
Memang saya tahu sudah lama perkara ini berbangkit, iaitu zaman Pak Lah lagi. Maksud saya isu murtad Raja Petra Kamarudin (RPK) ini telah pun lama dibualkan orang, tapi tidak ada satu kenyataan rasmi terutama daripada pihak kerajaan (Jabatan Agama) untuk mengesahkannya.
Pihak kerajaan atau TV3 misalnya lebih berminat dalam isu Anwar daripada isu agama. Mereka lebih berkepentingan dalam hala ini, tidak hairan kalau baca "Testimony of Leaving Islam" RPK pun dia menjadi kabur apabila orang beragama yang sepatutnya baik telah menjadi tidak baik.