Selasa, 30 Jun 2009

Kenapa Dr Dzulkefly Ahmad memilih jalan biadap dalam Jamaah?

Oleh Polis Pencen

Pertama saya minta maaf sekiranya tulisan saya juga ‘semacam’ biadap dengan AJK PAS Pusat.

Saya membaca satu artikel daripada Harakahdaily bertajuk Gagasan pemikiran Kerajaan Perpaduan, mana silapnya? Yang ditulis oleh Dr Dzulkefly Ahmad yang diterbitkan pada hari ini Jun 30, 2009 jam 12:08 tgh.

Saya juga merujuk kepada laman beliau http://drdzul.wordpress.com/ dan mendapati artikel ini juga dipost semalam.

Terfikir saya, apakah Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai password admin untuk membuat posting dalam Harakahdaily? Jika tidak, memang pun tidak kenapa artikel ini semacam cepat aje diposting di blognya dan juga Harakahdaily?

Saya cuba meneka mungkin ada “orang-orangnya” yang begitu rapat dengan beliau dan pasti akan menolong memastikan artikel ini akan terbit dengan segera, sedang beberapa hari lalu saya menulis mengenai Harakahdaily yang lembab dan pernah tidak mengemas kini lamannya selama 2 hari. Artikel saya mengenai perkara ini boleh dibaca di http://polispencen.blogspot.com/2009/06/harakahdaily-masih-lembab-dan-belum.html

Sepatutnya isu Kerajaan Perpaduan telahpun ditutup kemas dan rapi dengan semuanya pimpinan berlapang dada tentang khilaf ini. Sama juga dengan isu pertemuan dengan UMNO beberapa hari selepas keputusan pilihan raya yang ke-12. Tapi malangnya masih ada yang mengapikan-apikan perkara sehingga berlarutan sampai sekarang.

Saya mengambil petikan pertama dalam artikel Dr Dzulkefly
Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan 'gag order' yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.

Ayat pertama dalam artikel ini menunjukan ada “banyak pihak” yang mendesak penulis untuk tidak membisu.
Saya ingin bertanya kepada Dr Dzulkefly, banyak pihak itu siapa? Tuan Guru Mursyidul Am ke? Atau ada orang luar selain daripada TGNA?

Dimana Dr Dzulkefly dengan Jamaah PAS? Siapa pimpinan Dzulkefly dalam PAS. TGHA atau TGNA? Atau ada yang lain? TGNA telah berlapang dada dalam hal ini, kenapa tidak sukakah TGNA berlapang dada? Banyak persoalan bermain dalam kepala saya hanya penulis yang boleh menjawab.

Dr Dzukefly juga ada menulis

Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini.
Gagasan Kerajaan Pepaduan sebenarnya ditimbulkan oleh TGHA semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. TGHA sudah menyebut sudah tidak releven dengan Najib. Penegasan berlaku dalam banyak ucapan dan kenyataan rasmi, kenapa ada yang membuatkan seolah-olah meraka ini mahu masuk UMNO?

Ini bukan soal wala’ atau tidak wala` sepatutnya perkara ini ditutup dan semua pihak berlapang dada. Kalau dibangkit semula untuk berhujah akan ada kupulan yang menyokong UG akan mengemukan hujahnya, sampai bila isu ini akan selesai?

Kenapa Dr Zulkefly memilih untuk mengapi-apikan semula isu ini. Apakah sebenarnya motif penulis dalam hal ini?

Saya ambil satu lagi petikan tulisan penulis.

Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau 'ijtihad politik' dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul.
Penulis nampak macam mantang dalam membuat penilaian situasi. Tapi malang bodoh dan emosi dalam menegakkan pandangan tanpa mengira situasi. Penulis boleh menyebut “ini bukan persoalan halal-haram, atau betul-salah” tapi penulis menjadi kurang mengerti mengenai “pendamaian” dalam masalah Kerajaan Perpaduan antara TGNA, TGHA dan Ustaz Nasharuddin dan seterusnya mematikan isu ini.

Kalau penulis bukan bodoh bermakna penulis berniat sesuatu yang tidak baik untuk mengungkit perkara ini bagi mendapatkan satu natijah daripada pertelingkahan kepimpinan dalam PAS.

Sebelum ini saya juga menulis mengenai penglibatan penulis yang mengambil jalan yang mengeruhkan suasana dengan membuat kenyataan di Sidang Parlimen dengan 10 MP yang lain. Tulisan saya boleh dirujuk di 10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Saya berpendapat penulis sengaja memperbodohkan pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan hujah-hujah akal dan agama seolah-olah TGHA tidak tahu mengenai 'ijtihad politik', strategi dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Penulis mengambil jalan terbuka untuk menyerang mereka yang tidak sehaluan dengan mengelirukan fakta dan maklumat serta memainkan sentimen pengundi dan masyarakat yang sedang mencari kebenaran. Penulis menolak dan mengenepikan jalan musyawurah. Kenapa?

Saya tidak berniat untuk memanjang lagi perkara ini dengan petikan-petikan lain, sekadar saya nak maklumkan artikel ini telah dikeluarkan oleh Harakahdaily sekitar jam 5.30 petang tadi.



URL ini sudah tak boleh diakses http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21483&Itemid=1

Walau bagaimanapun saya terlintas semasa membacanya untuk membuat salinan. Rupa-rupanya artikel ini ada sesuatu yang tidak baik disebalik penerbitannya. Ya kita akan melihat sejauh mana perjalanannnya. Jangan kita biadap dalam berjamaah..

Rabu, 24 Jun 2009

Mengulas tulisan addin77, Boikot Malaysiakini

Oleh Polis Pencen

Saya membaca tulisan addin77 di laman TKOdaily.net berkaitan dengan “Boikot Malaysiakini !! ” dan saya juga membaca tulisan beliau "Berhati -Hati Dengan Malaysiakini" sebelum itu. Saya ingin kongsi pengalaman untuk semua pembaca.

Beberapa tahun lalu, pernah menjadi isu apabila Tun Mahathir mengatakan Malaysiakini didalangi oleh Goerge Soros. Saya pada ketika itu pernah berjumpa dan bertanyakan sendiri dengan Steven Gan di pejabat Malaysiakini berkaitan dengan kenyataan ini.

Steven Gan mengaku, sebelum memulakan Malaysiakini beliau mendapat sumber kewangan, sekitar RM40 ribu daripada Media Independent yang berpengkalan di Thailand. Media Independent ini dibantu oleh George Soros yang digelar oleh Tun Mahahir sebagai penyangat Mata Wang Antarabangsa.

Steven juga menyebut bahawa pendapatan iklan (pada masa itu) adalah sekitar RM200 ribu setahun dan ini tidak mampu untuk menanggung kos pembiayaan Malaysiakini yang ketika itu mempunyai 18 orang kakitangan.

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan struktur organisasi Malaysiakini, tapi sekadar memberitahu saya rapat dengan beberapa orang wartawan Melayu Malaysiakini pada ketika itu.

Diceritakan kepada saya, Malaysiakini telah membuat “celebrite” bagi menyambut kekalahan PAS di Terengganu untuk kakitangan Bukan Melayunya di satu tempat Khas. Saya tak nak panjangkan cerita dan maklumat ini. Cukup sekadar kita semua boleh berfikir, kenapa majlis itu diadadakan?

Tidak dinafikan bahawa wartawan dan penulis Malaysiakini cukup komitmen dengan kerja-kerja ke wartawannya berbanding dengan wartawan dan penulis Harakah. Saya bukan nak merendah-rendahkan wartawan dan penulis Harakah yang banyak berjasa kepada perjuangan Islam tetapi saya mahu wartawan dan penulis Harakah mempunyai “penilaian” ini.

Malaysiakini tahu apa isu yang perlu disajikan, berita apa perlu diutamakan, malah Malaysiakini boleh mencipta dan membangkitkan isu. Kemahiran mencetus isu adalah satu perkara yang cukup baik untuk sesuatu akhbar. Harakah perlu berusaha ke arah ini.

Berbalik dengan isu menghalang perjuangan Islam, saya rasa Allah Maha Pencipta mengetahui akan rahsia penciptaanNya telah memberikan peringatan untuk berhati-hati dalam perkara ini seperti saudara addin77 tuliskan. Antaranya;

"Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan juga kamu berkawan dengan orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang orang yang percaya." QS.5:57

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." QS.2 : 120

"Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (QS. 66:9)

Selasa, 23 Jun 2009

Jawapan kepada tulisan Adakah Orang PAS bangang sangat?

