Jumaat, 21 Jun 2013

75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis

18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu.  Daripada pejabatnya  di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.

Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.

Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.

Isnin, 17 Jun 2013

Sudah Sampai Masa Mustaffa Ali Keluar Daripada Harakah

Bercakap pasal Harakah, saya rasa dan muak dan nak muntah. Banyak kali disebut tetapi itu yang akan berlaku. Ini kerana Harakah masih dipegang oleh Dato' Mustaffa Ali. Kalau dikumpul semua tulisan-tulisan mengkritik pengurusan Harakah, saya rasa sudah mampu untuk dibuat novel yang mengandungi beberapa siri.

Muktamar PAS kali ini harus mengambil perjalanan tentang Harakah. Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah harus dikeluarkan kerana sangat tidak produktif.

Semenjak Harakah ditubuhkan dan ada Lembaga Pengarah daripada tahun 1987 sehingga sekarang Dato' Mustaffa Alilah satu-satunya pengerusi Harakah. Seolah-olah dalam PAS tak ada orang lain yang berkelayakan untuk mengurus Harakah.

Khamis, 17 Januari 2013

Ulama Muda UMNO Fathul Bari kahwin 29 Mei 2012??

Seminggu lalu beberapa facebook dan forum politik membahaskan tentang perkahwinan Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari dengan seorang warga Filipinina Maria Joy Erlado. Perkahwinan ini telah berlangsung  pada 29 Mei 2012  lalu di negera jiran iaitu di The Islamic Committe of Songkhla Thailand.

Sebaran yang berlegar juga menunjukkan ada permohanan pengesahan perkahwinan ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Kenapa di Terengganu tidak di Perlis atau Negeri Sembilan?

Ahad, 28 Oktober 2012

Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?


Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran "orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam.

Jumaat, 4 Mei 2012

Bersih 3.0: 49 Wanted. Ketua Polis Negara hanya memperbodoh rakyat


Polis telah mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April, Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.Katanya lagi, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Rabu, 25 Januari 2012

Redhalah dengan Dr Hassan Ali

Isu Dr Hassan nampak macam tak "habis padam". Kadang kala perbahasannya makin membesar dan menyentuh sentiviti Pakatan Rakyat. Pembaca yang membaca artikel berkaitan pendapat dan pandangan tentang Dr Hassan Ali kadangkala lebih emosi daripada berfikiran terbuka. Tak hairanlah saya juga dikecam atas dasar nick yang digunakan adalah Polis Pencen.

Dulu saya juga telah mengulas bagaimana emosi penulis Mahaguru58 kerana nick saya polis pencen (baca artikel ini). Saya ingat Mahaguru58 yang pro UMNO memang berfikiran begitu tapi malangnya penyokong Pakatan Rakyat pun lebih perangai UMNO daripada UMNO. Tak payah kecamlah pekerjaan polis, itu sekadar nama pena sahaja sama juga nama pena budu atau belacan.

Saya membaca komen berkenaan Dr Hassan Ali akan muncul di Soal Jawab TV3 malam ini. Macam-macam komen diberikan tak kurang kecaman juga ada. Saya nampak ada sebahagian komen itu sudah lari daripada keperibadian seorang muslim.


Jumaat, 20 Januari 2012

Exco Agama Selangor

Saya terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar yang membuat komen atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Dr Hassan Ali ada menghantar surat mempertingkaikan tindakan Tan Sri Khalid dikatakan terlalu awal.

Sayuti dalam artikelnya telah mempelekehkan Dr Hassan Ali dengan pangilan 'AhSang' seolah-olah Dr Hassan Ali jahil tentang politik dan mendapat penasihat yang tidak pandai politik.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini dalam isu ini "Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh", saya berpendapat ada sesuatu yang tak kena dalam urusan ini. Saya bukan mempertikaikan urusan penggantian. Saya juga bukan penyokong Dr Hassan Ali. Saya sekadar simpati dengan keadaan dan nasib yang dialaminya... Sebagai seorang Islam kita memang simpati dengan sesama mukmin. Tak tahulah ada yang suka dan mungkin boleh meraikan atas apa yang berlaku.

Ustaz Fadhil Mohd Nor juga simpati dengan Anwar Ibrahim dan menziarahinya ketika dia dipecat sedangkan sebelum itu Anwar lantang meperlekeh PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah ada yang memuji tindakan Presiden PAS teresebut. Sampai akhir matinya perjuang Islam tersebut dia tetap tak sependapat dengan Anwar Ibrahim... tak ada yang heboh soal perbezaan pendapat ini.

Jumaat, 13 Januari 2012

Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh

Sebelum saya memulakan tulisan ini, pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Shahmi atas e-mel tuan sebentar tadi. Saya tak pasti beliau anggota polis atau bekas anggota polis, tapi saya cukup meraikan e-melnya.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Sultan Selangor perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi tadi.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau." Kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Rabu, 20 April 2011

Adakah Raja Petra Murtad?

