Jumaat, 24 September 2010

Pemimpin dan artis yang leka dengan dunia

Cerita di negeri di bawah bayu; negeri di mana UMNO cuba mengalih cengkamannya apabila Johor sudah mula longgar dan langlai. Pemimpin mereka sudah leka dengan dunia dan rakyat akan sengsara akibat daripada kelekaan ini.

Dulu kita dengar gossip Bung Mokhtar dengan Zizie Ezette. Teruk juga ceritanya dan gambar mereka juga teruk belaka! Akhirnya cerita gossip ini di tutup dengan perkahwinan. Tapi perangai masa "leka" masih tak berubah. Gambar-gambar semuanya boleh menceritakan walaupun saya bukan suka sangat nak siar dalam blog ini.

Tapi pemimpin yang "jahat" perlu dedahkan supaya harta khazanah rakyat tidak sewenang-wenangnya menjadi macam hak milik bapak dia orang.






Saya tak nak ulas panjang pasal gambar ini. Tuan punya laman asal ada mengulas, saya sekadar memetik sahaja.
Wuhuu.. Nampak so sweet je bila nengok Zizie Ezette dan Bung Mokhtar kat gambar atas ni kan. Sampai jeles tahap gaban kitorang dibuatnya. Hehe.. Actually kitorang tak sure bila dan di mana gambar ini diambil tapi menurut sumber dari salah sebuah forum, gambar ini diambil pada 23 Januari 2010 di sebuah kelab Shen – WR, Kota Kinabalu. Kalau sumber tu betul, maknanya gambar ni diambil selepas diorang dah sah sebagai suami isteri la kan. Alhamdulillah. Boleh jadi pasangan bahagian ni. Hee..


Walau bagaimanapun, ada beberapa gambar yang membuatkan kami tertanya-tanya apabila Zizie Ezette kelihatan bermesra dan memeluk seorang lelaki. Persoalan’nya, apakah kaitan mereka dengan Zizie Ezette? Ok, kita fikir positif. Mereka mungkin ada pertalian darah dengan Zizie Ezette sebab tu Zizie Ezette slumber je buat lagu tu dan Bung Mokhtar pun tak kisah. Boleh macam tu? Apa-apa pun, jom layan beberapa lagi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersama entah sape ntah kat bawah ni.
Boleh baca lagi di sini.

Laman yang sama http://www.zonartis.com/ ada mengulas mengenai gossip terbaru Zahida Rafik Dah Jadi Isteri Datuk Shafie Apdal.

Saya panjang petikan laman tersebut kepada pembaca.


First of all korang kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan punya body keluarkan kenyataan.


Gosip ini boleh dikatakan agak mengejutkan jugalah dimana Zahida Rafik dikatakan sudah berkahwin. Ya, sudah berkahwin dan nama yang dikaitkan dengan Zahida Rafik tu ialah Datuk Shafie Apdal, Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
 
Menurut sumber yang masih tak boleh dipercayai, Zahida Rafik dan Datuk Shafie Apdal dikatakan berkahwin sebulan yang lalu iaitu sebelum masuknya bulan Ramadhan. Perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup.



Hurm.. Kami taknak komen apa-apa pasal ni sebab dah nama pun gosip kan. Bukan boleh percaya sangat. Tapi kalaulah ianya betul, tahniah kami ucapkan. Cumanya, kenapa nak sembunyi-sembunyi? Takkan nak ikut langkah Bung Mokhtar dan Zizie Ezzete?
Nampaknya bergolak lagilah negeri di bawah bayu!

Raja dan pemimpin dunia yang kaya raya

Saya terbaca satu tulisan berkenaan kedudukan Raja & Pemimpin dunia yang kaya raya di World’s Richest Royal.  Dalam senarai terkini ini Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menduduki tempat kedua dengan nilaian harta RM20 billion.

Pada keseluruhan manusia terkaya di dunia bagi tahun 2010,  Carlos Slim dari Maxico telah mengalahkan Bill Gates, dengan jumlah kekayaan $53.5 billion berbanding $53.0 billion.

Mungkin anda akan terkejut dengan 10 senarai baru ini, yang saya fokuskan kepada Raja dan Pemimpin sahaja.

