Jumaat, 20 Januari 2012

Exco Agama Selangor

Saya terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar yang membuat komen atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Dr Hassan Ali ada menghantar surat mempertingkaikan tindakan Tan Sri Khalid dikatakan terlalu awal.

Sayuti dalam artikelnya telah mempelekehkan Dr Hassan Ali dengan pangilan 'AhSang' seolah-olah Dr Hassan Ali jahil tentang politik dan mendapat penasihat yang tidak pandai politik.

Seperti mana yang saya tulis sebelum ini dalam isu ini "Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh", saya berpendapat ada sesuatu yang tak kena dalam urusan ini. Saya bukan mempertikaikan urusan penggantian. Saya juga bukan penyokong Dr Hassan Ali. Saya sekadar simpati dengan keadaan dan nasib yang dialaminya... Sebagai seorang Islam kita memang simpati dengan sesama mukmin. Tak tahulah ada yang suka dan mungkin boleh meraikan atas apa yang berlaku.

Ustaz Fadhil Mohd Nor juga simpati dengan Anwar Ibrahim dan menziarahinya ketika dia dipecat sedangkan sebelum itu Anwar lantang meperlekeh PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah ada yang memuji tindakan Presiden PAS teresebut. Sampai akhir matinya perjuang Islam tersebut dia tetap tak sependapat dengan Anwar Ibrahim... tak ada yang heboh soal perbezaan pendapat ini.

Tulisan saya sebelum ini telah mendapat banyak komen di laman Tranungkite apabila artikel itu disiarkan oleh laman berkenaan. Ada yang maki saya kerana saya seorang polis pencen. Itulah mentaliti yang memberi komen, akal dia lebih bawah daripada tapak kaki.

Tulisan itu tidak mencerita secara khusus bahawa sudah ada pakatan untuk membuat itu semua, pasal itu mesyuarat Exco dilakukan lebih awal daripada apa yang sepatutnya. Nak kata salah taklah salah. Konspirasi selalunya mengambil peluang bukan membuat kesilapan!! Itu yang saya belajar dalam tugas saya sebelum saya pencen.

Sayuti mempertikai kononnya jawapan Tan Sri Khalid bahawa dia menerima surat 10 Januari tentang pemecatan Dr Hassan dan tak maklumkan tentang rayuan. Saya setuju dengan dalih itu. Tan Sri Khalid memang bijak dalam hal ini.

Tapi mempertikaikan surat Dr Hassan Ali kepada kerajaan Selangor juga jangan dianggap bodoh dan tidak bijaksana. Sayuti boleh menyedapkan penykong atas kebencian kita kepada tindakan Dr Hassan Ali kepada PAS tapi bukan sewenang-wenangnya memperbodohkan orang lain, sama kita memeperbodohkan UMNO dalam banyak hal sedangkan kita yang selalu menjadi bodoh apabila satu keputusan pilihan raya diumumkan.

Ada yang menyebut kononnya Tan Sri Khalid mengambil jawatan itu untuk mengurangkan tentangan dalaman dari JAIS, MAIS dan pihak Istana. Entahlah sekadar menyedapkan hati penyokong rasanya, tak ada fakta boleh menyakinkan. Saya ambil petikan kenyataan oleh Persuruhjaya PAS Selangor.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, perkara tersebut telah dibincangkan oleh PKR dan parti Islam itu.

Malah kata Dr Rani, pihaknya juga diberi jaminan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa jika ada isu-isu besar membabitkan Islam dan Muslim, beliau akan mengadakan perbincangan kepimpinan Pas.

"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya lagi.

Saya nak tanya bila perbincangan itu dibuat? Boleh sebut. Sebelum mesyuarat exco atau selepas mesyuarat exco. Satu lagi saya nak tahu jaminan untuk mengembalikan jawatan exco agama itu kepada PAS, ada surat perjanjian ke? Siapa pimpinpanan Dewan Harian yang hadir, tolong buktikan!

Saya nak buka mata pembaca, ada 5 kawasan perlimen PAS yang PAS berikan kepada PKR untuk bertanding dalam PRU-12. Apa yang berlaku sekarang? PAS tak boleh dapat semula kawasan itu kerana tak ada surat perjanjian, walaupun kawasan itu PKR kalah. Ada kawasan yang ahli PKR tak sampai pun 100 orang, sedangkan kawasan itu ada pengundi hampir 30,000 orang. Jangan hairan kalau ada markas bilik gerakan yang diusahakan oleh PAS boleh diberikan begitu mudah kepada PKR atas alasan Walaq.

Jangan sampai saya dedah semua yang ada dalam kain untuk menunjukkan banyak sangat tindakan PAS bodoh dalam menghayati konsep 'Tahalul Siyasi'.

