Isnin, 15 Jun 2009

Kenapa perlu diumumkan dimedia untuk sesuatu cadangan?

Oleh: PolisPencen

Saya membaca satu komen oleh Sdr Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang baru mengenai cadangannya melantik Sdr Husan dan Mohd Sabu sebagai Ahli Dewan Harian PAS Pusat. (Rujuk Harakadaily)Timbul dalam kepala saya kepada cadangan seorang Naib Presiden perlu dihebohkan diseluruh negara? Komen ini diulas pula oleh Mursyidul Am PAS dalam satu artikel yang ditulis oleh Mohd Noor yahya dalam harakahdaily yang sama.


"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"

Saya bukan bertujuan mempersoalkan kewibawaan Hj Mohd Sabu dan Husam kerana semua orang tahu, tetapi kita kena faham dan jelas urusan perlantikan ini tidak perlu diperbesarkan kerana banyak masalah akan berlaku sekiranya perkara ini tidak terjadi.

Apatah lagi bila Mursyidur Am pula mengulas. Tangan-tangan ghaib untuk memporak perandakan PAS akan mengambil kesempatan melaga-laga kedua-dua Tok Guru. Jangan buat Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam persimpangan.

Politik PAS menjadi makin kelam kabut kerana wujud ramai pimpinan PAS lebih sudu daripada kuah.

Muktamar sudah berlalu, biarlah orang yang diberikan mandat untuk menentukannya. Hj Mahfuz sudah menjadi Naib Presiden, dia ada suara dalam hal ini. Kenapa perlu dihebohkan??

Apakah ini satu tindakan memberikan tekanan kepada Presiden. Jangan membuatkan Presiden kita lemah dan pincang akibat tikaman kita sendiri. Begitu juga dengan tugas Muryidul Am jangan kita keliru dalam bab organasasi sedangkan Allah banyak memperingatkan kita tentang saf (organasasi) dalam al Quran.

Sudah-sudahlah.. mantapkanlah PAS sebagai alternatif kepada rakyat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...