Satu catatan lama saya yang tertinggal. Walaupun tak releven, tapi saya masukkan untuk menjadikannya sebagai arkib di blog ini. Saya tulis pada 26 April yang lalu.

Oleh PolisPencen

Saya membaca tulisan Al Husseyn yang bertajuk Adakah Orang PAS bangang sangat? dan mengamati penulisannya yang penuh dengan emosi dan mengambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai sandaran.Saya rasa memang bagus ambil kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tetapi memilih petikan-petikan tertentu Tuan Guru adalah satu amalan yang tidak tepat dan cukup tidak kena.

Perbuatan penulis sama seperti UMNO yang mengambil petikan Tuan Guru yang boleh mengelirukan orang ramai seperti berkawan dengan syaitan atau boleh mencarut.Al Husseyn adalah penulis yang baik tetapi emosinya kali ini sungguh menjengkil. Dalam tulisannya ada menyebut;

Saya tak gheti nak jawab tetapi menambahkan lagi kemuskilan saya terhadap kenyataan TGHH tentang alasan penarikan balik projek 'kerajaan perpaduan' bahawa :

“ramai yang tidak faham dengannya termasuk dikalangan ahli PAS sendiri”

Kalau benar ianya satu idea yang baik, maka amat malanglah bagi kalangan PAS yang tidak mahu faham-faham ; walhal isu tersebut mula muncul sejak Julai 2008 . Adakah orang-orang PAS ni terlalu bangang makanya payah nak faham? Tidak mungkin begitu!


Bagi saya bukan ahli PAS tidak faham, tetapi ahli PAS tidak mahu mengambil kisah, melihat kertas cadangan dan cuba memahaminya. Manakala bagi yang menentang pula, inilah perluang untuk mengelirukan serta menjadikan senjata untuk melemahkan kepimpinan ulama khusus, Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Al Huseyn cuba mengaitkan perkara ini dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Petikan artikel beliau;

Kalau orang PAS bukan bangang sangat, maka hal ini memaparkan kelemahan jentera parti yang gagal menjelaskan perkara tersebut sejak sekian lama kepada ahli-ahli disemua peringkat; termasuklah TGNA yang pernah berkata :

“Saya minta orang kita nak bermuqabalah ke, bermuzakarah ke, bermusyawarah ke, bermu’awarah ke, apa saja sekalipun kita mesti lawan (UMNO) kerana itu ajaran Islam”

Dan beliau juga pernah menyatakan : “Biarkan Umno gi mampuh lagi baik!”

Oleh itu “Elok dengar apa pemimpin kata”


Saya tidak mahu mengulas panjang dalam perkara ini, sepatutnya sebagai orang lama dalam PAS Al-Huseyn lebih memahami, tetapi kerana kepala beliau telah dipengaruhi sangkaan buruk maka cara beliau berfikir sudah menjadi buntu.

Suka saya nyatakan bahawa telah wujud dua pertembungan besar antara Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dimana saya tidak pernah dengar satu patah perkataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan akhbar walaupun perkara itu betul baginya sebagai seorang Pemimpin utama PAS, bukan seperti yang cuba dimanupulasikan atas kuasa Muryidur AM, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malah dalam dua pertembungan ini, pertemuan kedua-dua pihak membuatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi cool, diam dan menerima. Ini menunjukkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah lebih berkhemah dan cukup smart menangani isu parti setanding dengan ilmu kepartian yang ada pada beliau.

Suka saya ambil petikan yang ditulis oleh Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam blognya;

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!


Apakah al Huseyn tergolong dalam golongan yang disebut oleh Nik Abdul? Nik Abdul adalah orang yang lebih layak mengetahui tentang ayahandanya.

Al Huseyn juga ada menulis dan membuat rujuk kepada penulisan DS Mohamad Khir Toyo sebagai sandaran hujahnya.

Kemungkinan besar salah faham tentang bekerjasama dengan Umno ini timbul apabila “Kerajaan Perpaduan” versi Khir Toyo mendedahkan sebagai berikut :

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.
Klik sini


Saya cukup pelik dan geli hati bila orang lama PAS menggunakan hujah lawan sebagai asas sandaran. Memang kita boleh mengambil sumber musuh, tetapi mengenepikan sumber dan penjelasan yang dibuat oleh pimpinan kita sendiri adalah suatu yang tak wajar.

