Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendapat. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis

18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu.  Daripada pejabatnya  di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.

Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.

Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.

Jumaat, 4 Mei 2012

Bersih 3.0: 49 Wanted. Ketua Polis Negara hanya memperbodoh rakyat


Polis telah mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April, Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.Katanya lagi, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Rabu, 25 Januari 2012

Redhalah dengan Dr Hassan Ali

Isu Dr Hassan nampak macam tak "habis padam". Kadang kala perbahasannya makin membesar dan menyentuh sentiviti Pakatan Rakyat. Pembaca yang membaca artikel berkaitan pendapat dan pandangan tentang Dr Hassan Ali kadangkala lebih emosi daripada berfikiran terbuka. Tak hairanlah saya juga dikecam atas dasar nick yang digunakan adalah Polis Pencen.

Dulu saya juga telah mengulas bagaimana emosi penulis Mahaguru58 kerana nick saya polis pencen (baca artikel ini). Saya ingat Mahaguru58 yang pro UMNO memang berfikiran begitu tapi malangnya penyokong Pakatan Rakyat pun lebih perangai UMNO daripada UMNO. Tak payah kecamlah pekerjaan polis, itu sekadar nama pena sahaja sama juga nama pena budu atau belacan.

Saya membaca komen berkenaan Dr Hassan Ali akan muncul di Soal Jawab TV3 malam ini. Macam-macam komen diberikan tak kurang kecaman juga ada. Saya nampak ada sebahagian komen itu sudah lari daripada keperibadian seorang muslim.


Jumaat, 13 Januari 2012

Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh

Sebelum saya memulakan tulisan ini, pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Shahmi atas e-mel tuan sebentar tadi. Saya tak pasti beliau anggota polis atau bekas anggota polis, tapi saya cukup meraikan e-melnya.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Sultan Selangor perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi tadi.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau." Kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Jumaat, 18 Februari 2011

Suara Pemuda PAS dalam kebangkitan pelajar

Membaca tulisan Tulang Besi atau Abdul Rahman di laman MalaysiaWaves rasa seolah-olah PAS tidak memainkan peranan dalam kebangkitan pelajar terutama pelajar IPT. Tohmahan yang tak berfakta dengan membuat perbandingan yang tak relevan dengan suara lantang YB Nurul Izaah adalah suatu yang menampakkan seolah-olah Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan mem'perkena'kan Ustaz Nasarudin Tantawi.

Pelajar dengan salur galurnya, sejarah kebangkitan pelajar, bagaimana peranannya dalam membentuk generasi pelapis dan masa depan generasi kepimpinan sepatutnya didalami. Akta-U yang kian mencengkam juga perlu diperhalusi.

Pemuda PAS sendiri ada lajnah yang memainkan peranan dalam hal ini. Mereka menjalankan aktiviti dan perancangan yang teliti. Pelaporan dalam Muktamar Pemuda sendiri tidak dibuat sencara bertulis malah pelaporan berbentuk lisan ini adalah merupakan strategi untuk menangani masalah tekanan demi tekanan yang berlaku kepada golongan mahasiswa.

Rabu, 16 Februari 2011

Bersyukur apabila peminum dah jadi ahli Rukun Tetangga!

Saya ada seorang kawan, sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Satu tarbiat yang kurang baik pada dirinya ialah suka menyimpan gambar-gambar lucah. Hampir penuh harddisknya dengan gambar-gambar itu.

Banyak kali saya nasihatikah dia, tapi dia buat tak endah aje. Malah semasa bersembang dia masih menegakkan hobinya.

Aku simpan gambar itu bukan apa sekadar nak tunjukkan tak ada bezanya zaman dahulu dengan zaman sekarang, tegas beliau.

Dahulu gambar-gambar ini (dia fokus gambar lucah zaman Jepun) dah ada, sama aje. Hanya teknik fotografi sahaja berbeza.

Selasa, 15 Februari 2011

Ustaz Nasaruddin Mat Isa patut di tonjolkan

Membaca tulisan W.Fauzdin NS yang bertajuk "Tuan Ibrahim Tuan Man Patut Diganti" membuatkan saya terfikir. Terlintas pula kenapa Timbalan Presiden PAS seolah-olah tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda PAS yang berkalibar.

Sebelum ini Ustaz Nasarudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Saya tahu ada yang tak suka beliau akan menyebut bahawa pimpinan bukan sahaja menjadi juru terjemah ceramah!

Saya juga agak mendalami pendapat yang akan mengkritik Ustaz Nasarudin Mat Isa dengan mengatakan beliau bukannya orang yang aktif dalam memberikan pendapat di mana-mana mesyuarat. Saya tidak berhasarat untuk mendalaminya pada penulisan kali ini.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bercakap pasal iklan harakahdaily, rasannya macam bodoh

Saya sudah muak dan loya bila bercakap pasal HarakahDaily. Tapi kali ini terjebak untuk menulis lagi bila isu ini dipanas semula oleh beberapa penulisan di laman TranungKite. Semalam semasa minum dan bersembang dengan beberapa orang rakan penulis dalam media banyak luah-luah yang tak puas hati disebut dan diungkap.

Banyak juga maklumat-maklumat sulit dan keputusan mesyuarat menjadi tajuk perbualan. Tidak lari daripada kutuk mengutuk kepada kepincangan yang berlaku yang 'seolah-olah sengaja tidak mahu diselasaikan' oleh kepimpinan dalam organasasi.

Jumaat, 24 September 2010

Peguam Pelakon Lucah Bela Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati makin menarik apabila suspek utama telah dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Dalam pertemuan singkat tersebut, suspek utama telah mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum ditahan reman.

Suspek juga tidak mengaku salah atas tuduhan pembunuhan ini, malah suspek mendakwa dia ditumbuk dan ditendang oleh anggota polis sehingga cedera di belakang badan. Malah, mengikut kenyataan suspek, permintaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan oleh polis.Suspek akan membuat laporan polis berkaiatan dengan kejadian tersebut.

Mengikut laporan daripada Berita Harian;

Peguam Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.


Apa yang menarik peguam D.P. Vijandran ini yang dulunya penentang Dato' Seri Samy Vellu, dia juga disebut ebagai penganti kepada Dato' Seri Samy Vellu pada satu ketika duhulu.

Tapi isunya tenggelam kerana pembabitan Vijandran dengan Video Lucah adegan dia sendiri  sebagai pelakon utama. Mengikut maklumat salah seorang "pelakon" wanita dalam video tersebut telah membunuh diri.

Petikan ini membantu untuk pembaca memahaminya;

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.



Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.


Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.


Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.


Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.


Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.


Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.


Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.


M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

Nampaknya kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya akan menjadi menarik kerana pelakon lucah membela pembunuh kejam. Malaysia memang serba boleh!!

 

Selasa, 21 September 2010

Pangkat Datuk Suspek Pembunuh Datuk Sosilawati Palsu?

Kes Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya banyak mengajar kita tentang bertapa pentingnya maklumat yang cepat dan benar. Akhbar, wartawan, pemberita dan pihak yang bertanggungjawab harus memberikan satu maklumat dan situasi yang benar-benar jelas agar rakyat tidak tertanya-tanya.

Saya melihat akhbar lebih kepada mencari publisiti setelah jualan akhbar media utama jatuh disebabkan tidak wujud tanggungjawab dalam perlaksaaan amanah ini. Opportunity ini digunakan sempenuhnya untuk menaikkan berita-berita yang lebih sensasi.

Saya tak akan ulas panjang soal ini tetapi saya lebih tertarik untuk mengulas apabila pihak polis mengatakan bahawa pangkat Datuk sebenarnya adalah palsu. Kenyataan ini telah disiarkan oleh hampir semua akhbar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.