PAS sudah lebih daripada 50 tahun bergerak. Dominasasi PAS selalunya berlaku di surau-surau dan masjid. Pasal itu sebelum kebangkitan PAS, kita digemburkan dengan solat dua iman, masjid dan surau PAS. PAS mempertahankan markas tarbiyyah sehingga ada yang gugur syahid seperti di Memali.

Di Selangor PAS menggunakan kedudukan exco ini untuk memanafaat bagi menguat parti terutama mendekati rakyat, berbeza dengan PKR yang lebih kepada program umum untuk menanggani hati rakyat. Sebab itu tidak hairan PKR perlu mengerakkan rakyat untuk hadir ke Mahkamah untuk keputusan liwat DSAI kerana itu cara politik PKR yang tidak ada akar umbi seperti PAS.

Dominasasi PAS di surau dan masjid di Selangor, terutama dalam perlantikan jawatankuasa kadang kala dilihat 'ancaman' bagi sesetengah pihak. Sebab itu saya kata konspirasi.. lagi malang jika konspirasi ini disertai oleh pimpinan PAS sendiri. 

Itu sekadar pendapat saya, nanti ada yang marah kerana fitnah kepada pimpinan PAS, terutama pimpinan PAS Selangor.


 

9 ulasan:

  1. hapuskan parasit dan anai2 dlm pas ingt lg 10 mp tu heheheh msti ingt cume geng2 dia je tak ingt tul tak abg polis pencen oiii hehehe

    BalasPadam
  2. BLOG KHALID SAMAD: Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku.

    Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

    Pelantikan Dr Yunus mengemparkan ramai, termasuklah yang sudah pasti, Dr Yunus sendiri. Apabila ianya berlaku maka mula sibuklah pencacai UMNO yang telah terdiam terkedu setelah Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.

    Tiba-tiba ada isu, walaupun remeh dan kecil, yang memberi nafas baru kepada mereka untuk terus hidup. Maka mulalah mereka menghasut setelah terbukti hasutan sebelum ini berhasil, supaya Dr Rani juga bertindak sepertimana sebelum beliau.

    "Tidak patut," kata mereka, "Dr Rani Pesuruhjaya dan sepatutnya dialah yang dilantik menjadi Exco".

    Namun begitu, hasutan tukang hasut tidak berkesan ke atas manusia yang berjuang tanpa memikirkan jawatan atau pangkat. Atas sikap tidak peduli Dr Rani dalam soal hasutan ini, saya mengucapkan tahniah.

    Jelas terbukti bahawa dakwaan beliau gilakan jawatan serta menjatuhkan mantan Pesuruhjaya kerana inginkan jawatanan Exco adalah tidak berasas dan amat meleset sama sekali.

    BalasPadam
  3. BLOG KHALID SAMAD: Setiap individu di dalam PAS seharusnya mempunyai sifat tidak merajuk apabila tidak dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan.

    Malahan individu tersebut akan merasa lega apabila dilepaskan dari dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan kerana dia faham bahawa jawatan itu adalah tanggung jawab dan amanah yang berat. Ianya bukan hadiah atau "ghanimah". Ianya bukan pengiktirafan atau penghormatan, ianya adalah amanah.

    Kita tidak lari dari tanggung jawab, tetapi kita tidak juga mencari-carinya sehingga menjadikan sesuatu jawatan itu sebagai impian hati dan matlamat perjuangan hidup.

    Orang yang dikuasai keinginan jawatan akan dirosakkan oleh keinginan itu sendiri sehingga apabila ianya terlepas dari tangannya atau kelihatan semakin jauh darinya maka dia mula berhempas-pulas ketidak tentuan.

    Segala yang dikatakan betul selama ini menjadi salah, segala rakan menjadi lawan sehingga; segala segala yang dimuntahkan sanggup dijilat balik.

    Maka bermulalah dia mengorak langkah melalui "pendekatan baru" untuk mendapatkan jawatan tersebut tanpa menghiraukan segala yang telah dikatakan dan diikrarkan sebelum ini, termasuklah yang dibaiahkan selama ini.

    Alhamdulillah Dr Rani, tidak bersifat sebegitu. Beliau hadir pada majlis pelantikan Exco baru dan apabila ditanya, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Dr Yunus.

    Sememangnya sebelum ini pun Dr Rani pernah menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap persoalan menjawat jawatan Pesuruhjaya dan Exco, dalam suasana di ambang pilihan raya, dikhuatiri dirinya tidak termampu.

    BalasPadam
  4. BLOG KHALID SAMAD: Maka akhirnya apa yang telah terjadi diterima dengan hati terbuka, sebagai penentuan Allah yang terbaik bukan sahaja bagi dirinya, tetapi bagi jemaah.

    Ada pula yang dari golongan yang agak jahil menyatakan bahawa perlantikan Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Adat Melayu adalah sesuatu yang memalukan PAS.

