Khamis, 16 September 2010

Suspek beli Datuk RM180 ribu, Penjual tidak dapat dikesan??

Saya telah menulis dan meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya. Tulisan saya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini.

Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini.

Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis;
 
Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.


Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini.

Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis.

Malang bagi polis yang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Kes Pembunuhan Sosilawati mengimbau kembali kisah Mona Fendy

Kes Pembunuhan Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya telah menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey dan pembantunya Juraimi Husin 17 tahun lalu atas tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, diantara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993. (Gambar di sebelah Mona Fandey pertama kali di bawa ke mahkamah pada 12 Sept 1994)

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.

Menjadi artis rakaman

Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.

Kemewahan dan kekayaan

Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.

Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa kereta lain

Kes terakhir menggunakan sistem juri…

Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.


Mohd Affendy Abdul Rahman (suami)

Juraimi Husin

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.



Datuk Mazlan (tengah berbaju biru)

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.

Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.

Lakaran Senjata Pembunuhan

Rajah bagaimana bahagian badan mangsa dikerat 18 keratan

Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah. Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam. Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. (Agaknya Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati berapa banyak barang kes??)

Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.

Bagaimana Datuk Mazlan dibunuh?

Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tigakali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.

Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.

"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl.Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.

Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi."Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan Mazlan.

Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutupmata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin.

Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidakhabislah."Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetakleher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan Juraimi.

Hukuman gantung


Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Sumber : Mesin Taip Buruk
----------------

Kronologi pembunuhan Datuk Mazlan

KUALA LUMPUR: Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin, dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia.

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993, setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku, nama mereka akan dikaitkan sebagai ‘ala Mona Fandey’.

Ini kerana dalam kes Mona, mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994, Juraimi berkata: “Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali, baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi.”

Menurut laporan, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi.

“Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993),” kata Juraimi.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu.

1. Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

2. Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

3. Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan ‘mandi bunga’.

4. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

5. Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

6. 13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

7. 18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

8. 19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

9. 20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

10. 21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

11. 23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

12. 1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

13. 10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

14. 15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

15. 17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

16. 26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

17. 18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

18. 3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

19. 12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

20. 9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

21. 10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

22. Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

23. 24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

24. 2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Polis kena siasat siapa dalang bagaimana suspek memperolehi pangkat Datuk?

Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan lain telah mencetuskan suasana cemas dan gelisah dikalangan masyarakat di negara ini. Sebelum ini kita telah banyak kali bicara bagaimana Altantuya di bunuh dengan kejam dan pembicaraannya masih lagi tidak begitu menyenangkan hati rakyat; pasal banyak persoalan-persoalan yang asas tidak menepati jawapan sepetutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam kenyataannnya ada menyebut bahawa pihak polis telah menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Saya tak nak bicara panjang soal-soal pembunuhan ini, tapi saya ingin menekankan bagaimana Datuk peguam ini boleh beroperasi menipu dan membunuh dengan kejam disebalik watak baik yang dipaparkan kepada umum.

Dua kes bunuh & bakar sebelum ini telah disabitkan dengan peguam ini dan beberapa kes lagi telah disiasat.

Kita juga dimaklumkan ada beberapa laporan polis melibatkan peguam ini telah terlepas sejak januari 2010 lagi.

Soalan yang timbul di sini siapa yang membantu Datuk peguam ini memperolehi status Datuk yang boleh memudahkan urusan penipuannya? Berapa banyak rasuah dan sogokan diberikan untuk mendapattkjan status Datuk. Masyarakat umum perlu didedahkan siapa sebenarnya yang menjadi onar dalam kepimpinan masyarakat untuk mengaut keuntungan bagai menjual kepentingan negara, bangsa dan agama demi "mengenyangkan" perut masing-masing.

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga ada menyebut "He admitted that Sosilawati's case could have been prevented if fast and thorough action had been taken."

Persoalan yang timbul ada beberapa kes yang dilaporakan membabitkan kehilangan orang dan juga melibatkan perjumpaan di ladang ini sebelum ini, tetapi kes itu seolah-olah senyap.

Kenapa? Siapa yang menyiasat kes ini dan siapa dikalangan pegawai penyiasatan yang berhubung dengan kes sebelum ini berjumpa dengan Datuk peguam ini. Semuanya perlu dibongkarkan kerana rakyat bimbang usul-usul rasuah dan sogakan menyebabkan kes penyiasatan menjadi "tertutup".

