Khamis, 10 Februari 2011

Valentine, kecelaruan pemikiran dan cara bertindak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi. Katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Manakala Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.


Kenyataan terbaru daripada PAS jelas menunjukkan usaha seterusnya daripada PAS (dengan sokongan rakan dalam Pakatan) untuk mewujudkan versi ekstrem negara Islam mereka di Malaysia," kata Tan lagi dalam satu kenyataan.


Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.


Manakala ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine.


“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,”
Tambahnya lagi, “Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama.

“Beliau  tidak mewakili kerajaan.Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih,” katanya.

Kata Khalid lagi, komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata biro kebajikan parti akan mendekati golongan remaja pada Hari Kekasih bagi memberi penerangan tentang peraturan-peraturan Islam.

“Tiada tindakan keras akan diambil PAS, biro kebajikan hanya menjalankan kempen 'Kami Ambil Berat',” katanya.

Apa yang boleh diperkatakan, sukar untuk melaksanakan ajaran sendiri apabila PAS telah membuat tahaluf siyasi dalam rakan politik. Amat sukar sekiranya ahli dan pimpinan PAS sendiri juga celaru dalam melaksanakan makna dan hukum tahaluf siyasi itu sendiri.  





1 ulasan:

  1. Sudah lah jamil... otak kau yg bercelaru... kalau tak kau tak join puak2 yg jelas sesat lagi menyesatkan tu.. kau fikirlah baik2 kau join mereka sebab apa... mesti hati kecil kau akan berkata perkara yg sebenar.. kau ada ilmu.. tapi sesat, tak guna ilmu utk memperjuangkan kebenaran... kau perjuangkan kehendak nafsu kau... kalu lebih hina dari setan dan iblis..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...