"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo
Sebelum ini ada kenyataan dan maklumat sebegini;

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber. - Star
Sebagai rakyat biasa yang pernah berpegalaman dalam soal siasat, saya agak musykil dengan dua kenyataan ini. Kalau kenyataan awal menyebut Suspek dipercayai membeli pangkat Datuk, kita boleh berlapang dada dan menerima kenyataan kedua yang menyatakan sebenarnya Datuk itu adalah palsu.

Tapi.....

Kenyataan menyebut memberi dengan harga RM180 ribu. Kenapa tak sebut RM90 ribu misalnya atau RM200 ribu misalnya. Bila wujud angka bermaksud ada sumber yang jelas.

Dalam hal ini, pihak polis telah memberikan amaran kepada media agar tidak mengeluarkan berita sehingga ada kebanaran daripada pihak polis bagi mennetukan maklumat itu adalah sah benar.

Jadi sumber RM180 ribu adalah benar, barulah The Star berani mengeluarkannya.

Kenapa kelaur pula kenyataan Datuk itu adalah palsu? Pembaca sudah tahu mainan politik. Kita sebenarnya di"sumbat" dengan berita-berita palsu agar kita sentiasa "bodoh" dan "bangang".

Khamis, 16 September 2010

Suspek beli Datuk RM180 ribu, Penjual tidak dapat dikesan??

Saya telah menulis dan meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya. Tulisan saya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini.

Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.


Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini.

Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis;
 
Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.


Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini.

Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis.

Malang bagi polis yang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Polis kena siasat siapa dalang bagaimana suspek memperolehi pangkat Datuk?

Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 rakan lain telah mencetuskan suasana cemas dan gelisah dikalangan masyarakat di negara ini. Sebelum ini kita telah banyak kali bicara bagaimana Altantuya di bunuh dengan kejam dan pembicaraannya masih lagi tidak begitu menyenangkan hati rakyat; pasal banyak persoalan-persoalan yang asas tidak menepati jawapan sepetutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam kenyataannnya ada menyebut bahawa pihak polis telah menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Saya tak nak bicara panjang soal-soal pembunuhan ini, tapi saya ingin menekankan bagaimana Datuk peguam ini boleh beroperasi menipu dan membunuh dengan kejam disebalik watak baik yang dipaparkan kepada umum.

Dua kes bunuh & bakar sebelum ini telah disabitkan dengan peguam ini dan beberapa kes lagi telah disiasat.

Kita juga dimaklumkan ada beberapa laporan polis melibatkan peguam ini telah terlepas sejak januari 2010 lagi.

Soalan yang timbul di sini siapa yang membantu Datuk peguam ini memperolehi status Datuk yang boleh memudahkan urusan penipuannya? Berapa banyak rasuah dan sogokan diberikan untuk mendapattkjan status Datuk. Masyarakat umum perlu didedahkan siapa sebenarnya yang menjadi onar dalam kepimpinan masyarakat untuk mengaut keuntungan bagai menjual kepentingan negara, bangsa dan agama demi "mengenyangkan" perut masing-masing.

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga ada menyebut "He admitted that Sosilawati's case could have been prevented if fast and thorough action had been taken."

Persoalan yang timbul ada beberapa kes yang dilaporakan membabitkan kehilangan orang dan juga melibatkan perjumpaan di ladang ini sebelum ini, tetapi kes itu seolah-olah senyap.

Kenapa? Siapa yang menyiasat kes ini dan siapa dikalangan pegawai penyiasatan yang berhubung dengan kes sebelum ini berjumpa dengan Datuk peguam ini. Semuanya perlu dibongkarkan kerana rakyat bimbang usul-usul rasuah dan sogakan menyebabkan kes penyiasatan menjadi "tertutup".

Polis perlu telus dalam hal ini. Pendedahan Tan Sri Musa Hassan dalam interbiu dengan Mingguan Malaysia setelah beliau berhenti menjadi Ketua polis Negera perlu diambil perhatian yang serius.