Ustaz Nasarudin telah memberikan penerangan yang jelas tentang perkara ini. Apakah penerangan itu tidak mencukupi? Bila pertembungan pertama yang tidak dilaporkan dibahaskan dalam Dewan Harian PAS. Dewan Harian telah memutusakan untuk menghantar wakil untuk mendengar apakah yang nak ditawarkan oleh pihak UMNO.

Apa yang ditulis oleh Khir Toyo adalah sambungan apa yang nak didengar oleh PAS sebagaimana keputusan Dewan Harian PAS Pusat. Al Huseyn cuba mengelirukan pembaca. Saya membuat kesimpulan atas pendapat saya penulisan Al-Huseyn penuh prajudis dan emosi.


Masih kecewa dengan Harakahdaily

Oleh Polis Pencen

Kalau ikutkan hati rasanya tak nak menulis lagi mengenai Harakah, tapi atas dasar prihatin dan tanggungjawab saya tetap akan membuat teguran, walaupun mungkin orang-orang dalaman Harakah semuanya buta dan tuli.

Isu kerajaan Perpaduan adalah isu yang penting dan telah banyak mengugat kewibawaan dan kesabaran ahli-ahli serta pemimpin PAS. Isu juga membongkar sejauh mana ukhwah yang menjadi tulang belakang Jamaah Islam. Membuka pekung munafik dan tali barut yang menjadi penghalang kepada usaha dakwah dan penghayatan Islam.

Kebusukan diri dan hawa nafsu terdedah dengan sendirinya akibat daripada hati gelap dengan konsep khilaf dan berbeza pandangan. Kita boleh menilai semuanya ini kerana kita ada akal yang waras berpandukan Ilahi. Tak kira dia berada dimana kumpulan orang-orang yang bersifat munafik harus disingkirkan agar Jamaah boleh berjalan dengan lurus.

Semalam adalah titik pertemuan yang terbaik untuk menyelesaiakan isu ini. Malangnya saya tidak nampak Harakah memainkan peranan sebagai sumber “Info Alternatif Anda” seperti slogan yang terpapar didada muka hadapan Harakah.

Sampai sekarang (23 Jun 9.00 pagi) masih ada 3 berita berkaitan UG iaitu Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS , PAS, KeADILan, DAP tolak gimik kerajaan perpaduan dan Tidak mudah lupa khianat Umno terhadap PAS - Nik Aziz .

Dua daripada berita ini adalah ulasan berita bukan bentuk pemberitaan.



Tidak ada berita mengenai TGNA dengan Ustaz Nasa. Saya terpaksa mendapat berita daripada BERNAMA dan The Malaysian Insider.

Begitu juga beberapa isu penting lain yang hanya ada jawapan pada Malaysiakini seperti Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS, Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS dan Mahfuz tidak tahu tiada poster Hadi

Orang-orang Harakah tidak ada hati perut untuk merasa gusar dan bertanggungjawab sebagai penyebar maklumat parti. Takkan orang luar seperti BERNAMA, Malaysian Insider atau Malaysiakini mendapat berita dan gambar untuk peristiwa penting ini?

Orang-orang Harakah ada jawapannya. Jangan sampai ada tuduhan-tuduhan liar mengatakan “orang-orang” Harakah mempunyai agenda tentetu dalam parti...


Isnin, 22 Jun 2009

10 MP PAS, kenapa memilih jalan untuk mengeruhkan?

Oleh Polis Pencen

TGNA telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup serius kepada Timbalan Presidennya Ustaz Nasharuddin Mat Isa berhubung kenyataan balas TP berkenaan dengan pelawa Dato’ Seri Najib berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan seperti yang dilaporkan dalam pelbagai media adalah seperti berikut:-

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan."

Kenyataan ini telah membawa kepada perbahasan yang begitu besar di semua media termasuk di internet. Ada pro dan kontra.

Kenyataan-kenyataan berbentuk hasutan dan memburuk-burukkan TGHA dan Ustaz Nasharudin makin menjadi-menjadi. Ini juga melibatkan Dato’ Mustafa Ali.



