikel mengenai Saiful Bukhari Azlan dan terbaru nak keluar PKR lagi!

Mulai bulan November 2010 CucuMat Kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli dikatakan banyak mengkritik kepimpinan  PKR dan AMK terutamanya di Pahang. Dia juga dikatakan lebih banyak bersama dengan program PAS daripada program PKR.

 Banyak program-program besar yang dihadiri oleh CucuMatKilau sebagai wakil PKR tidak nampak kelibat kepimpinan lain, misalnya daripada Ketua AMK sendiri. CucuMat Kilau ada menyatakan kekesalan ini dalam blognya.

Khamis, 10 Februari 2011

Valentine, kecelaruan pemikiran dan cara bertindak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi. Katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Manakala Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...