Jumaat, 18 Februari 2011

Suara Pemuda PAS dalam kebangkitan pelajar

Membaca tulisan Tulang Besi atau Abdul Rahman di laman MalaysiaWaves rasa seolah-olah PAS tidak memainkan peranan dalam kebangkitan pelajar terutama pelajar IPT. Tohmahan yang tak berfakta dengan membuat perbandingan yang tak relevan dengan suara lantang YB Nurul Izaah adalah suatu yang menampakkan seolah-olah Tulang Besi sekadar mengambil kesempatan mem'perkena'kan Ustaz Nasarudin Tantawi.

Pelajar dengan salur galurnya, sejarah kebangkitan pelajar, bagaimana peranannya dalam membentuk generasi pelapis dan masa depan generasi kepimpinan sepatutnya didalami. Akta-U yang kian mencengkam juga perlu diperhalusi.

Pemuda PAS sendiri ada lajnah yang memainkan peranan dalam hal ini. Mereka menjalankan aktiviti dan perancangan yang teliti. Pelaporan dalam Muktamar Pemuda sendiri tidak dibuat sencara bertulis malah pelaporan berbentuk lisan ini adalah merupakan strategi untuk menangani masalah tekanan demi tekanan yang berlaku kepada golongan mahasiswa.
Kali terakhir golongan mahasiswa di'pukul' secara hebat ialah penahanan Jamali dengan akta ISA hanya kerana batahan konsert Shiela Majid di UM pada sekitar 90an. Kita mungkin sudah lali dengan kehebatan Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais dan beberapa tokoh mahasiswa zaman awal kebangkitan pelajar tetapi kita jarang mendengar Jamali dari UM yang ditahan di bawah ISA.

Kenapa penahanan ini berlaku hanya kerana UM terpisah dengan Jabatan Pelajar PAS Pusat yang dikendalikan oleh Pemuda PAS diatas sebab-sebab tertentu.

PAS ada cara tersendiri, melainkan kalau mereka bukan ahli PAS yang tak tahu cara bagaimana Pemuda PAS mengendalikan golongan pelajar.

Saya setuju jika ada penulis blog sebelum ini yang mengatakan Tulang Besi atau Abdul Rahman ini sebenarnya bukan ahli PAS dengan bukti dia tak pernah membayar yuran keahlian PAS. Atau paling tidak adalah ahli PAS tempelan sahaja.

Saya juga setuju bahawa, Tulang Besi mempunyai dendam yang begitu ketara sehingga dia akan menulis membuat tuduhan palsu kepada pimpinan PAS terpilih atas semata-mata hajatnya tak tercapai kerana pemohonananya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan Negeri Selangor pernah ditolak oleh kepimpinan PAS.

Saya rasa semua orang tahu bagaimana gerakan pelajar yang disusun begitu rapi yang mana sebahagian besar kepimpinan Pemuda hari ini adalah hasil daripada tarbiyyah dan perancangan lajnah pelajar (atau apa nama sekali pun) yang dilakukan di bawah Pemuda PAS.

Tulang Besi seolah-olah terasing dengan maklumat basic ini. Paling tidak dia sengaja nak buat fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...