    "Tidakkah PAS parti Islam", tanya mereka, "Mengapa tidak diberikan portfolio Exco Agama seperti dulu?"

    Bagi mereka ini, Islam adalah apa yang terkandung di dalam kerangka Jabatan Agama Islam. Tiada Islam dalam urusan Belia atau Adat Istiadat orang Melayu. Itulah apa yang disebut sebagai fahaman sekular.

    Bagi PAS, Islam releven di dalam semua portfolio, termasuklah belia. Memandangkan pengundi Selangor adalah majoritinya di bawah umur 40 tahun, maka portfolio ini amat berharga bagi PAS. Masa inilah PAS perlu menarik sokongan golongan muda dengan membuktikan "orang muda geng kita".

    Dari sudut praktikalnya, dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum pilihan raya, lebih mudah diserahkan kepada Exco baru portfolio yang sedang dia jaga selama ini, walaupun bukan sebagai Exco pada ketika itu.

    Dr Yunus salah seorang yang membantu MB menjaga portfolio belia dan sukan sebelum ini. Ianya tindakan yang praktikal bagi menjamin kesinambungan tugas serta kelicinan peralihan jawatan yang sedang dilalui secara mendesak dan di ambang pilihan raya.

    Adalah agak sukar bagi Exco baru menguasai portfolio baru dalam suasana sebegini. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya portfolio Exco Agama kerana sekarang ini JAIS dan MAIS ingin dijadikan bagaikan lubuk UMNO dan BN.

    Ianya medan pertahanan terakhir mereka dan mereka ingin menggunakannya sehabis-habisnya untuk menggagalkan usaha Pakatan mengekalkan kerajaannya di Selangor.

    BalasPadam
  5. BLOG KHALID SAMAD; Tindakan mengekalkan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada di antara mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

    Dalam suasana yang "hostile" sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus.

    Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas.

    Ada pula yang berkata, "Apa MB tahu pasal syariat Islam?" Jawab saya, "Exco Agama ini perlu keluarkan fatwakah?" Lagipun, bagi saya, beliau adalah jauh lebih baik dari Rahman Palil yang boleh duduk bersekongkol dengan Khir Toyo serta UMNO dan BN.

    Mungkin juga lebih baik fahamannya berbanding mantan Exco yang mungkin hanya sekadar bersemangat dan bermotivasi tinggi sahaja tetapi sekarang sudah cukup jelas kefahamannya agak terencat.

    BalasPadam
  6. pekung polis pencen terdedah...
    mmg polis pencen ini kumpulan UG yg masih setia dgn hassan Ali
    tak mahu terima keputusan jemaah yang telah memecat hassan Ali.

    inilah saki baki kumpulan UG yg terbuang, cuba menimbulkan ribut dalam jemaah.

    namun, rencana Allah mengatasi mereka. Mereka akan terus terhumban ke dalam kancah kebingungan dan api neraka akhirnya.... munafiq dalam jemaah.

    BalasPadam
  7. salam,

    sebab tu dia tulis dalam artikelnya "dia bukan menyokong @ pendokong Dr Hassan Ali". Kerana dia adalah pencaci Hassan Ali dalam UG dulu, kini dan selamanya.

    sekarang kantoi apabila Hassan Ali memuntahkan tahi sebegitu rupa. Maaflah... UG sudah berakhir.

    Tunggu sajalah reaksi Hassan Ali yang akan dedahkan sorang2 siapa yang nak, yang mahu, yang jumpa, yang melutut dgn pemimpin Umno sejak 2008 tu.

    Takkan Hassan nak berdiam diri. Orang macam Dr Hassan akan lipat maut punya. Jaga-jaga lah grop Usrah Bangi... pemuda yang dapat projek dll.

    Mana geng2 Polis Pencen macam Penembak Babi, tukol Besi dll. Blog pun dah tunggu mati. muncul isu Hassan Ali baru bernafas blog Polis Pencen.

    BalasPadam
  8. ini bukti dalam artikel di atas....

    "Saya bukan mempertikaikan urusan penggantian. Saya juga bukan penyokong Dr Hassan Ali. Saya sekadar simpati dengan keadaan dan nasib yang dialaminya..."

    BalasPadam
  9. ini satu lagi bukti konon bukan pendokong Hassan Ali dalam artikel "Penggantian Exco Selangor Yang Aneh"

    "Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan integrity saya merasai aneh dalam urusan penggantian Exco Selangor ini. Ini tidak bermakna saya setuju atau penyokong kuat Dr Hassan Mohd Ali. Secara peribadinya pada awalnya saya sangat bersetuju dengan Dr Hassan, tetapi setelah saya melihat Dr Hassan too much.. saya juga amat bersetuju PAS memecat beliau dan saya juga berpendapat amat wajar Dr Hassan Ali meletakkan jawatan sebagai Exco, walaupun dia hendak buat rayuan untuk kembali kepada PAS. "

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...