Rabu, 24 November 2010

PAS bertanding pilihan raya nak apa?


Saya ingin bertanya, jika PAS partinya semacam UMNO tapi taklah korupsi. Kepimpinannya telus, cekap seperti parti-parti luar nagara yang demokratik. Tapi PAS bukan parti Islam dan dasarnya pula bukan Islam. Sekadar bertanding untuk kebajikan rakyat, tonjolkan lebih sempurna daripada UMNO/BN.

Agaknya anda bekerja keras siang dan malam untuk PAS? Kalau anda ada kelayakan anda akan bertanding bagi menunjukkan anda lebih baik mengurus pentadbiran daripada pimpinan UMNO/BN?

Saya sekadar bertanya untuk pembaca PAS yang bekerja keras memahami apa tujuan kita bertanding dalam pilihan raya yang selalu disebut "pilihan raya adalah wisilah perjuangan kita."

Kita bermati-matian, sebenarnya kita nak laksanakan Islam bila kita menang dalam pilihan raya. Laksana Islam macam mana tak kisah, berperingkat atau terus bergantung kepada situasi.Yang penting kita berusaha ke arah itu.

Di Kedah kita telah memerintah hampir 3 tahun. Apa nilai-nilai Islam yang kita laksanakan setakat ini? Ada draf hudud Kedah (ada disebut draf hudud Kelantan, draf hudud Terengganu) ke? Kalau tak beza dengan UMNO semasa memerintah dulu, apa perlu rakyat menyokong dan mengundi PAS?

Bila rakyat menyokong dan mengundi PAS mereka sebenarnya menanti untuk melihat dan merasai perubahan Islamik dalam kepimpinan di Kedah.

Dato’ Sri Azizan Razak, nampak lebih pesimis serta menindakkan kebolehan ahli-ahli dan kepimpinan PAS serta mngutamakan KCS dan pegawai-pegawai tadbir awam yang sebahagian besarnya dulu memusuhi PAS adalah langkah sangat tidak bijak. Sepatutnya pengalaman PAS memerintah Terengganu perlu diambil pengajaran.Sukar orang luar nak memahami pelaksanaan Islam.

Itu belum lagi kita membicakan tentang Projek Ternakan Keli-K, Kilang Pengetinan Keli serta Buah-buahan, Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian, Ladang Kurma, Ladang Jagung dan Nenas, Projek Ternakan Ikan Tilapia di Tasik Pedu, Projek Ternakan Dalam Sangkar di Langkawi, Penerokaan pasaran di Timur Tengah dan Eropah untuk produk-produk tradisional orang-orang kampong serta lain-lain projek semuanya tidak banyak mendatangkan manfaat.

Langkawi dengan araknya masih sama seperti sebelum PAS memerintah. Jika dibangkitkan akan mendatang kemarahan dikalangan kepimpinan PAS di Kedah.

Kalau dibuat teguran, misalnya dulu ada artikel mengkritik pelaksanaan Islam di Kedah. Badan Penghubungan PAS Kedah membuat bantahan kepada Harakah. Mereka menunding jari kononnya ada yang nak menjatuhkan kepimpinan di sana.

Saya tak tahu, apa sebenarnya di cari? Apa sebenarnya nak ditonjolkan kepada rakyat tentang PAS Kedah yang mentadbir?

Demostarsi 10 haribulan baru-baru ini dalam isu air jika dibuka mata luas oleh kepimpinan PAS Kedah, saya percaya banyak perkara tersirat boleh difahami. Manusia yang berakal melihat siapa yang berdemo dan apa yang disuarakan. Kita PAS telah masak soal-soal demostrasi, kita lebih arif tentangnya.

Demo Isu Air yang mengandungi banyak makna.

Kenapa sepanduk bantu sekolah rakyat PAS?
.

Kenapa sepanduk nak Islam didaulatkan?



Kenapa soal kuasa MB?



Kenapa perlu layan pimpinan dan ahli diperingkat bawah? Kenapa perlu cth TG Nik Abdul Aziz?

Parti perlu menguasai kerajaan?


Saya tahu tak ramai yang hadir dalam demostrasi ini, tapi dia adalah "signal" kepada PAS Kedah membetulkan apa yang berlaku. Kita bukan takut marah orang, tapi lebih kita takut Murka Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...