Rabu, 24 November 2010

PAS bertanding pilihan raya nak apa?


Saya ingin bertanya, jika PAS partinya semacam UMNO tapi taklah korupsi. Kepimpinannya telus, cekap seperti parti-parti luar nagara yang demokratik. Tapi PAS bukan parti Islam dan dasarnya pula bukan Islam. Sekadar bertanding untuk kebajikan rakyat, tonjolkan lebih sempurna daripada UMNO/BN.

Agaknya anda bekerja keras siang dan malam untuk PAS? Kalau anda ada kelayakan anda akan bertanding bagi menunjukkan anda lebih baik mengurus pentadbiran daripada pimpinan UMNO/BN?

Saya sekadar bertanya untuk pembaca PAS yang bekerja keras memahami apa tujuan kita bertanding dalam pilihan raya yang selalu disebut "pilihan raya adalah wisilah perjuangan kita."

Kita bermati-matian, sebenarnya kita nak laksanakan Islam bila kita menang dalam pilihan raya. Laksana Islam macam mana tak kisah, berperingkat atau terus bergantung kepada situasi.Yang penting kita berusaha ke arah itu.

Selasa, 23 November 2010

Islam Liberal: Bersalam Lelaki dan Perempuan

Isu bersalam antara lelaki dengan perempuan bukan mahram menjadi topik yang selalu diperkatakan. Apabila berada dalam majlis utama atau pergi ke satu majlis. Ada wanita bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalam.

Kita menjadi tak tentu hala, menundukkan sedikit badan dan sekadar meletakkan tangan di dada atau memaling tangan kebelakang.

Ada wanita memahami. Kalau wanita bukan Islam mungkin juga tertanya-tanya. Saya tertarik dengan cara YB Wahid Endut yang menghulurkan bunga semasa seorang wanita Cina ingin bersalam dengan beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...