Ini pertanyaan yang ditanyakan kepada saya. Saya jawab murtab bukan suatu yang boleh dibuat main-main atau sendiwara. Kita kena tahu dari isi hati mereka yang berkenaan. Tulisan atau percakapan dripada mulut orang lain bukan ukuran.

Memang saya tahu sudah lama perkara ini berbangkit, iaitu zaman Pak Lah lagi. Maksud saya isu murtad Raja Petra Kamarudin (RPK) ini telah pun lama dibualkan orang, tapi tidak ada satu kenyataan rasmi terutama daripada pihak kerajaan (Jabatan Agama) untuk mengesahkannya.

Pihak kerajaan atau TV3 misalnya lebih berminat dalam isu Anwar daripada isu agama. Mereka lebih berkepentingan dalam hala ini, tidak hairan kalau baca "Testimony of Leaving Islam" RPK pun dia menjadi kabur apabila orang beragama yang sepatutnya baik telah menjadi tidak baik.

Selepas telur tiruan kini beras tiruan pula

Sebelum ini negara di kejutkan dengan penemuan telur tiruan pada 6 April lalu di pasar Pulau Tikus di Georgetown, Pulau Pinang.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Jumaat, 15 April 2011

Najib, Anwar dan Tengku Razaleigh

Kenyataan Raja Petra Kamarudin (RPK) di TV3 di saat akhir Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 sama seperti keluarnya video seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi parti pembangkang oleh Dato' Eskay. Ramai yang tertanya-tanya apakah motif semua ini?

Pro dan kontra, pembalahan hujah wujud dikalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat (PR), sedikit sebanyak telah memberkan tekanan kepada  gerak kerja Pakatan itu sendiri.

Saya tidak ingin mengulas panjang hal ini, sekadar mengambil kesempatan apa yang ditulis oleh RPK dan kenapa dia berbuat demikian. Dalam tulisan RPK telah melibatkan tiga tokoh utama dalam konspirasi untuk menerajui Malaysia. Najib, Anwar dan Ku Li, seolah-olah rakyat telah dihayuni dengan maklumat yang tidak benar sekadar memenuhi kehendak politik pimpinan parti.

Jumaat, 18 Februari 2011

Suara Pemuda PAS dalam kebangkitan pelajar

Membaca tulisan Tulang Besi atau Abdul Rahman di laman MalaysiaWaves rasa seolah-olah PAS tidak memainkan peranan dalam kebangkitan pelajar terutama pelajar IPT. Tohmahan yang tak berfakta dengan membuat perbandingan yang tak relevan dengan suara lantang YB Nurul Izaah adalah suatu yang menampakkan seolah-olah Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan mem'perkena'kan Ustaz Nasarudin Tantawi.

Pelajar dengan salur galurnya, sejarah kebangkitan pelajar, bagaimana peranannya dalam membentuk generasi pelapis dan masa depan generasi kepimpinan sepatutnya didalami. Akta-U yang kian mencengkam juga perlu diperhalusi.

Pemuda PAS sendiri ada lajnah yang memainkan peranan dalam hal ini. Mereka menjalankan aktiviti dan perancangan yang teliti. Pelaporan dalam Muktamar Pemuda sendiri tidak dibuat sencara bertulis malah pelaporan berbentuk lisan ini adalah merupakan strategi untuk menangani masalah tekanan demi tekanan yang berlaku kepada golongan mahasiswa.

Rabu, 16 Februari 2011

Bersyukur apabila peminum dah jadi ahli Rukun Tetangga!

Saya ada seorang kawan, sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Satu tarbiat yang kurang baik pada dirinya ialah suka menyimpan gambar-gambar lucah. Hampir penuh harddisknya dengan gambar-gambar itu.

Banyak kali saya nasihatikah dia, tapi dia buat tak endah aje. Malah semasa bersembang dia masih menegakkan hobinya.

Aku simpan gambar itu bukan apa sekadar nak tunjukkan tak ada bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang, tegas beliau.

Dahulu gambar-gambar ini (dia fokus gambar lucah zaman Jepun) dah ada, sama aje. Hanya teknik fotografi sahaja berbeza.

Selasa, 15 Februari 2011

Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk "Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti" membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar.

Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Saya tahu ada yang tak suka beliau akan menyebut bahawa pimpinan bukan sahaja menjadi juru terjemah ceramah!

Saya juga agak mendalami pendapat yang akan mengkritik Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan mengatakan beliau bukannya orang yang aktif dalam memberikan pendapat di mana-mana mesyuarat. Saya tidak berhasarat untuk mendalaminya pada penulisan kali ini.

