Jumaat, 4 Mei 2012

Bersih 3.0: 49 Wanted. Ketua Polis Negara hanya memperbodoh rakyat


Polis telah mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April, Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.Katanya lagi, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Gambar 49 orang yang dicari dikata terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 diedar dan tersebar meluar di internet. Saya paparkan di bawah sebagaimana dikeluarkan oleh pihak polis.







Betul, mereka yang dipapar gambar ini adalah perserta Bersih 3.0 yang dikehendaki kononnya membantu siasatan?

Kita selalu ditakut-takut semata-mata untuk menjadikan kita LEMBU untuk dicucuk hidung. Dulu bagaimana saman ekor juga dibuat perkara yang sama, selepas tarikh tamat pembayaran saman, media akan memamparkan bagaimana polis boleh mencari dan menyerbu rumah awam untuk menangkap mereka yang kononnya tak bayar saman!!

Rakyat dibodoh dengan ketakutan akan mengiyakan apa sahaja tipu muslihat kerajaan. Akhirnya UMNO/Barisan Nasional kekal memerintah dan rakyat makin hari makin bodoh.

Tidak hairanlah pendapat kerajaan 40% boleh diperolehi daripada saman dan denda pelbagai ini.

Mungkin ada yang rasa saya sudah keterlaluan dalam menyerang polis dan tindakannya. Tapi ada banyak hujah dalam hal ini. Saya akan ambil satu daripada alasan saya buat artikel permulaan ini.

Lihat gambar mereka yang dicari yang ke-47

Siapa sasaran ke-47 ini?



Ini adalah peserta bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 setahun yang lalu. Kenapa polis masih nak cari dia ini?? Kenapa tak cari pada tahun lalu?  Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh boleh menjawab. Tanyalah dia!!




Saya paparkan gambar pada 9 Julai 2011 yang lalu untuk perhatian pembaca. Dua-dua gambar ini adalah origanal walaupun ada blogger upahan umno manipulasi kononya itu adalah gambar edit.

Saya bawa satu lagi gambar yang berlegar diinternet yang mempersoalkan tindakan 2000 polis preman yang menyamar dalam perhimpunan bersih 3.0










Adakah untuk mengaburkan rakyat kononnya dengan tersiar gambar itu polis mencarinya maka, rakyat akan menolok bahawa yang memukul polis adalah polis preman juga??

Yang ini Ketua Polis Negara patut menjawab!!



Ketua Polis Negara begitu serius dengan gambar yang diedit. Adakah Ketua Polis Negara tak faham dengan gambar BERSIH 2.0 dan Bersih 3.0? Ketua Polis Negara bodoh atau nak memperbodohkan rakyat dengan gambar pukul polis tahun 2011 yang lalu?

Saya mempercayai 49 mereka yang dicari itu sebahagian besar adalah POLIS PREMAN dan agenda ini dakwaan nanti hanyalah lakonan dalam satu lagi PROJEK MELEMBUKAN RAKYAT!! tajaan Barisan Nasional.



Dua orang tak dicari untuk membantu siasatan? Tak penting ke? Dia ni toolong polis atau pukul polis? Semuanya akan terjawab jika kita tak telan bulat-bulat!!


Polis yang tak ada nama memukul rakyat, preman yang membuat provokasi semuanya memburukkan imej polis. Kesian mereka yang benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab tapi di'bodoh'kan oleh orang-orang atas yang ada kepentingan.


bersambung!!



1 ulasan:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...