Polis perlu telus dalam hal ini. Pendedahan Tan Sri Musa Hassan dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia setelah beliau berhenti menjadi Ketua polis Negera perlu diambil perhatian yang serius.

Saya tak ingin panjangkan maklumat ini secara terperinci, sudah cukup beberapa perkara yang saya sentuhkan yang membabitkan "orang besar" bersetongkol dengan Datuk penguam ini dalam kerja-kerja jahat sebelum ini.

Tangggapan negetif ini perlu dipenjelaskan kepada masyarakat agar kepercayaan masyarakat kepada kerajaan, pembesar dan pihak polis makin dan kian buruk.

Ahad, 22 Ogos 2010

Harakah perlu buat program kebajikan

Semalam saya bercakap dengan seorang kawan lama. Percakapan saya banyak berkisar mengenai perjuangan PAS dan fokus kami kepada Harakah sebagai satu daripada elemen yang penting terutamanya soal-soal kewangan.

Kami bincang perlukan Harakah menubuhkan tabung, sedangkan setakat ini mungkin sudah ada 5 tabung yang dikendalikan oleh harakah. Kami juga bincang sejauh mana keberkesanan tabung-tabung yang sedia ada. Baik buruk perjalanannya dan kami menjadi penjelasan kepada sesetengah tabung tak nampak "kewibaawaannya" sebagaimana "Kijang Care"

Saya tahu pihak pengurusan harakah juga ada bincang soal tabung yang berbilang-bilang ini dalam mesyuaratnya yang terdekat. Penulisan ini tidak sedikit bermaksud untuk campur tangan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan.

Antara lain yang kami putuskan dalam perbincangan yang tak sepatut ini (dalam ertika lain mengada-gada ini) Harakah perlu menonjolkan diri menjadi jaguh dalam membantu "mangsa" dikalngan masyarakat marhain. Mangsa ini lebih menjurus golongan yang daif yang menimpa kesusahan.

Bila harakah nampak berperanan dalam masyarakat, akan nampak kepentingannya barulah harak boleh diterima oleh masyarakat. Kerajaan pun sukar untuk meperkotak katikkan harakah, nak haramkannya. Tentu sekali golongan "mangsa" ini akan membantu menjadi penghalang.

Duit harakah banyak, daripada dihabiskan di Harakahdaily adalah lebih baik di manafaat di sini. Ya semua orang tahu harakahdaily iklannya hampir puluhan ribu sebulan, tapi kerana diberikan kepada kroni dan kroni yang menguruskannya.

Duit yang banyak tak ada audit yang jelas, akhirnya harakah terpaksa suntik untuk mengerakkannya bagi memberikan gaji yang melibat angka besar kepada "senoir" pengarang yang dibekukan di situ.

Saya malas nak dedahkan lebih, tapi kalau "senior-senior" pengarang main kasar kita akan bongkarkan satu persatu.

Cikgu Pa, Datuk KJ orang yang sepatutnya ditanya. Jangan sampai angka sampai setengah juta baru nak bertindak. Dulu harakah cetak macam tu, hutang tak boleh dipungut lebih daripada 10 juta.

Siapa nak disalahkan kalau hutang yang besar tak boleh dipungut melibat YDP Kawasan pula kerana biasanya pengedaran harakah diberikan kepada YDP Kawasan.

Anda boleh berfkir dengan tulisan kerdil ini apatah lagi tulisan dibulan yang mulia. Jangan sampai parti yang didokongan ini masih menyimpan 'onar'.

Selasa, 16 Mac 2010

Ahmad Lutfi dan Penyakitnya terkini

Oleh Polis Pencen

Ahmad Lutfi tentu tidak suka hal sakitnya didedahkan secara terbuka. Sepanjang mengetahui, membaca dan mengenalinya sejak 25 tahun lalu, Lutfi boleh dikatakan selalu dirundung penyakit.

Ketika beliau mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah Dr Khir Toyo, Lutfi diserang penyakit aneh. Memaksa dia terlantar uzur di kampung halamannya, di Jitra dalam waktu yang agak lama. Mereka yang menjadi kenalan terutama yang sama belajar dan bergiat dalam jamaaah bekas UTM yang menziarahinya di kampung ketika itu, sekitar awal tahun 2000 mengukilkan keadaannya cukup menyedihkan. Penulis Utusan, Astora Jabat, ada menulis tentang hal berkenaan dan beberapa siri penghujahan dengan webmaster laman TKO pada ketika Tok Ayah boleh dibaca setiap minggu di Utusan.