1. Thailand’s King Bhumibol Adulyadej, worth $30 billion



2. Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah, worth $20 billion


3. Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, worth $18 billion


4. UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, $15 billion


5. Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum, worth $4.5 billion


6. Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II, worth $3.5 billion



7. Morocco’s King Mohammed VI, worth $2.5 billion


8. Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, worth $2.4 billion



9. Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, worth $1.3 billion

RM4 b X US$ 0.3224 = $1.2896

10. Prince Albert II of Monaco, worth $1 billion


Kedudukan Menteri Besar Kelantan tersenarai dalam rangking Raja dan Pemimpin yang terkaya adalah hasil usaha dan kerja terancang media UMNO. Kita patut rasa bangga dan bersyukur, itulah peranan media di negara kita. Raizaid ada mengulas dalam Akhbar Star;


Akhirnya yang naik ke pentas untuk menerima cek ialah adik kepada Menteri Besar, Nik Din Nik Mat kerana tidak ada seorang pun wakil kerajaan negeri yang hadir. Malah khabarnya beberapa kakitangan kerajaan negeri yang turut hadir pada majlis tersebut pun tidak berani untuk naik ke pentas menerima replika cek tersebut bagi pihak kerajaan negeri.

Nik Din pada keesokan harinya terpaksa membuat penjelasan lanjut bahawa kemunculannya di atas pentas untuk menerima cek itu bukanlah atas kapasitinya secara peribadi tetapi setelah tidak ada wakil daripada Kerajaan Negeri yang tampil untuk menerimanya.

Kah kah kah - pinjam trademark Hishamuddin Rais.

Peguam Pelakon Lucah Bela Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati makin menarik apabila suspek utama telah dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Dalam pertemuan singkat tersebut, suspek utama telah mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum ditahan reman.

Suspek juga tidak mengaku salah atas tuduhan pembunuhan ini, malah suspek mendakwa dia ditumbuk dan ditendang oleh anggota polis sehingga cedera di belakang badan. Malah, mengikut kenyataan suspek, permintaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan oleh polis.Suspek akan membuat laporan polis berkaiatan dengan kejadian tersebut.

Mengikut laporan daripada Berita Harian;

Peguam Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.


Apa yang menarik peguam D.P. Vijandran ini yang dulunya penentang Dato' Seri Samy Vellu, dia juga disebut ebagai penganti kepada Dato' Seri Samy Vellu pada satu ketika duhulu.

Tapi isunya tenggelam kerana pembabitan Vijandran dengan Video Lucah adegan dia sendiri  sebagai pelakon utama. Mengikut maklumat salah seorang "pelakon" wanita dalam video tersebut telah membunuh diri.

Petikan ini membantu untuk pembaca memahaminya;

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.



Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.


Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.


Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.


Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.


Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.


Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.


Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.


M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

Nampaknya kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya akan menjadi menarik kerana pelakon lucah membela pembunuh kejam. Malaysia memang serba boleh!!

 

Selasa, 21 September 2010

Pangkat Datuk Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati Palsu?

Kes Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya banyak mengajar kita tentang bertapa pentingnya maklumat yang cepat dan benar. Akhbar, wartawan, pemberita dan pihak yang bertanggungjawab harus memberikan satu maklumat dan situasi yang benar-benar jelas agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Saya melihat akhbar lebih kepada mencari publisiti setelah jualan akhbar media utama jatuh disebabkan tidak wujud tanggungjawab dalam perlaksaaan amanah ini. Opportunity ini digunakan sempenuhnya untuk menaikkan berita-berita yang lebih sensasi.

Saya tak akan ulas panjang soal ini tetapi saya lebih tertarik untuk mengulas apabila pihak polis mengatakan bahawa pangkat Datuk sebenarnya adalah palsu. Kenyataan ini telah disiarkan oleh hampir semua akhbar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.



"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo
Sebelum ini ada kenyataan dan maklumat sebegini;

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber. - Star
Sebagai rakyat biasa yang pernah berpegalaman dalam soal siasat, saya agak musykil dengan dua kenyataan ini. Kalau kenyataan awal menyebut Suspek dipercayai membeli pangkat Datuk, kita boleh berlapang dada dan menerima kenyataan kedua yang menyatakan sebenarnya Datuk itu adalah palsu.

Tapi.....

Kenyataan menyebut memberi dengan harga RM180 ribu. Kenapa tak sebut RM90 ribu misalnya atau RM200 ribu misalnya. Bila wujud angka bermaksud ada sumber yang jelas.

Dalam hal ini, pihak polis telah memberikan amaran kepada media agar tidak mengeluarkan berita sehingga ada kebanaran daripada pihak polis bagi mennetukan maklumat itu adalah sah benar.

Jadi sumber RM180 ribu adalah benar, barulah The Star berani mengeluarkannya.

Kenapa kelaur pula kenyataan Datuk itu adalah palsu? Pembaca sudah tahu mainan politik. Kita sebenarnya di"sumbat" dengan berita-berita palsu agar kita sentiasa "bodoh" dan "bangang".

Khamis, 16 September 2010

Suspek beli Datuk RM180 ribu, Penjual tidak dapat dikesan??

Saya telah menulis dan meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya. Tulisan saya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini.

Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini.

Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis;
 
Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.


Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini.

Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis.