Jumaat, 11 Februari 2011

Perlukah Web Rasmi Pakatan Rakyat?

Saya meneliti dan memahami hasrat Ybhg Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam temubual beliau bersama Harakahdaily. Antara yang disebut oleh beliau mewujudkan web rasmi Pakatan Rakyat adalah suatu cadangan yang sangat baik kerena gerakerja boleh dilakukan dengan lebih tersusun, menjimatkan kos dan masa.

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam temubual berkata, walaupun cadangan ini agak sukar untuk dilaksanakan, tapi beliau berkeyakinan Lajnah Penerangan setiap parti di PR mampu melakukannya.

CucuMatKilau keluar PKR masuk PAS?

CucuMatKilau adalah antara blogger yang selalu kontroversi, dahulu rumahnya dipecah, keluar PKR bersama dengan pimpinan parti Bahagian Paya Besar akibat daripada krisis Lokman-Ezam, ada ura-ura nak keluar PKR semula, kes tarik balik artikel mengenai Saiful Bukhari Azlan dan terbaru nak keluar PKR lagi!

Mulai bulan November 2010 CucuMat Kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli dikatakan banyak mengkritik kepimpinan  PKR dan AMK terutamanya di Pahang. Dia juga dikatakan lebih banyak bersama dengan program PAS daripada program PKR.

 Banyak program-program besar yang dihadiri oleh CucuMatKilau sebagai wakil PKR tidak nampak kelibat kepimpinan lain, misalnya daripada Ketua AMK sendiri. CucuMat Kilau ada menyatakan kekesalan ini dalam blognya.

Khamis, 10 Februari 2011

Valentine, kecelaruan pemikiran dan cara bertindak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi. Katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Manakala Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.


Sabtu, 29 Januari 2011

Mahaguru58 telah menyerlah sifat hipokrit

Saya menulis artikel "Mahaguru58 terjebat permainan politik kotor blogger cybertropper?" kerana saya diberikan maklumat bahawa Mahaguru58 terbabit dalam beberapa siri pertemuan blogger diistilahkan sebagai pro kerajaan. Dalam perdebatan saya dengan pemberi maklumat tersebut saya cuba menjadi pembela kepada Mahaguru58 atas beberapa dasar. Antaranya Mahaguru58 terbabit dengan pertemuan blogger dengan beberapa pimpinan PAS di Selangor beberapa masa dahulu.

Saya sudah hilang fokus mengenai perkara ini. Tapi apabila isu M.C. terpapar di laman Mahaguru58 membuatkan saya mengimbau kembali perbincangan suatu masa dahulu. Akhirnya saya menulis artikel yang nampak macam saya dikecam hebat! atas beberapa hipotesis.

Jumaat, 28 Januari 2011

Mahaguru58 terjebat permainan politik kotor blogger cybertropper?

Pilihan raya kecil di Tenang, memang kucar sedikit, apabila Pakatan Rakyat nampak begitu meriah menguasai keadaan dan situasi. Walaupun Johor adalah kubu kuat UMNO suasana PRK ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan harian masyarakat 'karat UMNO' ini.

Memang sukar untuk memangi PRK apatah lagi berada dalam situasi tempat 'tanah tumpah' kelahiran UMNO. Kesungguhan PAS, kesungguhan calon PAS cikgu Mala sangat besara. Apatah lagi digabungan dengan rakan Pakatan makin erat iaitu DAP selain daripada PKR sendiri.

Cikgu Mala bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada masyarakat tapi suaminya adalah pengerak utama kepada kekuatan ini. "Mahram" dalam erti sebenar.

Rabu, 24 November 2010

PAS bertanding pilihan raya nak apa?


Saya ingin bertanya, jika PAS partinya semacam UMNO tapi taklah korupsi. Kepimpinannya telus, cekap seperti parti-parti luar nagara yang demokratik. Tapi PAS bukan parti Islam dan dasarnya pula bukan Islam. Sekadar bertanding untuk kebajikan rakyat, tonjolkan lebih sempurna daripada UMNO/BN.

Agaknya anda bekerja keras siang dan malam untuk PAS? Kalau anda ada kelayakan anda akan bertanding bagi menunjukkan anda lebih baik mengurus pentadbiran daripada pimpinan UMNO/BN?

Saya sekadar bertanya untuk pembaca PAS yang bekerja keras memahami apa tujuan kita bertanding dalam pilihan raya yang selalu disebut "pilihan raya adalah wisilah perjuangan kita."

Kita bermati-matian, sebenarnya kita nak laksanakan Islam bila kita menang dalam pilihan raya. Laksana Islam macam mana tak kisah, berperingkat atau terus bergantung kepada situasi.Yang penting kita berusaha ke arah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...