Kini, penyakit Lutfi diperkatakan lagi. Tapi bukan penyakit misteri yang berkaitan amalan sihir atau seumpamanya. Beliau yang menderita kencing manis 20 tahun lalu mendapat serangan jantung pada akhir tahun lalu dan doktor pakar mengesahkan tiga saluran jantungnya tersumbat. Khabarnya, sudah 99 peratus tersumbat. Dan Lutfi sudahpun menjalani dua kali rawatan angioplasti. Belanjanya tentulah amat besar bagi penulis seperti Lutfi sekadar mencari makan dengan menulis idealisme perjuangan.

Saya bukan mahu menyalahkan Harakah - tempat Lutfi bekerja - seperti yang ditulis dalam internet sebelum ini. Harakah bukan syarikat korporat yang untung juta-juta untuk tanggung rawatan perubatan semua staffnya. Kos rawatan jantung memang tinggi. Biayanya besar apatah lagi jika dilakukan di hospital swasta. Tapi kalau mahu menunggu giliran di hospital kerajaan tentu lama. Sedangkan Lutfi perlu dibedah segera buat kali ketiga.

Menurut pengkhabaran isterinya ada memberitahu, Lutfi memang selalu uzur, sesak dada dan aktiviti fizikalnya begitu terbatas. Saya rasa kalau ada pembaca mahu membantu, eloklah. Bantu membantu amalan murni. Hari ini hari Lutfi, esok mungkin kita pula.

Salurkan kepada Ahmad Luqman Hakim Bin Ahmad Lutfi No Akaun MayBank 162179670906, anak Ahmad Lutfi yang sulong.

Terdetik dihati ini untuk menulis, berkongsi info dengan rakan-rakan blogger, pembaca dan pelawat laman mengenai Ahmad Lutfi ini, walaupun saya telahpun pencen segala-gala. Saya sudahpun tidak menulis lagi mulai tahun ini.

Bantulah! Sumbangan saudara amat diperlukan, saya memahami akan kesusahanya. Mana-mana blogger yang ada blog tolong masukkan sekali rayuan sumbangan daripada saya ini.

Saya juga tertarik dengan artikel sebelum ini yang mengerakkan untuk saya menulis dari seorang rakan laman beliau di UTM.


Lutfi perlu jalani operasi jantung ketiga secepat mungkin
Posted on Monday, March 08 @ 06:18:07 PST by paktam
Oleh KAWAN LAMA UTM

Sebaik saja saya membaca tulisan Afrar Yunus, alkerohi.blogspot.com tentang penyakit Ahmad Lutfi Othman, tertanya-tanya juga saya, apakah rakan lama saya itu masih dalam keadaan uzur. Sudah lama saya tak berhubung dengan Lutfi. Sayu juga membaca kisah hidupnya dengan berbagai-bagai penderitaan yang dihadapi beliau.

Akhirnya dapat juga saya bercakap dengan Lutfi melalui telefon. Walaupun sakit tapi suaranya kedengaran ceria. Dia bercerita panjang tentang keuzurannya. Beliau tak putus mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu, termasuk Dato' Husam Musa.

Semua orang tahu penyakit jantung perlukan kos yang besar. Lutfi pun sudah dua kali melalui operasi jantung di sebuah hospital swasta. Ongkosnya lebih RM50 ribu. Malang sekali, seperti kata Lutfi, saluran jantungnya yang ketiga belum dapat dipulihkan. Dia terpaksa menjalani operasi ketiga dalam waktu terdekat.

Dan masalahnya tetap sama, iaitu kos yang tinggi untuk membiayai operasi berkenaan. Bila ditanya dari mana dia akan mencari dana, dia hanya diam. Saya pun tak mahu bertanya lanjut. Yang penting Lutfi perlu dibedah secepat mungkin. Saya diberitahu oleh kawan-kawan lain bahawa Lutfi agak tertekan untuk mencari rawatan di hospital kerajaan. Lutfi sudah menghubungi kawan-kawan lama yang ada contact dengan hospital awam. Sebabnya operasi jantung di sana lebih murah.

Harapan saya semoga Lutfi dapat segera dibedah walau dengan apa jua cara sekalipun dan dia dapat bertugas semula dengan baik di Harakah. Dah lama saya tak membaca buah fikirannya, mungkin kerana uzur yang begitu lama. Harap ada pihak yang dapat membantu beliau.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun anak beliau : Maybank Ahmad Luqman Hakim 162179670906


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...