Paling menyedihkan terdapat begitu banyak kain rentang menghina Ustaz Nasharudin dinaikkan di Bachok tanpa sebarang siasatan dan tuduhan ini cukup tidak berasas sama sekali. Walaupun ada yang mengatakan ini adalah kerja-kerja puak UMNO/BN bagi mengeruhkan suasana dan mengambil kesempatan mengapi-apikan suasana, tapi saya bagi saya tidak begitu meyakinkan kerana kain rentang dinaikkan di kawasan-kawasan PAS. Takkan begitu mudah kain berbentuk propaganda dipasang di kawasan-kawasan kubu PAS tanpa disedari oleh pihak petugas PAS. Lemah benar ke PAS di kawasan Bachok, sehingga musuh begitu mudah masuk dan pasang kain rentang?

Sepatutnya ada “orang Muslim” yang mendamaikan dalam hal ini, agar api fitnah dan kemarahan tidak begitu membuak. Di mana pemimpin “Muslim” di Bachok?

Saya berani kata begini kerana saya membuat perbandingan yang adil dengan Ibrahim Ali satu lagi MP yang bertanding atas tiket PAS yang mengecam PAS sekarang ini. Andai katakanlah Ustaz Nasharudin memang bersalah dalam hal ini memang patut kain rentang menghinanya dibuat dan dipasang agar beliau sedar diri. Tapi bagaimana pula dengan Ibrahim Ali? Tak pernah saya lihat satu kain rentang pun yang memburuk-burukkan Ibrahim Ali.

Jangan sebab-sebab yang lain membuatkan ada yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana bagi mencapai hajat.

Saya cukup berbangga dengan sikap Ustaz Azizan, MB Besar Kedah dalam hal ini yang cuba untuk meredakan keadaan. Begitu juga dengan kenyataan oleh Naib-Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar dan Salahudin Ayud yang cuba untuk menenangkan keadaan dengan meminta Ustaz Nasharudin berjumpa TGNA.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Harun Taib juga menjurus kepada membetulkan keadaan dan menerangkan bagaimana kaedah syarak dalam hal ini.

Saya tidak boleh menerima kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Nasir Daud, yang menjelaskan poster Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai tanpa gambar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Perkara ini diperbesarkan sehingga mereka-mereka yang condong kepada UG tidak dibenarkan berceramah di PRK ini. Kalau ini adalah keputusan yang amat bijak dalam membuat strategi bagi memenangkan calon PAS di Manek Urai, apa guna dihebohkan. Tak payah umum buatlah dalam keadaan senyap, tak siapa pun tahu. Ini heboh dalam harakah semacam nak maklumkan kami telah pulau kumpulan menentang pendapat TGNA termasuk Presidennya sekali.



Begitu juga dengan 10 MP PAS membuat kenyataan bersama menyatakan pendirian mereka menolak idea kerajaan perpaduan di parlimen dan bersama di belakang TGNA. Apalah rasionalnya membuat kenyataan ini? Dahlah 10 orang sahaja yang menandai tangan. Dalam sidang hanya 8 sahaja yang hadir. Habis di mana lagi 13 orang MP PAS yang lain. Adakah mereka di belakang TGHA?

Mereka yang terlibat membuat kenyataan itu ialah Dr Hatta Mohd Ramli, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Ini semua kerja-kerja bodoh memburukkan keadaan. Wujud pula tulisan melihat siapa dia 10 orang ini sehingga mereka dikenali sebagai anai-anai dalam PAS dan ada yang mengaitkan dengan kertas kerja “Musuh dalam Selimut” oleh Dato’ Harun Din Timbalan Mursyidul Am PAS dalam Seminar Ulama sebelum ini.

Oleh kerana sebahagian besar nama-nama mereka adalah AJK PAS Pusat, sepatutnya mereka meniru bagaimana orang-orang lama dalam PAS bertindak seperti Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Nik Zawawi Salleh yang berjumpa secara senyap di kediaman TGNA di Pulau Melaka.

Begitu juga dengan Timbalan Mursyidul AM Datuk Dr Haron Din telah berjumpa dengan TGNA di Kuala Lumpur. Ada beberapa orang lagi yang telah menziarahi TGNA memberikan pandangan dan membuka perbincangan secara “anak beranak”.

Mereka memilih untuk mendamaikan bukan mengeruhkan lagi suasana.



Saya perturunkan video yang menjadi kemarahan TGNA kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa untuk dinilai bersama, benarkan ada “orang-orang” tertentu bermain api perasaan bagi mengeruhkan saf kepimpinan PAS. Walahulam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...