Saya tak ingin panjangkan maklumat ini secara terperinci, sudah cukup beberapa perkara yang saya sentuhkan yang membabitkan "orang besar" bersetongkol dengan Datuk penguam ini dalam kerja-kerja jahat sebelum ini.

Tangggapan negetif ini perlu dipenjelaskan kepada masyarakat agar kepercayaan masyarakat kepada kerajaan, pembesar dan pihak polis makin dan kian buruk.

Ahad, 22 Ogos 2010

Harakah perlu buat program kebajikan

Semalam saya bercakap dengan seorang kawan lama. Percakapan saya banyak berkisar mengenai perjuangan PAS dan fokus kami kepada Harakah sebagai satu daripada elemen yang penting terutamanya soal-soal kewangan.

Kami bincang perlukan Harakah menubuhkan tabung, sedangkan setakat ini mungkin sudah ada 5 tabung yang dikendalikan oleh harakah. Kami juga bincang sejauh mana keberkesanan tabung-tabung yang sedia ada. Baik buruk perjalanannya dan kami menjadi penjelasan kepada sesetengah tabung tak nampak "kewibaawaannya" sebagaimana "Kijang Care"

Saya tahu pihak pengurusan harakah juga ada bincang soal tabung yang berbilang-bilang ini dalam mesyuaratnya yang terdekat. Penulisan ini tidak sedikit bermaksud untuk campur tangan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan.

Antara lain yang kami putuskan dalam perbincangan yang tak sepatut ini (dalam ertika lain mengada-gada ini) Harakah perlu menonjolkan diri menjadi jaguh dalam membantu "mangsa" dikalngan masyarakat marhain. Mangsa ini lebih menjurus golongan yang daif yang menimpa kesusahan.

Bila harakah nampak berperanan dalam masyarakat, akan nampak kepentingannya barulah harak boleh diterima oleh masyarakat. Kerajaan pun sukar untuk meperkotak katikkan harakah, nak haramkannya. Tentu sekali golongan "mangsa" ini akan membantu menjadi penghalang.

Duit harakah banyak, daripada dihabiskan di Harakahdaily adalah lebih baik di manafaat di sini. Ya semua orang tahu harakahdaily iklannya hampir puluhan ribu sebulan, tapi kerana diberikan kepada kroni dan kroni yang menguruskannya.

Duit yang banyak tak ada audit yang jelas, akhirnya harakah terpaksa suntik untuk mengerakkannya bagi memberikan gaji yang melibat angka besar kepada "senoir" pengarang yang dibekukan di situ.

Saya malas nak dedahkan lebih, tapi kalau "senior-senior" pengarang main kasar kita akan bongkarkan satu persatu.

Cikgu Pa, Datuk KJ orang yang sepatutnya ditanya. Jangan sampai angka sampai setengah juta baru nak bertindak. Dulu harakah cetak macam tu, hutang tak boleh dipungut lebih daripada 10 juta.

Siapa nak disalahkan kalau hutang yang besar tak boleh dipungut melibat YDP Kawasan pula kerana biasanya pengedaran harakah diberikan kepada YDP Kawasan.

Anda boleh berfkir dengan tulisan kerdil ini apatah lagi tulisan dibulan yang mulia. Jangan sampai parti yang didokongan ini masih menyimpan 'onar'.

Isnin, 15 Jun 2009

Kenapa Orang Tua Suka Melenting?

Oleh: PolisPencen

Saya sudah berumur tetapi masih ada ibu yang tua dan uzur. Bapa sudah hampir 20 tahun meninggal dunia. Ibu saya cukup sensitif dan amat sukar mengambil hatinya. Banyak perkara memerlukan saya sabar dan berhemah.


Banyak tindakannya kadang kala luar akal untuk saya berfikir. Nasib baik saya ada pak iman yang selalu memberikan saya tunjuk ajar bagaimana berkomunikasi & berinteraksi dengannya sambil menjaga hatinya.


Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh begitu marah dengan kenyataan cetusan idea “kerajaan Perpaduan” oleh Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang. Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS dalam satu kenyataannya Idea ini adalah satu cetusan yang boleh dibincangkan bersama bukannya nak masuk UMNO/BN. Beliau juga hairan kenapa susah untuk difahami walaupun disebut beberapa-berapa kali.

Saya tidak hairan kalau karpal Singh tidak faham. Saya juga berpendapat DAP mungkin terasa tergugat dengan kenyataan ini kerana DAP sentiasa merasakan bahawa dialah yang mencatur politik semasa.


Akhbar UMNO yang selalu dilaungkan untuk diboikot oleh pemimpin PAS juga menyebut kenyataan daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah ‘boneka UMNO’.


Orang tua yang sensitif akan menjadi lagi teruk sensitifnya jika ada di kalangan kita yang memainkan perasaan dan emosinya. Jangan jadi “munafik” dalam jemaah. Hormatilah orang tua sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita. "

Tenang dan Sabar pilihan Presiden PAS?

Oleh: PolisPencen

Sekarang ini masa semua orang membuat komen dan mengkritik. Ada juga yang suka mencemuh. Teguran membina tak berapa banyak, yang ada semuanya seolah pendapat mereka yang terbaik.Kadangkala menjadi pelik kerana yang mengkritik datang daripada pihak pimpinan yang sepatutnya kita homati. Perbezaan pendapat adat dalam berjamaah tetapi mengambil jalan untuk mengeruhkan suasana bukan jalan terbaik.

Sebagai forumer di alam maya, bergiat dalam banyak laman-laman forum saya melihat dan membuat analisis yang secara rawak, pendapat, idea dan pandangan.

Secara amnya saya cukup kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya ulangi saya cukup kagum dengan TGHA. Fullstop

Kenapa?

Pelbagai isu melanda, TGHA tidak memilih media kerajaan sebagai sumber untuk menyatakan pandangannya. Kalau anda seorang yang teliti anda akan memerhati bahawa setiap kenyataan besar beliau akan dan hanya boleh diperolehi secara terperinci dalam akhbar-akhbar rasmi parti.

Berbeza dengan tuan-tuan guru yang lain yang terikut dengan emosi pengikut atau lebih buruk lagi terikut dengan akhbar dan saraf musuh.

Saya kagum dengan ilmu dan pengalaman TGHA kerana itu tidak sia-sia beliau cukup terkenal di luar negara. Ilmu dan Master beliau dalam bidang politik siasah juga tidak sia-sia.

Beliau selalunya tenang dan mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaiakan sebarang masalah. Tidak menggunakan akhbar UMNO sebagai luahan kenyataan dan emosi perasaan.

Beliau benci UMNO dari segi strategi dan saraf bukan sesetengah kita cakap benci UMNO tapi saluran UMNOlah menjadi luah perasaan hingga terjerumus dalam strategi musuh secara halus. Benci UMNO, tapi berselimut dengan propaganda UMNO. Ini membuatkan saya rasa pelik.

Dalam beberapa isu besar sebelum ini, TGHA tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Presiden bagi menyerang rakan sejawat walaupun ada sesetengah rakan sejawat menggunakan akhbar sebagai saluran menenang beliau dan idea beliau.

Beliau juga mengambil jalan mengalah dalam semua isu apabila isu perbezaan padangan dilontarkan oleh musuh sama ada musuh luar dan musuh dalam selimut.

Dalam parti perbezaan pedapat adalah perkara biasa. Pasal itu kita perlukan seorang Presiden yang matang, tanang dan sabar. Cukup setakat ini saya akan sambung jika ada yang masih bodoh dalam politik siasah sehingga terheret sama dengan permainan politik..

Nanti ada yang akan memberi komen idea TGHA boleh merosakkan PAS. Orang yang komen ini ahli PAS ke? Jangan mengelirukan antara idea dan situasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...