Malang bagi polis yang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Kes Pembunuhan Sosilawati mengimbau kembali kisah Mona Fendy

Kes Pembunuhan Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya telah menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey dan pembantunya Juraimi Husin 17 tahun lalu atas tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, diantara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993. (Gambar di sebelah Mona Fandey pertama kali di bawa ke mahkamah pada 12 Sept 1994)

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.

Menjadi artis rakaman

Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.

Kemewahan dan kekayaan

Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.

Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa kereta lain

Kes terakhir menggunakan sistem juri…

Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.


Mohd Affendy Abdul Rahman (suami)

Juraimi Husin

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.



Datuk Mazlan (tengah berbaju biru)

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.

Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.

Lakaran Senjata Pembunuhan

Rajah bagaimana bahagian badan mangsa dikerat 18 keratan

Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah. Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam. Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. (Agaknya Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati berapa banyak barang kes??)

Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.

Bagaimana Datuk Mazlan dibunuh?

Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tigakali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.

Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.

"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl.Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.

Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi."Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan Mazlan.

Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutupmata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin.

Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidakhabislah."Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetakleher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan Juraimi.

Hukuman gantung


Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Sumber : Mesin Taip Buruk
----------------

Kronologi pembunuhan Datuk Mazlan

KUALA LUMPUR: Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin, dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia.

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993, setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku, nama mereka akan dikaitkan sebagai ‘ala Mona Fandey’.

Ini kerana dalam kes Mona, mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994, Juraimi berkata: “Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali, baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi.”

Menurut laporan, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi.

“Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993),” kata Juraimi.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu.

1. Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

2. Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

3. Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan ‘mandi bunga’.

4. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

5. Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

6. 13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

7. 18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

8. 19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

9. 20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

10. 21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

11. 23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

12. 1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

13. 10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

14. 15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

15. 17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

16. 26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

17. 18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

18. 3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

19. 12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

20. 9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

21. 10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

22. Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

23. 24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

24. 2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Polis kena siasat siapa dalang bagaimana suspek memperolehi pangkat Datuk?

Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan lain telah mencetuskan suasana cemas dan gelisah dikalangan masyarakat di negara ini. Sebelum ini kita telah banyak kali bicara bagaimana Altantuya di bunuh dengan kejam dan pembicaraannya masih lagi tidak begitu menyenangkan hati rakyat; pasal banyak persoalan-persoalan yang asas tidak menepati jawapan sepetutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam kenyataannnya ada menyebut bahawa pihak polis telah menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Saya tak nak bicara panjang soal-soal pembunuhan ini, tapi saya ingin menekankan bagaimana Datuk peguam ini boleh beroperasi menipu dan membunuh dengan kejam disebalik watak baik yang dipaparkan kepada umum.

Dua kes bunuh & bakar sebelum ini telah disabitkan dengan peguam ini dan beberapa kes lagi telah disiasat.

Kita juga dimaklumkan ada beberapa laporan polis melibatkan peguam ini telah terlepas sejak januari 2010 lagi.

Soalan yang timbul di sini siapa yang membantu Datuk peguam ini memperolehi status Datuk yang boleh memudahkan urusan penipuannya? Berapa banyak rasuah dan sogokan diberikan untuk mendapattkjan status Datuk. Masyarakat umum perlu didedahkan siapa sebenarnya yang menjadi onar dalam kepimpinan masyarakat untuk mengaut keuntungan bagai menjual kepentingan negara, bangsa dan agama demi "mengenyangkan" perut masing-masing.

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga ada menyebut "He admitted that Sosilawati's case could have been prevented if fast and thorough action had been taken."

Persoalan yang timbul ada beberapa kes yang dilaporakan membabitkan kehilangan orang dan juga melibatkan perjumpaan di ladang ini sebelum ini, tetapi kes itu seolah-olah senyap.

Kenapa? Siapa yang menyiasat kes ini dan siapa dikalangan pegawai penyiasatan yang berhubung dengan kes sebelum ini berjumpa dengan Datuk peguam ini. Semuanya perlu dibongkarkan kerana rakyat bimbang usul-usul rasuah dan sogakan menyebabkan kes penyiasatan menjadi "tertutup".

Polis perlu telus dalam hal ini. Pendedahan Tan Sri Musa Hassan dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia setelah beliau berhenti menjadi Ketua polis Negera perlu diambil perhatian yang serius.

Saya tak ingin panjangkan maklumat ini secara terperinci, sudah cukup beberapa perkara yang saya sentuhkan yang membabitkan "orang besar" bersetongkol dengan Datuk penguam ini dalam kerja-kerja jahat sebelum ini.

Tangggapan negetif ini perlu dipenjelaskan kepada masyarakat agar kepercayaan masyarakat kepada kerajaan, pembesar dan pihak polis makin dan kian buruk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...