Saya terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar yang membuat komen atas pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa Dr Hassan Ali ada menghantar surat mempertingkaikan tindakan Tan Sri Khalid dikatakan terlalu awal.
Sayuti dalam artikelnya telah mempelekehkan Dr Hassan Ali dengan pangilan 'AhSang' seolah-olah Dr Hassan Ali jahil tentang politik dan mendapat penasihat yang tidak pandai politik.
Seperti mana yang saya tulis sebelum ini dalam isu ini
"Urusan Penggantian Exco Selangor Yang Aneh", saya berpendapat ada sesuatu yang tak kena dalam urusan ini. Saya bukan mempertikaikan urusan penggantian. Saya juga bukan penyokong Dr Hassan Ali. Saya sekadar simpati dengan keadaan dan nasib yang dialaminya... Sebagai seorang Islam kita memang simpati dengan sesama mukmin. Tak tahulah ada yang suka dan mungkin boleh meraikan atas apa yang berlaku.
Ustaz Fadhil Mohd Nor juga simpati dengan Anwar Ibrahim dan menziarahinya ketika dia dipecat sedangkan sebelum itu Anwar lantang meperlekeh PAS termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah ada yang memuji tindakan Presiden PAS teresebut. Sampai akhir matinya perjuang Islam tersebut dia tetap tak sependapat dengan Anwar Ibrahim... tak ada yang heboh soal perbezaan pendapat ini.