Mulai bulan November 2010 CucuMat Kilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli dikatakan banyak mengkritik kepimpinan PKR dan AMK terutamanya di Pahang. Dia juga dikatakan lebih banyak bersama dengan program PAS daripada program PKR.
Banyak program-program besar yang dihadiri oleh CucuMatKilau sebagai wakil PKR tidak nampak kelibat kepimpinan lain, misalnya daripada Ketua AMK sendiri. CucuMat Kilau ada menyatakan kekesalan ini dalam blognya.
"Mana perginya Ketua AMK Pahang?. Ramai yang tertanya-tanya siapakah Ketua AMK Pahang yang sebenarnya. Kenapa kelibatnya tidak langsung membantu perjuangan Pakatan Rakyat di Pahang. Malah, ada yang langsung tidak kenal siapakah gerangannya. Inilah yang menimbulkan tanda tanya sejak dulu lagi."
Satu perkara yang menjadi persoalan ramai dikalangan pemerhati dalam isu ini ialah pada 15 Januari yang lalu, CMK telah diundang menjadi pembentang kertas kerja untuk program Himpunan Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang.
Program ini diadakan di Hotel Green Park Temerloh telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu majlis penutupan pula telah dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawi.
CMK telah diundang khas menjadi pembentang kertas kerja pertama dengan tajuk "Peranan Media Baru Dalam Menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13".
Cakap-cakap luar, sebagai pemerhati agak pelik bila program dalaman PAS untuk pilihanraya lebih diberikan kepada orang luar.Jika PAS tidak ada orang yang berkelayakan tidak mengapa, tetapi di Pantai Timur PAS ada ramai pengiat blog dan laman di Kelantan. Malah di Terengganu banyak laman-laman dan pengiatnya cukup berkalibar. Kenapa Pemuda PAS Pusat lebih memlih CMK yang status PKRnya juga tidak menentu dan ada isu kontroversi pula. Itu kata-kata yang diluarkan oleh ramai pemerhati.
Jawapan kepada desas desus ini mudah, sekiranya CMK memang berhasrat masuk PAS mengikut jejak Zukri Aksah. Tapi jika tidak Pemuda PAS telah memilih orang yang salah. Kesilapan ini bukan satu yang patut dilakuakan.
Saya tidak begitu berminat untuk mengulas sekiranya benar diperkatakan CMK nak keluar parti pada hari ini dan berehat, sambil menguruskan perniagaannya Event Management. Banyak sangat perkara tak baik daripada yang baik.
Penulisan CMK terkahir berkaitan penarikkan 6 artikel terhadap Saiful Bukhari Azlan cukup mengusarkan "CMK juga bersetuju dengan penarikan tersebut, memandangkan maklumat terbaru yang diperolehi oleh PahangDaily Online mengesahkan bahawa Saiful tidak seperti yang digambarkan. Maka, mengapa pula ada yang bising dan melenting tidak tentu hala."
Perjuangan perlukan asas untuk didokong, mestilah ada asas yang kukuh selari dengan kehendak Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan